Apa itu Kembung perut?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Kembung perut?

Kembung perut juga dikenali sebagai kembung abdomen atau kembung, dimana angin ini terbentuk di dalam perut dan usus yang menyebabkan perut anda berasa penuh dan dalam sesetengah keadaan kelihatan sedikit besar/kembung. Kembung atau sendawa biasanya disebabkan tertelan angin atau makanan yang dicernakan melalui sistem penghadaman. Anda mungkin berasa kurang selesa di bahagian perut untuk beberapa keadaan atau berulang kali dalam satu hari.

Apakah kebarangkalian Kembung perut?

Kembung perut merupakan aduan biasa diantara orang dewasa dan kanak-kanak. Ia biasanya mengganggu wanita lebih daripada lelaki. Kembung kebiasaanya berkaitan dengan keadaan sistem gastrointestine (perut dan usus) seperti irritable bowel syndrome (IBS) atau pedih ulu hati (GERD). Kembung perut bukanlah keadaan yang serius dan mudah untuk ditangani. Jika kembung perut anda tidak pulih, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk siasatan lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kembung perut?

Simptom yang lazim berlaku sukar untuk dikenalpasti tetapi kebanyakan individu menyatakan perasaan kurang selesa ketika perut penuh, keadaan ketat atau bengkak pada bahagian abdomen. Ianya selalu seiring dengan sakit, angin berlebihan (flatulence), kerap sendawa dan abdomen berbunyi.

Terdapat beberapa tanda dan simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempuyai sebarang kemusykilan berkaitan simptom yang dialami, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

If you have any signs or symptoms listed above or have any questions, please consult with your doctor. Everyone’s body acts differently. These symptoms could be a signal of a more serious and underlying digestive problems. It is always best to discuss with your doctor what is suitable for your situation.

Kebiasaannya, kembung, sendawa dan angin boleh selesai dengan sendirinya. Anda perlu berunding dengan doktor anda secepat mungkin sekiranya simptom tersebut tidak pulih dengan diet dan habit permakanan anda. Anda juga perlu menghubungi doktor jika anda mendapati:

  • Sakit dada;
  • Hilang berat badan tanpa tujuan;
  • Cirit-birit;
  • Sakit abdomen secara berterusan;
  • Perubahan pada warna dan kekerapan buang air besar;
  • Demam panas;
  • Sakit abdomen

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau symptom yang dinyatakan di atas atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap badan individu bertindak berbeza.simpto-simptom ini mungkin menjadi petanda kepada masalah penghadaman yang lebih serius. Perkara terbaik ialah berbincang dengan doktor tentang perkara terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Kembung perut?

Kembung perut boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan lain seperti penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau irritable bowel syndrome (IBS). Selain daripada punca perubatan, punca lain yang lazim  menjadi penyebab kembung ialah:

  • Terlebih makan;
  • Makan makanan berlemak atau minuman berkarbonat;
  • Makan terlalu cepat dan kuantiti banyak;
  • Mengunyah gula-gula getah;
  • Tertekan dan gelisah;
  • Merokok;
  •         Bercakap semasa makan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kembung perut?

Faktor risiko lazim yang meningkatkan peluang anda untuk mendapat kembung perut adalah faktor gaya hidup. Faktor ini termasuklah:

  • Jika anda mengamalkan diet yang mengandungi terlalu tinggi fiber  seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin perut dan kekacang.
  • Jika anda tidak tahan kepada makanan berlaktos atau gluten, ini bermakna badn anda tidak boleh menghadam laktos dan gluten. Laktos terdapat dalam produk tenusu seperti susu, keju dan ais krim. Gluten pula ialah campuran protein yang terdapat di dalam produk gandum seperti pasta dan roti.
  • Jika anda kurang aktif, ia akan melambatkan system penghadaman anda.
  • Jika anda minum minuman berkarbonat.
  • Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti irritable bowel syndrome (IBS).

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kembung perut didiagnosis?

Langkah pertama yang dilakukan untuk membuat diagnosis ialah pemeriksaan fizikal  termasuk sejarah perubatan anda. Anda perlu memaklumkan kepada doktor segala maklumat tentang sejarah kembung perut yang lepas dan juga maklumat berkaitan permakanan anda., sama ada anda mempunyai sebarang kesakitan atau simptom sampingan. Anda juga perlu memaklumkan kepada doktor sekiranya anda sedang mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan atau suplemen herba. Ini akan membantu doktor untuk membuat diagnosis yang lebih baik tentang kembung perut anda.

Bagaimana pesakit Kembung perut dirawat?

Pilihan rawatan untuk kembung perut termasuklah perubahan diet dan gaya hidup anda. Perubahan ini termasuklah:

  • Kenalpasti makanan yang menjadi punca kembung perut anda. Membuat diari makanan merupakan idea yang bagus kerana ia membantu anda mengenali makanan yang menjadi penyebab kembung perut.
  • Anda perlu mengehadkan pengambilan makanan tinggi kandungan lemak. Lemak akan melambatkan proses penghadaman dan membuatkan anda berasa cepat kenyang
  • Anda perlu mengehadkan pengambilan makanan tinggi fiber buat sementara waktu. Fiber biasanya bagus untuk diet yang sihat tetapi badan anda mungkin sensitive kepada pengambilan fiber berlebihan. Kadang kala, badan mengambil masa tiga minggu untuk badan menerima fiber
  • Hadkan produk tenusu. Anda boleh mencuba untuk mengambil produk tenusu dalam kuantiti yang sedikit pada satu masa. Anda juga boleh mengambil produk yang membantu anda menghadam laktos seperti lactase, iaitu sejenis enzim yang memecahkan laktos.

Sekiranya perubahan pada diet dan gaya hidup anda tidak melegakan kembung perut, anda mungkin perlukan rawatan ubat-ubatan. Beberapa ubat yang boleh membantu untuk melegakan kembung perut ialah:

  • Ubat ini biasanya boleh didapati di farmasi tempatan dan boleh dibeli tanpa preskripsi. Ia berfungsi dengan memecahkankan gelembung-gelembung angin.
  • Arang aktif. Tablet arang ini kadang kala membantu untuk mengurangkan angina.
  • Suplemen lactase. Lactase ialah enzim yang membantu anda menghadam makanan yang mengandungi laktos.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kembung perut?

Jika anda mengalami kembung perut disebabkan oleh keadaan kesihatan, doktor akan merawat anda mengikut keadaan tersebut. Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda menghadapi kembung perut:

  • Ambil makanan dalam kuantiti sedikit dan kerap;
  • Makan secara perlahan;
  • Elakkan makanan bergoreng dan makanan berlemak;
  • Jauhi minuman berkarbonat dan beer;
  • Cuba untuk berhenti merokok;
  • Elakkan mengunyah gula-gula getah, minum menggunakan straw atau menghisap gula-gula keras (habit yang menyebabkan anda menelan angin)

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.