Apa itu Penyakit Graves?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Penyakit Graves?

Penyakit Graves adalah salah satu jenis gangguan pada sistem imun tubuh yang menjadi penyebab umum kondisi hipertiroidisme, di mana berlakukan produksi hormon tiroid yang berlebihan. Mekanisme hipertiroidisme merujuk kepada sistem imun yang merembeskan immunoglobulins, sejenis antibodi yang merangsangkan tiroid supaya menghasilkan hormon berlebihan.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan hipertiroidisme tetapi penyakit Graves adalah merupakan punca biasa.

Hormon tiroid membawa pelbagai kesan pada tubuh anda, sebab itu terdapat pelbagai simptom yang merujuk kepada perubahan dalam fungsi sistem saraf, perkembangan otak, dan suhu badan.

Apakah kebarangkalian Penyakit Graves?

Penyakit Graves memang penyakit yang kerap melanda tetapi ianya paling banyak dialami oleh perempuan berbanding lelaki, terutama mereka yang berusia kurang daripada 40 tahun. Kondisi ini tidak membimbangkan jika anda mengurangkan faktor-faktor risiko anda. Sila jumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penyakit Graves?

Secara amnya, simptom-simptom penyakit Graves termasuklah:

  • Rasa risau dan cepat marah, keletihan, ketakutan, gementar, dan mengalami kesukaran tidur;
  • Pergerakan usus yang kerap dan / atau cirit-birit meningkat;
  • Gegaran tangan atau jari;
  • Kekurangan berat badan, walaupun anda makan secara normal;
  • Perubahan kitar haid (jika anda seorang wanita), disfungsi erektil pada lelaki atau libido rendah;
  • Pembesaran kelenjar tiroid (goiter);
  • Denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur;
  • Kulit tebal dan merah di sekitar kawasan tulang kering;
  • Exophthalmos, tekanan atau kesakitan di mata, mata meradang, kepekaan terhadap cahaya, penglihatan berganda (ophthalmopathy Graves).

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berjumpa doktor anda. Tubuh setiap individu adalah berbeza. Sila bincang dengan doktor anda dan tentukan rawatan terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah Punca Penyakit Graves?

Masih tidak jelas lagi apakah penyebab penyakit Graves. Jika menghidapi penyakit Graves, sistem imun badan anda menghasilkan antibodi yang menyekat hormon pituitari. Hormon ini mengawal pengeluaran hormon tiroid. Apabila ini berlaku, kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid, yang membawa kepada banyak perubahan dalam badan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penyakit Graves?

Terdapat banyak faktor-faktor risiko, antaranya adalah:

  • Sejarah keluarga atau keturunan.
  • Lebih ramai wanita menghidap penyakit Graves berbanding lelaki.
  • Penyakit Graves biasanya berkembang pada orang yang berusia kurang daripada 40 tahun.
  • Gangguan autoimun yang lain seperti Diabetes Jenis 1 atau arthritis rheumatoid dan penyakit Crohn. Gangguan ini meningkatkan lagi risiko penyakit Graves.
  • Tekanan emosi atau fizikal. Tekanan boleh mencetuskan permulaan penyakit Graves.
  • Risiko adalah lebih tinggi pada wanita yang hamil atau baru melahirkan anak,
  • Tabiat merokok meningkatkan risiko penyakit Graves. Merokok juga meningkatkan risiko penyakit osteoporosis Graves.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Penyakit Graves didiagnosis?

Penyakit Graves dapat didiagnosis melalui ujian berikut:

  • Ujian fizikal dilakukan untuk mengetahui tanda-tanda opthalmologi Graves, pembesaran kelenjar tiroid, gegaran, maklumat denyutan jantung, tekanan darah dan lain-lain lagi
  • Ujian darah boleh menentukan tahap antibodi yang rembesan menyebabkan hipertiroid (ujian imunoglobulin Tiroid, TST); Thyroid stimulating hormone (TSH); Hormon tiroid; Hormon hipofisis.
  • Ujian pengambilan iodin radioaktif mengukur tahap iodin radioaktif dalam kelenjar tiroid selepas mengambil iodin secara lisan. Tahap penyerapan iodin membantu doktor atau pakar perubatan untuk menentukan penyakit Graves kerana iodin sangat penting dalam menghasilkan hormon tiroid.
  • Ultrasound boleh digunakan sekiranya pesakit tidak dapat menggunakan iodin radioaktif, contohnya dalam pesakit hamil. Ujian ini boleh membantu menunjukkan keadaan di dalam kelenjar tiroid.

Bagaimana pesakit Penyakit Graves dirawat?

Terdapat 3 pilihan untuk rawatan penyakit Graves:

  • Ubat anti-tiroid: Ubat anti-tiroid, seperti propylthiouracil atau metimazole, boleh diberikan. Penyekat beta juga boleh digunakan untuk membantu mengurangkan simptom-simptom anda sehingga rawatan lain mula berfungsi.
  • Terapi iodin radioaktif (RAI) adalah salah satu rawatan yang paling biasa untuk penyakit Graves di mana pesakit mengambil dos radioaktif iodin-131.
  • Pembedahan tiroid: digunakan biasanya jika rawatan sebelumnya tidak berfungsi dengan betul atau kanser tiroid disyaki, atau anda seorang wanita hamil. Seluruh kelenjar tiroid boleh dikeluarkan untuk mengurangkan risiko hipertiroid.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyakit Graves?

Gaya hidup dan remedi rumah yang berikut mungkin membantu anda menangani penyakit Graves:

  • Amalan makan yang baik dan senaman kerap boleh membantu mengurangkan simptom.
  • Kurangkan tekanan sebanyak mungkin kerana tekanan boleh menyebabkan atau memburukkan lagi simptom dalam penghidap penyakit Graves. Mendengar muzik, bersukan, berjalan atau apa-apa aktiviti tenang dapat membantu anda berasa santai.
  • Letakkan jaram sejuk pada mata anda untuk menenangkan mata anda dengan peningkatan kelembapan.
  • Pakai cermin mata hitam.
  • Gunakan titisan mata untuk melempakan mata.
  • Tinggikan kepala katil anda atau guna bantal yang tinggi untuk mengurangkan tekanan pada mata anda.
  • Berhenti merokok!
  • Gunakan krim yang mengandungi hydrocortisone untuk melegakan bengkak dan kemerahan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.