Apa itu Ejakulasi Tertunda (Delayed Ejaculation)?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu ejakulasi tertunda?

Ejakulasi tertunda – kadang-kadang dipanggil ejakukasi terencat- adalah satu kondisi dimana seorang lelaki yang memerlukan stimulasi seksual dalam tempoh yang lama sebelum mencapai klimaks dan melepaskan air mani daripada zakar (ejakulasi) . Sebahagian lelaki yang mengalami kondisi ini tidak mampu untuk berejakulasi langsung. Masalah ini boleh terjadi untuk sementara waktu atau kekal sepanjang hayat.

Adalah normal bagi lelaki untuk mengalami ejakulasi tertunda dari masa ke semasa. Ia menjadi satu masalah apabila berpanjangan atau menyebabkan anda dan pasangan tertekan.

Apakah kebarangkalian ejakulasi tertunda?

Ejakulasi tertunda boleh menjejaskan pesakit di semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom ejakulasi tertunda ?

Sebahagian lelaki yang mengalami kondisi ini memerlukan 30 minit atau lebih stimulasi seksual untuk mencapai orgasme dan ejakulasi.

Selalunya, lelaki mungkin menghadapi kesusahan untuk mencapai orgasme sewaktu melakukan persetubuhan atau aktiviti seksual yang lain dengan pasangan. Sebahagian lelaki hanya boleh berejakulasi dengan melakukan onani atau mereka langsung tidak mampu untuk berejakulasi (anejakulasi).

Orgasme tertunda dibahagi kepada jenis-jenis berikut berdasarkan simptom-simptomnya:

  • Sepanjang hayat vs perolehan (acquired).  Ejakulasi tertunda sepanjang hayat berlaku sejak dari permulaan lelaki itu mencapai kematangan seksual. Ejakulasi tertunda perolehan pula berlaku selepas satu tempoh fungsi seksual yang normal.
  • Umum vs situasi. Ejakulasi tertunda umum tidak terhad kepada pasangan seks tertentu atau jenis stimulasi tertentu. Ejakulasi tertunda situasi berlaku hanya sewaktu keadaan/situasi tertentu.

Pembahagian kategori di atas membantu untuk mendiagnosis punca sebenar masalah ini dan mengenal pasti rawatan yang sesuai dengannya.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda  sekiranya anda mengalami perkara berikut:

  • Ejakulasi tertunda menjadi satu isu bagi anda dan pasangan
  • Anda mempunyai masalah kesihatan yang diketahui mungkin berkait dengan ejakulasi tertunda atau anda mengambil ubat yang menyebabkan masalah ini.
  • Anda mempunyai simptom lain bersama dengan ejakulasi tertunda yang mungkin terkait atau tidak .

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan ejakulasi tertunda?

Ejakulasi tertunda mungkin berpunca daripada masalah kesihatan kronik tertentu, pembedahan, dan ubat-ubatan atau mungkin disebabkan oleh penyalahgunaan dadah dan masalah kesihatan mental seperti kemurungan, keresahan dan tekanan. Dalam banyak kes, kondisi ini adalah hasil gabungan faktor fizikal dan psikologi.

Faktor fizikal yang mengakibatkan ejakulasi tertunda termasuklah:

  • Kecacatan pada sistem reproduktif lelaki sejak lahir
  • Kecederaan pada saraf pelvis yang mengawal orgasme
  • Jangkitan tertentu seperti jangkitan saluran kencing
  • Pembedahan prostat, seperti reseksi transuretra prostat (TURP) atau pembuangan prostat
  • Penyakit neurologi seperti  neuropati diabetik, strok/angin ahmar atau kecederaan saraf tunjang.
  • Keadaan yang terkait dengan  hormon, seperti hormon tiroid  yang rendah (hipotiroidisme) atau hormon testosteron yang rendah  (hipogonadisme)
  • Ejakulasi songsang,keadaan yang mana air mani terpancut ke belakang ke dalam pundi kencing dan bukannya keluar daripada zakar.

Faktor psikologi yang mengakibatkan ejakulasi tertunda termasuklah

  • Kemurungan , keresahan atau masalah kesihatan mental yang lain
  • Masalah perhubungan kerana stres, komunikasi yang tidak baik atau apa-apa kebimbangan  yang lain.
  • Keresahan tentang persembahan di atas katil
  • Imej tubuh badan yang tidak bagus
  • Pengaruh agama dan budaya setempat
  • Perbezaan antara realiti melakukan seks bersama pasangan  dengan fantasi seksual yang dibayangkan.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan lain yang boleh mengakibatkan ejakulasi tertunda termasuklah:

  • Sebahagian anti murung
  • Ubat darah tinggi yang tertentu
  • Diuretik yang tertentu
  • Sebahagian ubat antipsikotik
  • Sebahagian ubat anti sawan
  • Alkohol – terutamanya jika diminum terlalu banyak (penyalahgunaan alkohol dan ketagihan)

Bagi sebahagian lelaki, masalah fizikal yang kecil menjadi punca ejakulasi tertunda menimbulkan keresahan tentang ejakulasinya sewaktu bersama pasangan. Keresahan tentang masalah tersebut menjadikan ejakulasi tertunda bertambah teruk.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko ejakulasi tertunda?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Umur yang tua – adalah perkara yang normal  bagi lelaki yang semakin berumur mengambil masa yang lebih lama untuk berejakulasi.
  • Keadaan psikologi seperti kemurungan dan kebimbangan
  • Keadaan perubatan seperti diabetes dan sklerosis multipel
  • Rawatan perubatan tertentu seperti pembedahan prostat
  • Ubat-ubatan yang diambil, terutamanya antimurung, ubat darah tinggi dan diuretik
  • Masalah hubungan, seperti komunikasi yang tidak bagus dengan pasangan anda
  • Penyalahgunaan alkohol, terutamanya jika anda sudah lama meminum alkohol dalam jumlah yang banyak

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ejakulasi tertunda  didiagnosis?

Tiada waktu yang khusus dalam mengesahkan seseorang mengalami ejakulasi tertunda.  Sebaliknya, seseorang lelaki dikatakan mengalami kondisi ini apabila ia menyebabkan tekanan dan kekecewaan, atau dia terpaksa berhenti melakukan persetubuhan kerana keletihan, kerengsaan fizikal, kehilangan  ereksi ataupun atas permintaan pasangannya.

Pemeriksaan fizikal dan sejarah perubatan mungkin sudah mencukupi untuk doktor menyarankan rawatan bagi ejakulasi tertunda. Namun begitu, sekiranya ejakulasi tertunda tersebut kelihatan berpunca dari masalah lain yang memerlukan rawatan khusus, anda mungkin perlu menjalani ujian selanjutnya dan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar.

Ujian untuk mengesahkan masalah kesihatan yang lain:

  • Pemeriksaan fizikal. Pemeriksaan teliti zakar dan testis anda. Doktor akan menggunakan sentuhan lembut untuk menguji  deria rasa pada alat kelamin anda
  • Ujian darah. Sampel darah anda akan diambil dan dihantar ke makmal untuk mengenalpasti sebarang tanda sakit jantung,diabetes, paras testosterone yang rendah dan masalah kesihatan yang lain.
  • Ujian air kencing digunakan untuk mengenal pasti tanda-tanda diabetes, jangkitan dan masalah kesihatan yang lain.

Bagaimanakah ejakulasi tertunda dirawat?

Ejakulasi tertunda dirawat berdasarkan kepada punca sebenarnya,  rawatan yang mungkin diberikan termasuklah pengambilan ubat atau membuat perubahan kepada ubat yang anda sedang ambil, menjalani kaunseling psikologi, danberhenti  daripada mengambil alkohol berlebihan atau menggunakan dadah yang tidakdibenarkan

Ubat-ubatan; sekiranya anda mengambil ubat yang boleh mengakibatkan ejakulasi tertunda, mengurangkan dos atau menukar ubat tersebut mungkin akan menyelesaikan masalah. Kadangkala, menambah pengambilannya boleh membantu. Tidak terdapat sebarang ubat yang dibenarkan secara spesifik untuk rawatan ejakulasi tertunda. Ubat yang digunakan untuk kondisi ini adalah ubat yang juga diberikan untuk merawat penyakit lain.

Ubat-ubatan yang kadangkala digunakan untuk merawat ejakulasi tertunda termasuklah:

  • Amantadine (Penyakit Parkinson)
  • Buspirone (antiresah)
  • Cyproheptadine (alahan)

Kaunseling psikologi (psikoterapi); Psikoterapi boleh membantu anda dengan menyatakan masalah mental yang dihadapi yang menjadi punca kepada ejakulasi tertunda,seperti kemurungan atau keresahan. Ia juga digunakan untuk menjelaskan isu psikologi yang menjejaskan kemampuan anda berejakulasi.

Kaunseling mungkin melibatkan hanya anda dan pakar psikologi atau kaunselor sahaja, ataupun anda hadir bersama pasangan anda. Bergantung kepada punca sebenar, anda akan mendapat manfaat terbaik dengan berjumpa pakar terapi seks – kaunselor kesihatan mental yang pakar dalam terapi bagi masalah seksual. Jenis kaunseling yang terbaik untuk anda bergantung kepada kerisauan anda yang tertentu.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas ejakulasi tertunda?

Sekiranya  kebimbangan mengenai masalah ini berterusan, ia akan memberikan tekanan mental dan  emosi kepada anda dan pasangan. Sekiranya anda mengalami masalah ini sekali sekala, jangan menganggap ia akan berkekalan atau menjangkakan ia akan berulang sekali lagi pada masa akan datang. Sila ingat bahawa ejakulasi tertunda yang berlaku sekali sekala kerana stres atau faktor sementara yang lain boleh bertambah baik apabila faktor-faktor itu bertambah baik.

Tambahan , sekiranya anda mengalami ejakulasi tertunda sekali sekala atau kekal, penting bagi anda untuk menenangkan pasangan  anda. Pasangan anda mungkin terfikir yang ketidakmampuan anda mencapai klimaks adalah tanda anda tidak berminat untuk melakukan seks.

Berkomunikasilah secara terbuka dan jujur dengan pasangan anda tentang kondisi diri anda. Rawatan lebih berjaya sekiranya pasangan bekerja bersama-sama sebagai satu kumpulan. Anda mungkin hendak bertemu dengan kaunselor bersama dengan  pasangan anda. Ini akan membantu anda berdua untuk menyatakan sebarang kebimbangan tentang ejakulasi tertunda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut