Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Hipotensi ortostatik – juga dipanggil hipotensi postural – adalah salah satu jenis tekanan darah rendah yang berlaku apabila anda berdiri dari duduk atau berbaring. Hipotensi ortostatik boleh membuatkan anda berasa pening atau ringan kepala, dan mungkin juga pengsan.
Hipotensi ortostatik mungkin ringan dan bertahan kurang dari beberapa minit. Walau bagaimanapun, hipotensi ortostatik yang bertahan lama boleh memberi isyarat masalah yang lebih serius, jadi penting untuk berjumpa dengan doktor jika anda kerap merasa ringan kepala apabila berdiri.
Hipotensi ortostatik yang kadang-kadang (akut) biasanya disebabkan oleh sesuatu yang jelas, seperti dehidrasi atau rehat katil yang panjang, dan ianya mudah dirawat. Hipotensi ortostatik kronik biasanya merupakan tanda masalah kesihatan yang lain, jadi rawatan berbeza-beza.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tanda-tanda umum hipotensi ortostatik adalah:
Simptom yang paling biasa adalah ringan kepala atau pening apabila anda berdiri selepas duduk atau berbaring. Gejala biasanya berlangsung kurang dari beberapa minit.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Pening atau ringan kepala yang muncul kadangkala mungkin adalah masalah yang minor – dicetuskan oleh dehidrasi ringan, gula darah rendah atau terlalu panas. Pening atau ringan kepala mungkin juga berlaku apabila anda berdiri selepas duduk untuk masa yang lama. Sekiranya gejala-gejala ini berlaku hanya sekali-sekala, mungkin tiada sebab untuk ianya dikhuatiri.
Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami simptom hipotensi ortostatik yang kerap kerana ianya boleh memberi isyarat masalah yang serius. Adalah lebih penting lagi untuk berjumpa dengan doktor jika anda mengalami tidak sedar diri, walaupun hanya untuk beberapa saat.
Simpan rekod simptom anda, apabila ianya berlaku, berapa lama ianya bertahan dan apa yang sedang anda lakukan pada masa itu. Jika ini berlaku pada waktu yang berbahaya, seperti semasa memandu, bincang dengan doktor anda.
Sekiranya anda mengalami simptom dan gejala disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang persoalan, sila berbincang dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Apabila anda berdiri, graviti menyebabkan darah berkumpul di kaki dan perut anda. Ini mengurangkan tekanan darah kerana kurang darah beredar kembali ke jantung anda.
Biasanya, sel-sel khas (baroreseptor) berhampiran arteri jantung dan leher anda merasakan tekanan darah rendah ini. Baroreseptor menghantar isyarat kepada pusat di otak anda, yang memberi isyarat kepada jantung anda untuk berdegup lebih cepat dan mengepam lebih banyak darah, yang akan menstabilkan tekanan darah. Sel-sel ini juga akan menyempitkan saluran darah dan meningkatkan tekanan darah.
Hipotensi ortostatik berlaku apabila sesuatu mengganggu proses semulajadi badan untuk mengatasi tekanan darah rendah. Banyak keadaan yang berbeza boleh menyebabkan hipotensi ortostatik, termasuk:
Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Matlamat doktor anda dalam menilai hipotensi ortostatik adalah untuk mencari sebab yang mendasari, dan menentukan rawatan yang sesuai untuk sebarang masalah kesihatan yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah anda. Penyebabnya tidak selalunya akan diketahui.
Doktor anda boleh menyemak sejarah perubatan anda, mengkaji semula simptom anda dan melakukan pemeriksaan fizikal untuk membantu mendiagnosis keadaan anda.
Doktor anda juga boleh mengesyorkan satu atau lebih daripada yang berikut:
Matlamat rawatan untuk hipotensi ortostatik adalah untuk memulihkan tekanan darah ke tahap biasa. Ini biasanya melibatkan peningkatan jumlah darah, mengurangkan pengumpulan darah di bahagian kaki bawah anda dan membantu saluran darah untuk mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.
Rawatan biasanya akan menyentuh punca mendasar – dehidrasi atau kegagalan jantung, contohnya – bukannya tekanan darah rendah itu sendiri.
Untuk hipotensi ringan ortostatik, salah satu rawatan paling mudah ialah duduk atau berbaring dengan serta-merta selepas merasa ringan kepala apabila berdiri. Gejala anda biasanya akan hilang.
Apabila tekanan darah rendah disebabkan oleh ubat-ubatan, rawatan biasanya melibatkan perubahan dos ubat atau menghentikannya sepenuhnya.
Rawatan hipotensi ortostatik termasuk:
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi hipotensi ortostatik:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen