Apa itu Jangkitan otak?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Jangkitan otak?

Otak dan saraf tunjang kita serta struktur di sekitarnya boleh dijangkiti oleh kuman yang luas spektrum. Parasit, kulat dan organisma lain boleh menjangkiti sistem saraf pusat (CNS), walaupun ia sangat jarang berlaku.

Kuman yang menjangkiti menyebabkan keradangan di kawasan yang terjejas. Bergantung pada lokasi jangkitan, nama yang berbeza diberikan kepada penyakit tersebut.

  • Meningitis adalah keradangan pada meninges, membran tiga lapis di sekeliling otak dan saraf tunjang serta cecair yang membasahinya disebut cecair serebrospinal (CSF).
  • Encefalitis adalah keradangan otak itu sendiri.
  • Mielitis sebenarnya bermaksud keradangan saraf tunjang.
  • Bisul adalah pengumpulan bahan berjangkit dan mikroorganisma yang merosakkan. Hal ini boleh berlaku di mana-mana dalam CNS.

Berikut adalah jangkitan otak umum yang lain:

  • Tosokplasmosis (turut dikenal sebagai toxo) disebabkan oleh parasit Toxoplasma gondii.
  • Sistiserkosis serebrum disebabkan oleh cacing pita babi.
  • Trichinosis disebabkan oleh cacing bulat Trichinella spiralis.
  • Salah satu jangkitan paling biasa yang disebarkan oleh serangga di A.S. ialah penyakit Lyme.
  • Coccidioidal Meningitis adalah komplikasi teruk bagi Coccidiomycosis (demam lembah). Ia merupakan jangkitan kulat yang biasa di barat daya Amerika Syarikat.
  • Agen penyebab meningitis yang kurang biasa berlaku, menjejaskan hampir kesemua orang yang terimunokompromi, adalah kulat daripada keluarga Cryptococcus.
  • Tuberkulosis, yang disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis, boleh merebak melalui sistem limfa kepada CNS.

Apakah kebarangkalian Jangkitan otak?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jangkitan otak?

Pelbagai jenis jangkitan otak membawa kepada banyak simptom yang berbeza. Ia bergantung kepada umur seseorang, jenis bakteria, jenis jangkitan dan keakutan penyakit tersebut.

Secara umum, orang yang berumur lebih dari dua tahun dengan jangkitan bakteria akut akan mengalami demam panas, sakit kepala yang teruk, leher kaku, loya, muntah, ketidakselesaan apabila melihat cahaya terang, mengantuk dan kekeliruan.

Bayi yang baru lahir dan bayi boleh menjadi luar biasa cerewet, mudah marah dan mengantuk. Mereka kurang makan dan tidak selesa dengan memegangnya. Sawan boleh menjadi perkembangan lewat bagi penyakit ini.

Bentuk Meningitis bakteria yang teruk, terutamanya Meningokokus, boleh menyebabkan kejutan dengan hilang kesedaran sepenuhnya dan koma serta membawa ruam keunguan yang tersebar. Bayi boleh mempunyai benjolan pada fontanel (titik lembut) di kepala dan nada otot yang menurun pada lengan dan kaki.

Seseorang yang mempunyai jangkitan otak virus cenderung untuk kelihatan agak kurang sakit. Simptom seperti flu sebagai tambahan kepada tanda-tanda dan simptom ringan yang digariskan untuk setiap keadaan boleh dilihat.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis dan rawatan awal adalah sangat penting untuk jangkitan otak. Walau bagaimanapun, kebanyakan simptom Meningitis dan jangkitan sistem saraf pusat yang lain boleh disebabkan oleh penyakit lain juga. Jangan panik. Pada bayi yang muda, Meningitis mungkin kelihatan seperti simptom umum seperti menangis terlalu banyak, tidur terlalu banyak, makan terlalu sedikit, meragam dan kelesuan. Apabila seseorang mengesyaki Meningitis atau mana-mana jangkitan otak yang lain, atau ragu-ragu, panggil doktor.

Dapatkan rawatan kecemasan jika orang sakit mempunyai tahap kesedaran yang berubah dengan demam tinggi, kesusahan pernafasan, sakit kepala yang teruk dengan muntah.

Dapatkan rawatan kecemasan jika seseorang yang sakit mempunyai tahap kesedaran yang berubah-ubah dengan demam panas, kesusahan bernafas, sakit kepala yang teruk dengan muntah, sawan baru atau sekiranya seorang bayi kelihatan tidak bermaya, dengan pemakanan yang kurang baik, demam panas serta muntah.

Punca

Apakah punca Jangkitan otak?

Bakteria dan virus adalah punca utama yang sering terjadi. Ia termasuk:

  • Streptokokus pneumonia (menyebabkan pneumococcal meningitis).
  • Neisseria meningitidis (menyebabkan meningococcal meningitis).
  • Haemophilus influenza type b (Hib).
  • Virus Nil barat dan ahli keluarga virus lain yang menyebabkan encefalitis (encefalitis St. Louis, encefalitis kuda barat dan kuda timur, dan encefalitis La Crosse).
  • Ahli keluarga virus herpes (herpes simplex jenis 1 dan 2, varicella zoster, Epstein-Barr, dan juga sitomegalovirus).
  • Poliovirus kecil.
  • Virus rubella.
  • Rabies.
  • Virus kurang daya tahan manusia (HIV).
  • Zika virus.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan otak?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Jangkitan otak didiagnosis?

Orang yang sihat dengan tanda-tanda klasik jangkitan otak akut biasanya boleh didiagnosis segera. Cabarannya adalah apabila seseorang mempunyai jangkitan otak yang kurang teruk, seperti Meningitis kronik atau sebahagiannya telah dirawat, Ensefalitis atau jangkitan lain yang jarang berlaku.

  • Doktor akan mengesan tanda-tanda klinikal tertentu semasa memeriksa pesakit. Tahap kesedaran yang berubah dengan perubahan tingkah laku dan personaliti dengan demam panas sentiasa memberi amaran kepada doktor tentang kemungkinan jangkitan sistem saraf pusat. Tanda-tanda tertentu kerengsaan meningeal pada seseorang yang mengalami demam, termasuk sakit leher atau kekakuan dengan fleksi leher atau ekstensi lutut, atau fleksi involunter kedua-dua pinggul dengan fleksi leher, dapat menandakan jangkitan otak.
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan mata. Hal ini bagi mencari pembengkakan saraf utama mata dan sebarang perubahan yang tidak ketara dalam pergerakan mata atau reaksi pupil. Ini boleh mewakili peningkatan tekanan intrakranial (ICP), dilihat dengan abses, atau meningitis lanjutan atau ensefalitis. Seseorang juga akan menjalani pemeriksaan neurologi lengkap, yang membantu doktor untuk menemui apa-apa tanda dan masalah berkaitam sistem saraf.
  • Ujian darah makmal standard dan spesimen air kencing akan diperolehi. Selain itu, satu set kultur khas daripada darah, air kencing, rembesan hidung atau pernafasan mungkin diambil.
  • Kajian pengimejan, seperti pengimbas CT kepala dengan kontras (iaitu, pewarna khusus yang dapat disuntik bagi meningkatkan gambaran otak) atau pengimbas MRI dengan kontras, boleh dilakukan. Prosedur diagnostik ini membantu mengetepikan sebarang proses dalam otak yang meningkatkan tekanan di dalam otak, serta menunjukkan sebarang komplikasi meningitis.
  • Diagnosis definitif biasanya diperoleh daripada analisis sampel cecair spinal. Cecair ini diperolehi dengan melakukan tusukan lumbar, yang biasanya dikenali sebagai sadap spina. Prosedur ini melibatkan memasukkan jarum kecil ke dalam kawasan di bahagian bawah belakang badan di antara vertebra, di mana cecair dalam salut spina mudah diakses. Sampel cecair ini kemudiannya dihantar ke makmal di mana analisis akan menentukan kewujudan sebarang jangkitan CNS, menentukan perbezaan antara bakteria dan jenis jangkitan lain, serta mengenalpasti jenis organisma yang bertanggungjawab.
  • Tusukan lumbar, apabila ia dilakukan dalam cara steril yang bersesuaian, ia adalah prosedur yang sangat selamat. Jarum dimasukkan di bawah hujung saraf tunjang, jadi tiada komplikasi neurologi yang akan berlaku. Sampel cecair yang diambil adalah sedikit. Teknik steril yang ketat menghilangkan kemungkinan jangkitan. Kesan sampingan yang paling biasa terjadi adalah sakit kepala dan nyeri ringan di tempat jarum dimasukkan. Tusukan lumbar tidak dilakukan jika terdapat sebarang bukti klinikal atau X-ray terhadap tekanan meningkat di dalam otak.

Bagaimana pesakit Jangkitan otak dirawat?

Berdasarkan keadaan anda, doktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai, termasuk:

  • Antibiotik diberikan melalui vena, dan juga ubat-ubatan untuk demam dan sakit kepala. Ia digunakan dalam rawatan jangkitan otak.
  • Sesiapa yang mengalami masalah pernafasan akan menerima oksigen dan diawasi dengan teliti.
  • Cecair IV dan penggantian elektrolit diberikan kepada mereka yang mengalami loya dan muntah berterusan.
  • Antisawan digunakan untuk mencegah atau merawat sawan.
  • Orang yang meragam atau keresahan akan menerima ubat sesasi ringan.
  • Jika terdapat bukti bengkak otak, steroid akan diberikan. Peranan steroid dalam menguruskan meningitis bakteria dewasa masih kontroversi. Dalam sesetengah kes meningitis Hib bagi kanak-kanak, steroid IV digunakan untuk mengurangkan kemungkinan kehilangan pendengaran.
  • Orang sakit akut dengan jangkitan CNS kuman bakteria dirawat dengan antibiotik yang mensasarkan organisma yang paling biasa terjadi. Dos pertama biasanya diberikan dalam masa 30 minit setelah dinilai oleh doktor di jabatan kecemasan, dan jika mungkin, sebelum tusukan lumbar. Sebaik sahaja hasil tusukan lumbar tersedia, dan organisma telah dikenal pasti, terapi yang lebih disasarkan dengan antibiotik yang paling berkesan dimulakan.
  • Rawatan abses otak adalah rumit. Bergantung pada saiz dan lokasinya, saliran boleh dilakukan oleh ahli bedah saraf. Terapi antibiotik adalah serupa dengan meningitis bakteria.
  • Jangkitan virus: Kebanyakan jangkitan virus hilang sendiri dengan penyembuhan penuh. Mereka tidak memerlukan apa-apa rawatan tertentu. Satu-satunya pengecualian untuk hal ini adalah virus herpes. Ubat antivirus khusus digunakan untuk merawat jangkitan otak yang disebabkan oleh herpes.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan otak?

Jika seseorang mengesyaki bahawa terdapat seseorang mempunyai beberapa jenis jangkitan otak, pertama, hubungi doktor atau perkhidmatan kecemasan dan ikuti nasihat mereka.

Menyediakan langkah penyejukan dan memberi ubatan menurunkan suhu untuk mengurangkan demam.

Jika orang tersebut muntah, letakkan dia dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan mereka daripada terhidu dan tercekik muntah.

Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti berat, dan pastikan orang tersebut dalam kawalan tegas untuk berehat. Sentiasa patuhi nasihat doktor.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda