Apa itu Korea (Chorea)?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Korea (Chorea)?

Korea (chorea) adalah gangguan pergerakan yang menyebabkan badan bergerak secara tidak sengaja dan tidak menentu. Ia disebabkan oleh lebihan aktiviti dopamin sebagai neurotransmiter di kawasan otak yang mengawal pergerakan.

Simptom Korea boleh terdiri daripada pergerakan kecil, seperti bermain-main benda di tangan, hinggalah ke pergerakan lengan dan kaki yang tidak sengaja. Ia juga boleh mengganggu pertuturan, menelan, postur, dan berjalan.

Apakah kebarangkalian Korea (Chorea)?

Korea boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Korea (Chorea)?

Simptom biasa bagi Korea adalah “genggaman memerah susu”. Walau bagaimanapun, gejala Korea biasanya bergantung kepada keadaan yang menyebabkannya. Orang dengan keadaan ini tidak mempunyai otot tangan yang kuat dan akan menggenggam dan melepaskan tangan mereka, seolah-olah memerah susu. Satu lagi simptom ialah menjelirkan lidah dengan tidak sengaja.

Pergerakan Korea boleh menjadi cepat atau perlahan. Seseorang mungkin kelihatan sakit dan tidak mempunyai kawalan terhadap tubuh. Keadaan yang berkaitan dengan Korea dan simptom-simptomnya termasuklah:

Penyakit Huntington: Penyakit Huntington adalah penyakit yang diwarisi. Ia menyebabkan penguraian sel saraf di dalam otak anda. Orang dengan penyakit Huntington boleh mengalami simptom Korea seperti menyentap atau menggeliang-geliut dengan tidak sengaja. Genggaman memerah susu juga merupakan simptom yang lazim. Korea adalah lebih biasa pada orang-orang yang mempunyai penyakit Huntington dewasa. Dari masa ke masa, simptom mungkin akan menjadi lebih teruk dan pergerakan boleh menjejaskan kaki dan lengan.

Chorea-Acanthocytosis: Keadaan ini adalah gangguan genetik yang sangat jarang berlaku. Ia dicirikan oleh sel darah merah yang tersalah bentuk. Ia akan menyebabkan keabnormalan neurologi dan mempengaruhi fungsi otak. Korea untuk keadaan ini biasanya melibatkan pergerakan lengan dan kaki yang tidak normal, mengangkat bahu, dan tolakan pelvis. Ia juga boleh melibatkan pergerakan muka yang pantas dan tidak bermakna. Orang yang mempunyai bentuk Korea ini juga boleh menunjukkan dystonia. Ini dicirikan oleh pengecutan otot mulut dan muka yang di luar kawalan, seperti:

  • Menggeserkan gigi.
  • Sendawa yang tidak sengaja.
  • Air liur meleleh atau meludah.
  • Menggigit bibir dan lidah.
  • Kesukaran pertuturan atau berkomunikasi.
  • Bunyi-bunyi pendek, seperti mendengus, percakapan tak sengaja, atau ucapan yang tidak jelas.

Sydenham’s Chorea: Keadaan ini selalunya mempengaruhi kanak-kanak dan remaja, dan susulan dari jangkitan streptococcal. Ia juga mungkin hasil komplikasi dari demam reumatik. Jenis Korea ini amat mempengaruhi wajah, lengan, dan tangan. Ia boleh menghalang pergerakan voluntari, sehingga sukar untuk melakukan tugas-tugas asas seperti berpakaian atau makan dengan sendiri. Ia juga boleh menyebabkan:

  • Sering menjatuhkan atau menumpahkan sesuatu.
  • Cara berjalan yang tidak normal.
  • Kelemahan otot.
  • Percakapan yang tidak jelas.
  • Penyusutan otot.

Orang dengan jenis Korea ini sering mempamerkan posisi tangan memerah susu. Satu lagi simptom biasa dipanggil “lidah harlequin.” Apabila seseorang yang mempunyai simptom ini cuba menjelirkan lidahnya, ia akan bergerak masuk dan keluar secara berulang.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Korea (Chorea)?

Korea dikaitkan dengan beberapa sebab tambahan, ada yang sementara dan ada yang kronik. Sebab-sebab ini termasuklah:

  • AIDS;
  • Keadaan genetik, seperti penyakit Huntington.
  • Keadaan imun, seperti lupus eritematosus sistemik (SLE).
  • Keadaan yang berkaitan dengan jangkitan, seperti Korea Sydenham.
  • Ubatan, termasuk levodopa dan neuroleptik.
  • Gangguan metabolik atau endokrin, termasuk hipoglisemia.

Kehamilan, dikenali sebagai Chorea Gravidarum.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Korea (Chorea)?

Mereka yang mempunyai demam reumatik lebih cenderung untuk mengalami Chorea. Faktor risiko ini menjadikan wanita hamil lebih cenderung untuk mempunyai Chorea Gravidarum.

Faktor risiko lain berkaitan dengan risiko penyakit tertentu. Sebagai contoh, penyakit Huntington adalah penyakit keturunan yang boleh menyebabkan Korea. Seseorang yang mempunyai ibu bapa yang mempunyai penyakit Huntington, mempunyai risiko 50 peratus untuk mewarisi penyakit tersebut, menurut Mayo Clinic.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Korea (Chorea) didiagnosis?

Disebabkan banyak keadaan yang boleh menyebabkan Korea, doktor anda perlu mengambil sejarah perubatan yang menyeluruh untuk menentukan punca yang berpotensi. Untuk mendiagnosis Korea, doktor anda mungkin bertanya:

  • Bilakah gejala ini bermula?
  • Apa yang membuat simptom menjadi lebih baik atau lebih teruk? Adakah simptom Korea anda semakin teruk ketika anda tertekan?
  • Adakah anda mempunyai sejarah keluarga Hipertiroid atau penyakit Huntington?
  • Apa ubat yang anda ambil?

Sesetengah ujian makmal boleh mengenal pasti Korea. Sebagai contoh, paras zat kuprum (copper) yang rendah di dalam badan anda boleh menandakan penyakit Wilson, gangguan genetik yang menyebabkan Korea. Ujian untuk sel darah yang berduri (spiky erythrocyte) atau sel darah merah lain boleh mengenal pasti keadaan chorea-acanthocytosis. Ujian darah untuk hormon paratiroid atau hormon tiroid boleh mengenal pasti Korea berkaitan metabolik atau endokrin.

Untuk penyakit Huntington, ujian pengimbasan, seperti imbasan MRI, boleh menunjukkan aktiviti otak untuk menunjukkan penyakit ini.

Bagaimana pesakit Korea (Chorea) dirawat?

Tidak ada rawatan standard untuk Korea. Rawatan bergantung kepada jenis Korea dan penyakit yang berkaitan. Rawatan untuk penyakit Huntington adalah bersifat sokongan, sementara rawatan untuk Chorea Syndenham biasanya melibatkan ubat-ubatan antibiotik untuk merawat jangkitan, diikuti dengan terapi ubat untuk mencegah perulangan. Mengubahsuai dos ubat boleh merawat Korea yang disebabkan oleh ubatan. Korea yang berkaitan dengan sebab metabolik dan endokrin dirawat mengikut sebab-sebab gejala. Korea yang disebabkan oleh penyakit Parkinson tidak dapat disembuhkan tetapi simptomnya dapat dikawal.

Ubat: Kebanyakan ubat untuk Korea memberi kesan kepada dopamin. Dopamin adalah sejenis neurotransmiter, atau bahan kimia otak, yang mengawal pergerakan, pemikiran, dan rasa kepuasan di otak anda antaranya. Banyak gangguan pergerakan didapati berkait dengan paras dopamin dalam badan. Gangguan ini termasuklah penyakit Parkinson dan sindrom kaki gelisah. Sesetengah ubat menghalang reseptor dopamin supaya badan anda tidak dapat menggunakan bahan kimia tersebut. Kebanyakannya adalah ubat-ubatan antipsikotik yang didapati mengurangkan Korea. Ubat-ubatan ini termasuklah:

  • Fluphenazine (Prolixin).
  • Haloperidol (Haldol).
  • Olanzapine (Zyprexa);.Quetiapine (Seroquel).;
  • Risperidone (Risperdal).

Terdapat ubat lain yang mengurangkan jumlah dopamin di dalam otak, seperti reserpine dan tetrabenazine (Xenazine). Ubat yang dikenali sebagai benzodiazepine, seperti clonazepam (Klonopin), juga boleh membantu mengurangkan Korea. Ubat antikonvulsan, yang mengurangkan pergerakan spontan, juga dapat mengurangkan simptom Korea.

Pembedahan: Rangsangan otak dalam (Deep Brain Stimulation) adalah pendekatan pembedahan yang menunjukkan jaminan dalam rawatan terhadap Korea. Rawatan ini melibatkan pemasangan elektrod di otak anda untuk mengawal impuls saraf. Sekiranya Korea tidak bertindak balas terhadap ubat-ubatan, doktor anda boleh mengesyorkan prosedur ini. Ia tidaklah menyembuhkan Korea tetapi boleh mengurangkan simptomnya.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Korea (Chorea)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi Korea:

Korea berupaya meningkatkan kemungkinan seseorang untuk jatuh. Langkah-langkah penjagaan rumah termasuk memasang bahagian permukaan kesat di tangga dan di bilik mandi untuk mencegah kecederaan. Sila berbincang dengan doktor anda tentang cara lain bagi mengubah suai rumah anda untuk keselamatan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan