Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Pneumocystis pneumonia ialah sejenis jangkitan serius yang menyebabkan radang dan penghasilan cecair di dalam peparu anda dan disebabkan oleh fungus bernama Pneumocystis jirovecii. Pneumocystis jiravecii merupakan sejenis jangkitan yang serius dan paling kerap berlaku kepada golongan yang mempunyai sistem imuniti rendah, terutamanya pesakit HIV/AIDS. Meskipun begitu, kini pesakit HIV/AIDS semakin berkurangan untuk dijangkiti Pneumocystis jirovecii berbanding masa lepas, Pneumocystis jirovecii masih menjadi kebimbangan kepada masalah kesihatan. Fungus ini amat mudah dihidapi. Kebanyakan pesakit boleh melawan jangkitan seawal umur tiga ke empat tahun. Meskipun penyakit ini jarang berlaku, Pneumocystis jiroveci boleh menjangkiti bahagian badan anda yang lain, termasuklah nod limfa, hati dan tulang sum-sum.
Penyakit ini jarang berlaku. Sesetengah individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah seperti HIV/AIDS atau pesakit organ transplan mungkin mempunyai kebarangkalian yang tinggi.
Walau bagaimanapun, ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom yang paling biasa dijumpai pada penyakit ini adalah:
Kepada golongan yang mempunyai sistem imuniti yang rendah, pneumocystis pneumonia boleh menjadi sangat serius, maka ia amatlah penting untuk berjumpa doktor jika anda mempunyai simptom di atas.
Pneumocystis pneumonia selalunya menunjukkan simptom demam biasa dan terjadi sub-akut kepada pesakit HIV/AIDS. Manakala pesakit yang bebas HIV pula menunjukkan simptom yang terjadi dengan lebih cepat dan mempunyai demam panas. Namun, mereka mempunyai risiko lain yang merendahkan imuniti.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Pneumocystis pneumonia ialah sejenis pneumonia, disebabkan oleh fungus Pneumocystis pneumonia yang seperti yis. Kini, P. jirovecii merupakan salah satu organism yang terkenal dengan jangkitan oppoturnistik yang boleh membahayakan nyawa kepada pesakit HIV kronik seluruh dunia.
Ahli saintis masih mengkaji bagaimanakah Pneumocystis pneumonia menjangkiti pesakit. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang sudah dijangkiti ketika kanak-kanak, tetapi tidak sakit kerana mempunyai sistem imuniti yang kuat. Sesetengah orang dewasa membawa fungus di dalam peparu dan langsung tidak menunjukkan simptom Pneumocystis pneumonia. Walaupun begitu, jika sistem imuniti seseorang itu menjadi lemah, fungus ini mula menunjukkan simptom.
Terdapat banyak faktor risiko terhadap pneumocystis pneumonia, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai penyakit ini, pemeriksaan fizikal akan dijalankan dan ujian tertentu akan disyorkan oleh doktor anda. Biasanya, pembantu makmal akan melihat kepada cecair atau tisu daripada peparu menggunakan mikroskop untuk mencari tanda-tanda fungus. Doktor anda akan mendapatkan sampel dengan menyuruh anda batuk atau menggunakan alat khas bernama bronchoskop yang masuk ke dalam saluran pernafasan melalui mulut anda. Ataupun doktor anda boleh melakukan biopsi, jarum atau pisau akan digunakan untuk mendapatkan cebisan sel daripada peparu anda.
Sejenis ujian dikenali sebagai PCR (polymerase chain reaction) yang membuat salinan DNA yang tertentu, maka ia boleh mencari fungus di dalam sampel.
Anda mungkin menjalani X-Ray dada, atau ujian darah bagi paras oksigen di dalam darah.
Masa kini, pihak doktor akan memberi preskripsi mengandungi gabungan ubat antibiotik, trimetophrim dan sulfamethoxazole, atau TMP/SMX atau SXT (Bactrim, Cotrim, atau Septra). Bergantung kepada tahap kesihatan anda, anda akan menerima pil atau suntikan IV melalui vena di hospital.
Di antara ubat lain yang boleh diberikan oleh doktor anda ialah:
Malangnya, masih belum terdapat vaksin untuk mencegah Pneumocystis pneumonia. Sesetengah golongan yang berisiko untuk mempunyai Pneumocystis pneumonia mungkin memerlukan ubat dipanggil TMP-SMX untuk menghalan penyakit ini daripada berlaku. Jika doktor anda berpendapat anda berisiko untuk mempunyai Pneumocystis pneumonia, dia mungkin akan memberi ubat ini kepada anda. Ubat pencegah TMP-SMX kini digunakan untuk:
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen