Apa itu Depresi Major?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Depresi Major?

Depresi major, juga dikenali sebagai gangguan depresif unipolar atau major, dikategorikan dengan rasa sedih yang berterusan atau kurang rasa minat terhadap rangsangan luar. Unipolar membawa konotasi berbeza antara depresi major dan depresi unipolar, yang mana merujuk kepada keadaan yang bertukar-tukar antara depresi dan mania. Manakala, depresi unipolar hanya berfokus kepada “kekurangan,” atau emosi negatif dan simptom-simptom yang mungkin telah anda lalui.

Mujurlah, depresi major telah difahami dengan baik oleh komuniti perubatan dan selalunya mudah untuk dirawat melalui kombinasi perubatan dan terapi berbual. Berikut merupakan panduan bagi semua perkara daripada simptom dan punca depresi major, sehinggalah ke statistik dan rawatan yang anda boleh dapat daripada profesional perubatan jika anda berasa anda memerlukan pertolongan.

Apakah kebarangkalian Depresi Major?

Depresi major merupakan salah satu daripada gangguan mental yang paling biasa berlaku di Amerika Syarikat.

Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO; 10), depresi major membawa beban ketakupayaan yang paling berat dalam kalangan gangguan mental dan tingkah laku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Depresi Major?

Simptom-simptom biasa bagi depresi major ialah:

  • Rasa sedih, sebak, kosong dan putus harapan
  • Ledakan kemarahan, lekas marah atau kecewa, bahkan pada perkara-perkara kecil
  • Hilang minat atau keterujaan dalam kebanyakan atau semua aktiviti normal, seperti seks, hobi atau sukan
  • Gangguan tidur, termasuk insomia atau terlalu banyak tidur
  • Letih dan kurang tenaga, bahkan tugasan yang kecil sekalipun memerlukan lebih tenaga
  • Kurang selesa makan dan turun kerat badan atau bertambah mengidam terhadap makanan dan berat badan bertambah
  • Kebimbangan, agitasi atau keresahan
  • Berfikir, bercakap dan pergerakan badan perlahan
  • Rasa diri tidak berharga atau bersalah, sering ingat akan kegagalan lampau atau menyalahkan diri sendiri
  • Sukar untuk berfikir, menumpukan perhatian, membuat keputusan dan mengingat akan sesuatu perkara
  • Kerap atau acapkali berfikir mengenai kematian, keinginan untuk membunuh diri, cubaan untuk membunuh diri atau bunuh diri
  • Masalah fizikal yang tidak diketahui puncanya, seperti sakit belakang atau sakit kepala

Simptom-simptom biasanya cukup teruk untuk mengakibatkan masalah dalam perhubungan dengan orang lain atau dalam aktiviti hari ke hari, seperti aktiviti kerja, sekolah dan sosial.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda rasa depresi, buat temu janji untuk berjumpa dengan doktor atau profesional kesihatan mental secepat yang boleh. Jika anda keberatan untuk mendapatkan rawatan, bercakap dengan sahabat atau orang tersayang, mana-mana profesional penjagaan kesihatan, ketua agama, atau seseorang yang anda percaya. Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Depresi Major?

Masih tidak diketahui apa yang menyebabkan depresi. Sama seperti banyak gangguan mental yang lain, pelbagai faktor yang mungkin boleh terlibat, seperti:

  • Perbezaan biologikal. Orang yang mengalami depresi dilihat mempunyai perubahan fizikal di dalam otak mereka. Fungsi perubahan ini masih lagi tidak diketahui, tetapi lama kelamaan mungkin dapat membantu mencari punca-punca masalah ini
  • Bahan kimia otak. Neurotransmiter yang secara semula jadi merupakan bahan kimia otak yang boleh memainkan peranan penting dalam depresi. Kajian terbaru menunjukkan bahawa perubahan fungsi dan kesan neurotransmiter ini serta bagaimana neurotrasmiter ini bertindak balas dengan litar neuro yang terlibat dalam mengekalkan kestabilan mood yang memainkan peranan penting dalam depresi dan rawatannya
  • Perubahan dalam keseimbangan hormon badan yang mungkin terlibat dalam menyebabkan dan mencetuskan depresi. Perubahan hormon akibat hamil atau semasa beberapa minggu atau bulan selepas bersalin (postpartum) dan daripada masalah tiroid, menopaus atau beberapa keadaan lain
  • Trait yang diwarisi. Depresi lebih biasa terjadi pada individu yang saudara maranya juga mempunyai keadaan ini. Para penyelidik sedang cuba mencari gen yang mungkin terlibat dalam menyebabkan depresi

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Depresi Major?

Terdapat pelbagai faktor risiko bagi depresi major, seperti:

  • Sifat-sifat keperibadian tertentu, seperti rendah keyakinan diri dan menjadi terlalu bergantung, mengkritik diri sendiri atau pesimistik
  • Peristiwa traumatik atau tertekan, seperti penderaan fizikal atau seksual, kematian atau kehilangan orang tersayang, perhubungan yang sukar, atau masalah kewangan
  • Saudara mara dengan sejarah depresi, gangguan bipolar, alkoholisme, atau bunuh diri
  • Menjadi lesbian, gay, biseksual atau tukar jantina, atau mempunyai variasi dalam pembentukan organ genital yang tidak jelas sama ada lelaki atau perempuan (interseks) dalam situasi yang tidak disokong
  • Sejarah gangguan kesihatan mental lain, seperti gangguan kebimbangan, gangguan pemakanan atau gangguan tekanan pascatrauma
  • Penyalahgunaan alkohol dan dadah rekreasi
  • Penyakit serius atau kronik, termasuk kanser, strok, kesakitan kronik atau penyakit jantung

Ubat-ubat tertentu, seperti beberapa ubat tekanan darah tinggi atau pil tidur (cakap dengan doktor anda sebelum berhenti mengambil mana-mana ubat).

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Depresi Major didiagnosis?

Profesional kesihatan – seperti doktor rawatan primer atau ahli psikiatrik – akan melakukan penilaian perubatan yang menyeluruh. Ansa mungkin akan menerima ujian saringan depresi ketika temu janji biasa bersama doktor. Profesional tersebut akan bertanya mengenai sejarah psikiatrik peribadi dan keluarga serta soalan-soalan saringan berkaitan simptom depresi major.

Tiada ujian darah, x-ray, atau ujian makmal yang boleh digunakan untuk mendiagnosis depresi major. Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin akan melakukan ujian darah untuk bantu mengesan masalah perubatan lain yang mempunyai simptom sama seperti depresi. Contohnya, hipotiroid boleh menyebabkan beberapa simptom yang sama seperti depresi, begitu juga penggunaan dan penyalahgunaan alkohol atau dadah, beberapa ubat, dan strok.

Bagaimana pesakit Depresi Major dirawat?

Depresi major atau klinikal adalah penyakit yang serius tetapi boleh dirawat. Bergantung kepada keterukan simptom, doktor rawatan primer atau ahli psikiatrik anda akan menyarankan rawatan dengan ubat antidepressan. Doktor juga akan menyarankan psikoterapi, atau terapi berbual, yang mana anda boleh meluahkan keadaan emosi anda.

Kadang-kadang, beberapa ubat lain juga ditambah bersama antidepressan untuk meningkatkan keberkesanan ubat ini. Ubat-ubat tertentu berfungsi dengan lebih lagi bagi sesetengah orang. Hal ini penting bagi doktor anda untuk mencuba pelbagai jenis ubat dengan dos yang berbeza-beza bagi menentukan ubat mana yang terbaik untuk anda.

Terdapat juga pilihan rawatan lain untuk depresi klinikal – seperti terapi elektrokonvulsif, juga dipanggil ECT atau terapi kejutan – yang boleh digunakan jika ubat yang diberi terbukti tidak berkesan atau simptom menjadi teruk.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Depresi Major?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi depresi major:

  • Ikut rancangan rawatan anda. Jangan ponteng sesi psikoterapi atau temu janji. Bahkan jika anda sudah berasa sihat, jangan lupa untuk mengambil ubat anda. Jika anda berhenti daripada mengambil ubat, simptom depresi mungkin akan datang kembali, dan anda juga boleh mengalami simptom seperti sarak. Ketahui bahawa keadaan ini akan mengambil masa untuk menjadi bertambah baik
  • Pelajari mengenai depresi. Mempelajari tentang keadaan anda boleh memberi kuasa dan memotivasi anda untuk terus mengikuti rancangan rawatan anda. Galakkan keluarga anda untuk mempelajari mengenai depresi bagi membantu mereka memahami dan menyokong anda
  • Beri perhatian terhadap tanda-tanda amaran. Bekerjasama dengan doktor atau ahli terapi bagi mengetahui apa yang mungkin boleh mencetuskan simptom-simptom depresi anda. Buat rancangan agar anda tahu apa yang perlu dilakukan jika simptom anda menjadi semakin teruk. Hubungi doktor atau ahli terapi jika anda menyedari sebarang perubahan pada simptom atau bagaimana anda rasa. Minta saudara mara atau rakan-rakan untuk bantu memantau tanda-tanda amaran ini
  • Elakkan alkohol dan dadah rekreasi. Alkohol atau dadah dilihat dapat mengurangkan simptom depresi, tetapi sekiranya diambil dalam jangka masa yang lama, ia boleh memburukkan simptom dan menjadikan depresi sukar untuk dirawat. Beritahu doktor atau ahli terapi anda jika anda memerlukan bantuan mengenai penggunaan alkohol atau dadah
  • Jaga diri anda. Makan secara sihat, aktif fizikal dan dapatkan tidur yang cukup. Berjalan, berlari, berenang, menanam atau aktiviti lain yang anda suka. Tidur dengan baik penting untuk kesihatan fizikal dan mental anda. Jika anda mengalami masalah untuk tidur, beritahu doktor anda untuk mencari jalan penyelesaian
  • Ringkaskan kehidupan anda. Tolak tanggungjawab apabila boleh, dan tetapkan azam yang bersesuaian untuk diri anda. Beri kelonggaran pada diri anda untuk melakukan sedikit sahaja perkara apabila anda berasa depresi
  • Tulis jurnal. Menulis jurnal, sebagai sebahagian daripada rawatan anda, dapat meningkatkan mood dengan membolehkan anda melahirkan rasa sakit, marah, takut atau emosi yang lain
  • Baca buku atau laman sesawang yang terkenal dengan nasihat atau tip untuk membantu diri sendiri. Doktor atau ahli terapi anda mungkin boleh mengesyorkan beberapa buku atau laman sesawang untuk dibaca
  • Cari kumpulan yang membantu. Banyak organisasi, seperti Perikatan Kebangsaan untuk Penyakit Mental (NAMI) dan Perikatan Sokongan Depresi dan Bipolar, menawarkan informasi, kumpulan sokongan, kaunseling, dan sumber-sumber lain bagi membantu depresi. Pekerja pembantu program dan kumpulan agamawan juga menawarkan bantuan untuk masalah kesihatan mental
  • Jangan mengasingkan diri. Cuba sertai aktiviti sosial, dan selalu lakukan bersama keluarga atau rakan-rakan. Kumpulan sokongan untuk individu yang mengalami depresi dapat membantu anda berhubung dengan orang lain yang juga mengalami cabaran yang sama dan berkongsi pengalaman
  • Pelajari cara untuk bertenang dan mengawal stress anda. Contoh termasuklah meditasi, relaksasi otot yang progresif, yoga dan tai chi
  • Susun masa anda. Rancang hari anda. Anda akan mendapati dengan membuat senarai tugasan harian, menggunakan nota pelekat sebagai peringatan atau buku perancang untuk lebih tersusun
  • Jangan buat sebarang keputusan penting semasa anda sedang sedih. Elakkan membuat keputusan semasa anda sedang berasa depresi, kerana anda mungkin tidak dapat berfikir dengan jelas

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Ogos 13, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 13, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda