Apa itu Anestesia Setempat?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Anestesia Setempat?

Anestesia diberikan semasa pembedahan untuk mengelakkan pesakit dari terjaga. Selain daripada anestesia setempat, terdapat juga jenis lain seperti anestesia epidural ( disuntik ke dalam ruang epidural di saraf tunjang) atau blok saraf ( secara langsung pada saraf anda).

Anestesia setempat adalah satu prosedur suntikan ubat ke dalam tisu untuk menjadikan kawasan tersebut kehilangan rasa. Anestesia boleh menyebabkan saraf anda berhenti bekerja sehingga anda tidak dapat merasa sakit. Bentuk anestesia yang paling mudah ialah menyuntik anestetik di sekitar tapak pembedahan. Doktor boleh membius semua saraf tangan atau kaki (dipanggil saraf blok).

Mengapa Anestesia Setempat dilakukan?

Anestesia ini sering digunakan oleh doktor gigi, pakar bedah, pakar bius dan pengamal perubatan am apabila mereka menjalankan pembedahan di kawasan kecil di badan.

Anda akan berada di bawah anestesia sebelum menerima pembedahan kecil, termasuk:

  • Tampal gigi yang atau cabut gigi bijak.
  • Pembedahan kecil di kulit, seperti pembuangan tahi lalat atau kutil.
  • Biopsi, mengambil sampel tisu untuk memantau dengan lebih dekat di bawah mikroskop.

Kadangkala, anestesia setempat digunakan untuk pembedahan besar seperti pembedahan otak.

Sebagai contoh, apabila ketumbuhan otak terletak di kawasan otak yang mengawal ucapan (dipanggil kawasan Broca), anda akan dibius sebelum pembedahan utama. Kerana setelah ketumbuhan dibuang, anda perlu berjaga untuk mengikuti arahan doktor. Ini membantu pakar bedah untuk meminimumkan risiko mencederakan kawasan otak yang mengawal keupayaan bercakap semasa pembedahan.

Fahami Risiko-risikonya

Apakah faktor risiko anestesia setempat?

Komplikasi yang mungkin anda alami ialah:

  • Analgesik tidak mencukupi;
  • Alahan;
  • Pendarahan ;
  • Kerosakan saraf;
  • Kesan sampingan disebabkan oleh anestesia yang  diserap ke dalam aliran darah.

Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Proses

Bagaimana Persedian untuk Anestesia Setempat?

Doktor akan menerangkan prosedur kepada anda. Yang penting, anda perlu memaklumkan kepada mereka tentang ubat-ubatan, terutamanya antikoagulan, yang diambil oleh anda.

Anda akan diarahkan untuk tidak minum atau makan, dalam masa 24 jam sebelum pembedahan. Adalah penting untuk anda mengikuti arahan doktor. Anda tidak boleh minum alkohol atau mengambil sedatif dalam masa 24 jam sebelum anestesia.

Apa yang terjadi semasa Anestesia Setempat dilakukan?

Anda akan kehilangan rasa beberapa minit selepas dibius. Prosedur atau pembedahan tidak akan bermula sehingga doktor memastikan kawasan pembedahan kehilangan rasa. Perlu diketahui bahawa anda tidak merasai sakit semasa pembedahan tetapi merasai tekanan dan gerakan di kawasan yang dibedah.

Anda mula selesa dan tenang beberapa minit selepas mengambil sedatif. Kesan sedatif bergantung pada jenis sedatif yang diambil dan  anda mungkin tertidur.

Sedatif boleh menjejaskan pernafasan anda. Apabila anda mengambilnya, doktor akan sentiasa memantau oksigen dalam darah anda melalui peranti kecil di jari. Anda boleh menyedut oksigen melalui topeng atau tiub plastik yang diletakkan di dalam hidung.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas Anestesia Setempat?

Selepas pembedahan, anda boleh mengalami masalah pembuangan air kecil. Doktor boleh meletakkan tiub nipis dan lembut dalam pundi kencing untuk mengalirkan air kencing. Ia berlaku selepas anestesia di saraf tunjang atau epidural.

Ia mengambil masa beberapa jam untuk kehilangan rasa anda pulih. Ia mengambil masa daripada  1 hingga 18 jam bergantung pada jenis anestesia.

Sepanjang tempoh ini, pasukan pemulihan atau pemantauan akan memastikan bahawa kawasan anestesia dilindungi untuk mengelakkan kecederaan. Anda mungkin terasa seperti dicucuk apabila kawasan anestesia kembali dirasai, tetapi ia tidak lama. Pada ketika ini, maklumkan staf perubatan jika anda berasa sakit.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 4, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut