Hormon Inhibin-A (Ujian)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu ujian hormon inhibin-A?

Ujian hormon inhibin A dilakukan untuk mengukur jumlah hormon ini di dalam darah wanita hamil untuk melihat jika bayi tersebut mungkin menghidapi sindrom Down. Inhibin A dihasilkan oleh plasenta semasa hamil.

Kadar inhibin A di dalam darah digunakan di dalam ujian saringan maternal serum quadruple. Secara umumnya antara 15 ke 20 minggu, ujian ini mengukur kadar 4 bahan di dalam darah wanita hamil. Ujian saringan ini mengukur alfa feto-protein (AFP), gonadotropin korionik manusia (hCG), sejenis estrogen (estriol tidak terkonjugasi atau uE3) dan hormon inhibin A. Kadar bahan-bahan ini – bersama umur wanita dan faktor-faktor lain – membantu doktor membuat anggaran kemungkinan anda menghidapi masalah tertentu atau kecacatan kelahiran.

Mengapa ujian ini dijalankan?

Ia dijalankan sebagai tambahan kepada ujian lain jika terdapat peluang masalah kromosom seperti sindrom Down.

Perkara yang perlu anda tahu

Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani ujian ini?

Merokok boleh meningkatkan kadar inhibin A di dalam darah.

Obesiti boleh mengurangkan kadar inhibin A di dalam darah.

Keputusan ujian saringan quad, termasuk inhibin A mengambil kira umur, kaum, berat dan samada dia menghidapi diabetes atau tidak.

Adalah penting untuk faham bahawa ujian saringan tersebut tidak memberikan jawapan yang tepat ‘ya’ atau ‘tidak’ jika bayi tersebut mengalami sindrom Down. Jika ujian saringan anda menunjukkan anda berisiko tinggi mendapat bayi dengan sindrom Down, anda akan kebiasaannya ditawarkan ujian diagnostik.

Ujian diagnostik dilakukan sebelum bayi lahir (prenatal) untuk melihat jika janin tersebut benar-benar menghidapi sindrom Down. Terdapat 2 ujian diagnostik utama: amniocentesis dan sampel vili korionik.

Proses

Apakah persediaan ujian ini?

Tiada persediaan khusus diperlukan.

Apa yang berlaku ketika ujian ini?

Doktor akan membersihkan kawasan kecil di lengan atau siku anda menggunakan pengelap antiseptik atau pad alcohol. Dalam sesetengah kes, pembalut elastik akan dililit mengelilingi bahagian atas lengan anda untuk meningkatkan aliran darah. Ini akan membuatkan lebih mudah untuk mengambil darah dari vena anda.

Kemudian, lengan anda akan dicucuk dengan jarum ke dalam vena. Satu tiub akan dilekatkan pada jarum untuk mengumpul darah.

Apabila darah telah diambil, doktor akan mengalihkan jarum tersebut. Kemudian, doktor akan meletakkan swab kapas dan pembalut untuk menghentikan sebarang pendarahan di kawasan jarum dicucukkan.

Apa yang berlaku selepas ujian ini?

Anda boleh kembali kepada aktiviti normal selepas ujian ini dilakukan. Anda akan dijadualkan untuk mendapatkan keputusan ujian. Doktor anda akan menjelaskan makna keputusan ujian. Sila ikut sebaiknya arahan doktor anda.

Penjelasan Keputusan

Apa maksud keputusan saya?

Inhibin A dihasilkan oleh plasenta semasa hamil.

Bacaan normal bermaksud kadar hormon inhibin A rendah atau negatif. Keputusan abnormal bermaksud kadar hormon inhibin A tinggi atau positif. Kadar hormon harus dilihat bersama ujian saringan quad.

Semua bacaan tidak normal perlu dibincangkan bersama doktor.

Bacaan normal yang disenaraikan di sini–dinamakan julat rujukan–hanyalah sebagai panduan. Julat ini berbeza dari satu makmal ke makmal yang lain. Makmal anda mungkin mempunyai julat berbeza untuk bacaan normal. Laporan makmal anda seharusnya mengandungi julat yang digunakan oleh makmal tersebut. Doktor juga akan menilai bacaan anda bergantung kepada kesihatan anda dan faktor-faktor lain. Ini bermakna bacaan di luar bacaan yang disenaraikan normal mungkin masih normal bagi anda atau makmal anda.

Julat normal bagi ujian ini mungkin berbeza bergantung kepada makmal dan hospital. Sila berbincang dengan doktor anda tentang apa-apa persoalan yang anda ada berkenaan keputusan ujian anda.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan ujian ini, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami dengan lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.