Apa itu Emfisema?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Emfisema?

Emfisema ialah sejenis penyakit paru-paru yang menyebabkan sesak nafas. Ia adalah antara jenis yang paling kerap bagi penyakit pulmonari obstruktif kronik (chronic obstructive pulmonary disease, COPD). Emfisema kebanyakannya disebabkan oleh merokok.

Apakah kebarangkalian Emfisema?

Emfisema kebiasaannya berlaku pada mereka yang merokok. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Emfisema?

Simptom-simptom yang kerap ialah:

  • Susah bernafas;
  • Batuk ialah tanda yang pertama;
  • Letih;
  • Dada berbentuk tong (dada bulat dan membonjol seperti tong);
  • Sianosis (warna kebiruan pada kulit, jari kuku dan hujung jari);
  • Sistem imun melemah, meletakkan anda pada risiko yang tinggi kepada jangkitan paru-paru.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubingi doktor jika anda mengalami mana-mana perkara berikut:

  • Sesak nafas selama beberapa bulan yang semakin teruk dan menghalang aktiviti harian anda.
  • Terdapat kawasan biru atau kelabu pada kulit di bibir atau kuku anda.
  • Anda mudah hilang fokus atau tidak boleh kekal sedar.

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang disebut di atas atau sebarang persoalan, sila berhubung dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan cara yang berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan nasihat yang paling sesuai dengan situasi anda.

Punca

Apakah Punca Emfisema?

Terdapat beberapa sebab:

  • Merokok tembakau atau ganja;
  • Pencemaran udara;
  • Asap industri;
  • Dalam sesetangah kes yang jarang, emfisema disebabkan oleh kekurangan protein alpha-1-antitrypsin yang melindungi paru-paru.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Emfisema?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Merokok: Ini adalah penyebab utama emfisema. Semakin banyak dan lama anda menggunakan tembakau, semakin tinggi risiko emfisema.
  • Penuaan: Ramai orang berumur 40 tahun dan ke atas berkemungkinan mengalami kecederaan pada paru-paru yang menyebabkan emfisema.
  • Terdedah kepada asap atau habuk industri dan kimia juga meningkatkan risiko emfisema.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Emfisema didiagnosis?

Doktor anda mungkin ingin tahu sejarah perubatan anda; atau jika anda pernah merokok; atau jika anda tinggal atau bekerja di persekitaran yang tercemar.

Ujian-ujian diagnosis yang lain ialah:

  • Ujian pengimejan seperti imbasan CT (computerized tomography) dan x-ray untuk melihat paru-paru anda;
  • Ujian darah untuk memeriksa saluran darah di dalam paru-paru;
  • Oksimetri nadi untuk mengukur oksigen dalam darah;
  • Ujian fungsi paru-paru, yang digelar spirometri, yang menggunakan sejenis alat dinamakan spirometer untuk mengukur udara di dalam paru-paru yang dihirup dan dihembus keluar;
  • Ujian gas darah arteri untuk mengukur kadar oksigen dan karbon dioksida dalam darah;
  • Elektrokardiogram (ECG) untuk memeriksa penyakit jantung.

Bagaimana pesakit Emfisema dirawat?

Tiada penyempuh bagi emfisema. Walaubagaimanapun, beberapa rawatan berikut boleh membantu mengelakkan simptomnya menjadi semakin teruk:

  • Jika anda merokok, sila berhenti dengan serta merta.
  • Ubat-ubatan seperti bronkodilator, steroid atau antibiotik boleh dipreskrip oleh doktor untuk mengurangkan batuk, sesak nafas dan mengelakkan jangkitan bakteria.
  • Terapi: rehabilitasi pulmonari, terapi nutrisi atau suplemen oksigen akan memperbaik maslaah pernafasan dan membantu anda menguruskan berat badan anda kerana anda mungkin mengalami perubatan berat badan mendadak kesan dari emfisema.
  • Pembedahan: lung volume reduction surgery (LVRS) ialah satu prosedur dimana doctor akan membuang tisu-tisu yang cedera di dalam paru-paru untuk membantunya bekerja dengan lebih efektif dan menghilangkan sesak nafas. Pemindahan paru-paru mungkin diperlukan jika keadaan anda lebih serius.
  • Anda mungkin diminta mengambil vaksin influenza dan pneumokokal untuk melindungi daripada jangkitan respiratori.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Emfisema?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi  emfisema:

  • Elakkan merokok: cuba untuk menjauhkan diri dari merokok dengan melakukan aktiviti lain. Ini tidak hanya akan melindungi diri anda dari emfisema tetapi juga meningkatkan tahap kesihatan anda keseluruhannya.
  • Elakkan pencemar udara seperti asap dari kilang kimia.
  • Lakukan senaman setiap hari dan ambil diet yang seimbang untuk meningkatkan kesihatan dan kapasiti paru-paru anda.
  • Elakkan diri anda dari jangkitan. Anda boleh menggunakan ubat-ubatan yang dipreskrip oleh doktor dan menggunakan pakaian pelindung jika anda perlu berhubung dengan mereka yang demam.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut