Apa itu Hipotermia?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Hipotermia?

Hipotermia adalah keadaan yang berlaku apabila badan kehilangan haba lebih cepat daripada ia menghasilkan haba. Ini berlaku apabila suhu badan jatuh di bawah 35°C (95 °F). Suhu badan manusia yang normal adalah kira-kira 37 ° C (98.6 ° F). Jika hipotermia dibiarkan tanpa rawatan, keadaan anda boleh membawa kepada kesan yang berbahaya. Hati, sistem saraf dan organ lain akan mula gagal dan mungkin mengancam nyawa.

Apakah kebarangkalian Hipotermia?

Hipotermia paling kerap dialami oleh orang tua dan anak-anak muda di kawasan iklim sejuk. Anda boleh mengurangkan kemungkinan mengalami hipotermia dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hipotermia?

Simptom-simptom dan tanda-tanda bagi hipotermia:

  • Suhu badan jatuh di bawah 35°C (95°F);
  • Kerap menggigil
  • Pertuturan yang tidak jelas atau mengumam;
  • Bibir biru;
  • Kulit merah terang atau sejuk (pada bayi)
  • Pernafasan cetek dan perlahan;
  • Keliru atau hilang ingatan;
  • Nadi lemah;
  • Mengantuk atau kurang bertenaga.
  • Komplikasi termasuk luka beku, gangren, jari dingin, dan kaki parit

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda memerlukan penjagaan kecemasan apabila mengalami tanda-tanda hipotermia. Khususnya jika anda mempunyai keadaan kesihatan seperti diabetes. Hipotermia boleh menyebabkan kesan berbahaya pada tubuh. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah yang mengakibatkan hipotermia?

Penyebab utama hipotermia adalah berada di dalam cuaca sejuk atau air sejuk tanpa perlindungan. Tidak mempunyai pakaian luar yang sesuai atau memakai pakaian yang basah boleh menghalang tubuh anda menghasilkan haba. Adalah penting untuk membuat persediaan dan sentiasa berada dalam keadaan hangat semasa dalam perjalanan ke kawasan iklim sejuk.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hipotermia?

Faktor-faktor tertentu boleh meningkatkan risiko anda mengalami hipotermia:

  • Umur anda. Orang yang lebih tua dan bayi lebih berisiko kepada hipotermia.
  • Penggunaan alkohol dan dadah
  • Sebilangan jenis ubat – termasuk ubat antimurung tertentu, ubat antipsikotik, ubat sakit narkotik dan sedatif
  • Keadaan kesihatan yang lemah

Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda tidak akan mengalami hipotermia. Faktor-faktor ini hanya sebagai rujukan sahaja. Anda harus merujuk pada doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hipotermia didiagnosis?

Doktor akan mengesyaki seseorang itu mengalami hipotermia jika orang itu ditemui dalam persekitaran yang sejuk. ditemui dalam persekitaran yang sejuk. Termometer khas yang boleh mengukur suhu badan yang rendah, biasanya terdapat di jabatan kecemasan hospital, boleh mengesahkan diagnosis tersebut. Ujian-ujian lain untuk mengetepikan kerosakan kepada organ penting termasuklah elektrokardiografi, ujian makmal, dan sinar-X.

Bagaimana pesakit Hipotermia dirawat?

  • Orang harus dialihkan dari keadaan sejuk dan diletakkan dalam keadaan yang hangat sehingga bantuan perubatan dapat diberikan.
  • Pakaian yang basah harus dibuka dan diganti dengan pakaian yang kering
  • Gunakan lapisan selimut yang kering atau kot untuk memanaskan badan.
  • Minuman yang panas dan tidak berkafein boleh diberikan
  • Elakkan dari terdedah kepada angin dan tempias
  • Orang harus diletakkan berhampiran dengan sumber haba yang selamat, dan haba badan boleh dikongsi. Bagaimanapun, jangan gunakan haba terus seperti air panas atau pad pemanas.
  • Orang yang keliru atau tidak sedar harus menerima rawatan perubatan kecemasan. Ini termasuk pemanasan semula darah, cecair intravena yang hangat, dan pemanasan semula saluran pernafasan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hipotermia?

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan seperti yang berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi hipotermia:

  • Memakai pakaian yang betul untuk cuaca sejuk
  • Beri perhatian lebih kepada orang tua dan kanak-kanak
  • Ambil kalori dan cecair yang secukupnya
  • Sentiasa berwaspada dan rancang sebaiknya untuk menghadapi situasi cuaca yang merbahaya
  • Gantikan pakaian basah dengan pakaian kering secepat mungkin.
  • Keluar dari air sejuk dengan segera. Beberapa minit sahaja boleh membawa maut!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.