Antibodi Anti-Jo-1

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apakah itu ujian antibodi Anti-Jo-1?

Ujian antibodi Anti-Jo-1 adalah ujian untuk mengukur kadar antibodi Anti-Jo-1 dalam darah anda. Jo-1 (synthetase histidyl tRNA) adalah ahli keluarga enzim amil-tRNA sintetase yang terdapat dalam semua sel nukleus. Antibodi Jo-1 pada pesakit dengan polimiositis (polymyositis) terikat pada epitop konformasi (conformational epitopes) bagi protein enzim dan menghalang aktiviti pemangkinannya secara in vitro.

Antibodi Jo-1 adalah penanda untuk penyakit polimiositis, dan berlaku paling selalunya pada pesakit miositis yang juga mempunyai penyakit paru-paru interstisial. Antibodi ini terhasil pada 50% pesakit yang mempunyai fibrosis pulmonari interstisial dan poliartritis simetri.

Mengapakah ujian antibodi Anti-Jo-1 dilaksanakan?

Terdapat beberapa sebab mengapa ujian antibodi Anti-Jo-1 dilakukan untuk menilai pesakit dengan tanda-tanda dan simptom yang serasi dengan penyakit tisu penghubung, terutama pesakit dengan sakit otot dan kelemahan anggota badan, tanda dan simptom paru-paru yang bersamaan, fenomena Raynaud, dan artritis.

Peringatan/Amaran

Apa yang saya harus tahu sebelum menjalani ujian antibodi Anti-Jo-1?

Terdapat beberapa persediaan yang disyorkan yang mungkin diperlukan untuk ujian antibodi Anti-Jo-1:

  • Jangan minum alkohol selama 24 jam sebelum ujian.
  • Untuk ujian darah, jangan makan atau minum apa-apa kecuali air kosong selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum menjalani ujian.
  • Banyak ubat yang boleh menjejaskan keputusan ujian ini. Pastikan anda memberitahu doktor tentang semua ubat tanpa preskripsi dan dengan preskripsi yang anda ambil.

Ujian untuk antibodi bagi Jo-1 adalah tidak berguna pada pesakit dengan keputusan negatif bagi ujian antibodi antinuklear (ANA).

Keputusan negatif untuk antibodi Jo-1 tidak mengecualikan diagnosis terhadap polimiositis atau dermatomiositis

Proses

Apakah persediaan terhadap ujian antibodi Anti-Jo-1?

Adalah dinasihatkan bahawa terdapat banyak perkara yang perlu disiapkan dan disediakan sebelum ujian ini, termasuklah:

Dalam ujian darah

  • Ikat tali elastik di sekitar atas lengan anda untuk menghentikan aliran darah. Ini menjadikan urat di bawah ikatan lebih besar supaya lebih mudah untuk memasukkan jarum ke dalam urat.
  • Bersihkan tapak suntikan jarum dengan alkohol.
  • Letakkan jarum ke dalam urat. Lebih daripada satu jarum mungkin diperlukan.
  • Pasang tiub ke jarum untuk mengisinya dengan darah.
  • Lepaskan ikatan dari lengan anda apabila darah yang cukup dikumpulkan.
  • Letakkan kain kasa atau bola kapas di atas tapak suntikan jarum apabila jarum dikeluarkan.
  • Tekan di tapak dan kemudian balut.

Dalam ujian air kencing

Ujian antibodi Anti-Jo-1 boleh diukur dengan dua cara, dalam sampel air kencing pasca 24 jam atau 2 jam.

Sampel air kencing pasca 24 jam adalah semua air kencing yang anda hasilkan dalam tempoh 24 jam.

  • Kumpulkan air kencing anda bermula dari waktu pagi. Apabila anda mula-mula bangun, kosongkan pundi kencing anda tetapi jangan simpan urin ini. Tuliskan masa anda buang air kecil untuk menandakan permulaan tempoh pengumpulan 24 jam anda.
  • Untuk 24 jam akan datang, kumpulkan semua air kencing anda. Doktor atau makmal anda biasanya akan memberikan anda bekas besar yang boleh mengumpul kira-kira 1 gal (4 L). Bekas ini mempunyai sedikit bahan pengawet di dalamnya. Kencing ke dalam bekas kecil yang bersih dan tuangkan air kencing ke dalam bekas yang besar. Jangan sentuh bahagian dalam bekas dengan jari anda.
  • Simpan bekas yang besar di dalam peti sejuk selama 24 jam.
  • Kosongkan pundi kencing anda untuk masa akhir pada atau sebelum penghujung tempoh 24 jam. Masukkan air kencing ini ke dalam bekas besar dan rekodkan masa.
  • Pastikan tiada kertas tisu, bulu kemaluan, najis (tinja), darah haid, atau bahan asing lain dalam sampel air kencing.

Sampel air kencing 2-jam adalah semua air kencing yang anda hasilkan dalam tempoh 2 jam. Kumpulkan dengan cara yang sama seperti sampel air kencing selama 24 jam, semasa tempoh 2 jam yang dicadangkan oleh profesional kesihatan anda.

Apa yang terjadi semasa ujian antibodi Anti-Jo-1?

Semasa ujian ini, anda mungkin akan menjalani:

Sampel darah diambil dari vena di lengan anda. Ikatan elastik akan dibalut pada atas lengan anda. Oleh itu, ia mungkin akan berasa ketat dan tidak selesa. Anda mungkin tidak merasakan apa-apa dari jarum, atau anda mungkin merasa sengatan yang laju atau cubitan.

Proses mengumpul sampel air kencing selama 2 jam ataupun 24 jam pula adalah tidak menyakitkan.

Apa yang terjadi selepas ujian antibodi Anti-Jo-1?

Kemungkinan masalah yang sangat sedikit boleh terjadi apabila sampel darah diambil dari urat anda.

Pertama, lebam kecil boleh terhasil pada tapak suntikan jarum. Walau bagaimanapun, anda boleh mengelakkan kebarangkalian lebam dengan mengekalkan tekanan di tapak suntikan selama beberapa minit.

Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, urat mungkin menjadi bengkak selepas sampel darah diambil. Masalah ini dipanggil flebitis. Anda perlu menggunakan tuam panas beberapa kali sehari untuk menyelesaikan masalah ini

Selain itu, pendarahan yang berterusan boleh menjadi masalah kepada beberapa pesakit yang mengalami masalah pendarahan. Beberapa ubat-ubatan seperti aspirin, warfarin (Coumadin), dan ubat-ubatan pencair darah yang lain mengakibatkan pendarahan menjadi lebih berkemungkinan. Sekiranya anda mengalami masalah pendarahan atau pembekuan darah, atau jika anda ada mengambil ubat pencair darah, sila beritahu doktor sebelum sampel darah anda diambil.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai ujian antibodi Anti-Jo-1, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami dengan lebih baik arahan anda.

Penjelasan keputusan ujian

Apakah maksud keputusan ujian saya?

Keputusan ujian makmal mungkin berbeza, bergantung pada umur, jantina, sejarah kesihatan, kaedah yang digunakan untuk ujian, dan banyak lagi faktor lain. Secara umumnya, tahap antibodi anti-Jo-1 normal berada di bawah 1.0 U. Ini bermakna apabila keputusan anda melebihi 1.0 U, ia dianggap tidak normal.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik keputusan ujian anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Rujukan