Penyakit Balo: Penyakit Jarang, Berkemungkinan Akibat Autoimun

Oleh

Penyakit Balo adalah gangguan pendemielinan yang jarang berlaku pada sistem saraf pusat yang mana berlaku kerosakan mielin, iaitu bahan lemak yang melindungi gentian saraf. Penyakit Balo berkongsi ciri-ciri dengan penyakit pendemielinan lain, sementara ada yang menganggapnya sebagai gangguan berbeza, dan kebanyakan pakar sklerosis berbilang (MS) melihatnya sebagai variasi jarang MS.

Berbanding penyakit skerosis lain, penyakit Balo ini berbeza kerana ia cenderung  berkembang dengan cepat. Penyakit ini lazimnya berlaku di Asia dan dalam kalangan masyarakat Filipina. Ia boleh menjejaskan lelaki dan perempuan dengan tahap yang sama. Kebiasaannya penyakit ini muncul ketika dewasa, tetapi terdapat juga kes kanak-kanak yang dilaporkan.

Penyakit Balo juga dikenali sebagai encephalitis periaxialis concentrica, leukoencephalitis periaxialis concentrica dan concentric sclerosis.

Gangguan autoimun dan penyakit Balo

Menurut National Organization for Rare Disorder (NORD), punca MS dan variannya masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, beberapa kajian menunjukkan bahawa faktor autoimun mungkin memainkan peranan dalan penyakit Balo. Gangguan autoimun berlaku apabila pertahanan semulajadi tubuh terhadap “bendasing” atau organisma yang menyerang seperti antibodi, mula menyerang tisu yang sihat untuk alasan yang tidak diketahui.

Malah, punca pemulihan yang dilihat pada sesetengah pesakit yang telah atau belum mendapatkan rawatan juga tidak diketahui.

Simptom penyakit Balo

Kebanyakan kes dicirikan oleh permulaan simptom atau tanda-tanda yang beransur-ansur yang mungkin ditemui dalam jenis MS yang lebih biasa termasuk kekejangan otot dan lumpuh.

Simptom neurologi lain yang berkembang bergantung kepada kawasan otak yang terjejas dan mungkin termasuk kecacatan intelaktual atau ketidaknormalan fisiologi. Walau bagaimanapun, dalam bentuk yang paling serius, penyakit Balo mungkin mewujudkan kehadiran penyakit berjangkit, bermula dengan demam panas dan sakit kepala melampau.

Rawatan penyakit Balo

Menurut National Multiple Sclerosis Society, pada masa ini tiada ubat untuk merawat penyakit Balo dan tiada juga ubat-ubatan yang dilulskan secara khusus untuk merawat penyakit ini.

Bagaimanapun, rawatan awal standard untuk penyakit Balo termasuk rawatan dengan kortikosteroid untuk mengurangkan keradangan di kawasan yang terkena otak dan saraf tunjang. Manakala rawatan untuk melegakan simptom merangkumi ubat tertentu yang memerlukan rujukan daripada pakar pemulihan. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.