Rawatan
Apakah cara untuk merawat sindrom Ramsay Hunt ini?

Sebelum menentukan kaedah rawatan yang sesuai, doktor akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk membuat diagnosis yang tepat.
Biasanya, doktor akan mengambil sampel cecair daripada bintik-bintik ruam yang muncul.
Antara kaedah rawatan yang ada untuk merawat sindrom ini adalah seperti berikut:
#1. Ubat antivirus
Pengambilan ubat antivirus boleh membantu melawan virus varicella-zoster selain menyembuhkan luka pada kulit dengan lebih cepat.
Selain itu, ubat-ubatan antivirus ini juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit yang berkaitan dengan sindrom ini.
#2. Kortikosteroid
Untuk meningkatkan keberkesanan ubat antivirus dalam melawan virus ini, doktor juga mungkin akan memberikan anda ubat atau krim kortikosteroid.
#3. Ubat bagi melegakan sakit dan vertigo
Rasa sakit yang dialami disebabkan oleh sindrom ini boleh menjadi amat menyakitkan, walaupun setelah bintik merah hilang.
Keadaan ini disebut sebagai postherpetic neuralgia. Ia merupakan kesan yang mengganggu mereka yang mengalami sindrom ini dan juga penyakit kayap.
Walaupun bintik atau ruam merah telah hilang, kesan kesakitan boleh terus dirasai sehingga enam bulan lamanya atau lebih.
Doktor mungkin akan memberikan anda ubat tahan sakit yang lebih kuat seperti carbamazepine atau diazepam.
Jika anda mengalami vertigo yang agak teruk, doktor juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan seperti antihistamin dan juga antikolinergik.
Rawatan di rumah
Adakah terdapat sebarang kaedah rawatan di rumah untuk merawat sindrom Ramsay Hunt ini?
Anda boleh melakukan beberapa kaedah seperti berikut bagi membantu mengatasi penyakit sindrom ini:
- Pastikan kawasan yang mengalami bintik merah ini kekal bersih
- Gunakan kompres yang sejuk dan basah pada bintik merah bagi membantu mengurangkan rasa sakit
- Ambil ubat tahan sakit atau ubat antiradang yang dijual di farmasi
- Gunakan ubat titis mata jika mata anda mengalami kekeringan
- Sebelum tidur, gunakan penutup mata untuk mengekalkan kelembapan mata anda
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, bertanyalah kepada doktor kerana doktor lebih mengetahui keadaan anda dan kaedah rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen