Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Akromegali merupakan gangguan paras hormon hasil daripada hormon tumbesaran yang terlalu banyak. Ini menyebabkan kulit dan tulang di dalam kepala , muka, lengan dan kaki membesar dengan kadar yang lebih cepat daripada badan. Perubahan fizikal berlaku lebih perlahan dan mungkin tidak dapat dikesan selama bertahun-tahun. Jika dibiarkan tanpa dirawat, akromegali boleh menyebabkan kesan yang teruk. Ia adalah penting untuk memaklumkan doktor anda jika anda mempunyai sebarang simptom.
Akromegali adalah penyakit yang jarang dihidapi. Ia selalunya dihidapi oleh lelaki dan wanita di pertengahan umur. Di kalangan kanak-kanak yang masih membesar pula, hormon tumbesaran yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah yang sama yang dikenali sebagai gigantisma. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.
Simptom-simptom dan tanda-tanda biasa bagi akromegali adalah apabila tulang-tulang anda di bahagian tangan, kaki, kepala dan muka menjadi lebih besar daripada badan anda. Selain itu, penyakit ini juga menyebabkan beberapa simptom lain seperti :
Kemungkinan ada beberapa simptom tidak disenaraikan diatas. Jika anda ada sebarang kerisauan tentang simptom ini, sila berbincang dengan doktor anda.
Hubungi doktor anda atau pergi ke hospital jika anda mempunyai salah satu daripada simptom-simptom yang berikut:
Akromegali disebabkan oleh penghasilan hormon tumbesaran yang berlebihan dari kelenjar pituitari. Kelenjar pituitari menghasilkan beberapa hormon penting yang mengawal fungsi tubuh badan seperti pertumbuhan dan pembangunan, pembiakan, dan metabolisma. Hormon tumbesaran adalah penting untuk mengawal pertumbuhan fizikal tubuh badan seseorang. Tahap hormon pertumbuhan yang tinggi menyebabkan tulang di lengan, kaki, kepala dan muka lebih besar daripada badan anda. Penghasilan hormon tumbesaran yang berlebihan boleh berpunca daripada ketumbuhan di kelenjar pituitari atau dalam kes terpencil adalah pertumbuhan di pankreas , paru-paru atau bahagian otak.
Terdapat beberapa risiko akromegali seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Terdapat banyak cara untuk mendapatkan diagnosis secara terperinci. Kebiasaannya doktor akan memeriksa badan pesakit dan melakukan pemeriksaan darah untuk mengukur jumlah hormon tumbesaran.
Rawatan-rawatan secara mendalam meliputi:
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi akromegali:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen