Pembedahan Anjakan Wajah

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Pembedahan Anjakan Wajah?

Anjakan wajah, dipanggil sebagai ritidektomi dalam istilah perubatan, merupakan pembedahan kosmetik bagi menjadikan wajah anda kelihatan lebih muda. Prosedur ini boleh menegangkan dan mengangkat tisu lembut pada wajah dan tengkuk anda.

Anda harus fikir masak-masak mengenai pilihan ini dan mempunyai jangkaan yang realistik mengenai hasilnya.

Mengapa Pembedahan Anjakan Wajah dilakukan?

Semakin anda meningkat usia, graviti akan menarik turun kulit dan tisu lembut pada wajah anda. Anda akan lebih cenderung untuk memperoleh manfaat daripada anjakanwajah sekiranya anda mempunyai lipatan kulit yang dalam pada sebelah hidung dan mulut anda, pipi anda sudah melendur atau anda mempunyai dua lapisan dagu.

Doktor bedah anda akan menjalankan penilaian terperinci sebelum membuat keputusan sama ada pembedahan ini sesuai untuk anda.

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang pembedahan yang menggunakan pisau, melapis semula atau menyuntik Botox boleh meratakan semula kedut yang nipis. Kedut yang dalam kadang kala boleh diisi semula menggunakan implan. Cantuman lemak melibatkan suntikan lemak daripada kawasan badan anda yang lain ke dalam wajah anda bagi menjadikan wajah anda nampak lebih anjal.

Fahami Risiko-risikonya

Apakah risiko bagi pembedahan anjakan wajah?

Sakit dan ketakselesaan biasalah hanya sedikit. Hasilnya akan kekal dalam anggaran sepuluh tahun.

Prosedur tambahan yang mungkin perlu bagi mencapai hasil yang terbaik termasuklah: anjakan tengkuk, blefaroplasti (pembedahan kelopak mata), sedut anlemak, suntikan lemak autologus dan pembuangan lemak bukal (pipi), anjakan dahi, anjakan kening, pengelupas kimia atau laser, dan implan malar (pipi), submalar atau dagu.

Walaupun jarang berlaku, risiko dan komplikasi pembedahan anjakan wajah termasuk:

  • Pendarahan, hematoma, lebam;
  • Jangkitan;
  • Disfungsi neurologikal (hilang fungsi atau sensasi otot), yang mana biasanya hanya sementara;
  • Parut yang lebar dan tebal;
  • Hilang rambut (pada kawasan sekeliling tempat bukaan);
  • Asimetri (ketaksamaan antara kedua-dua belah wajah);
  • Nekrosis kulit (hilang kulit akibat tisu mata).

Penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani prosedur ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.

Proses

Bagaimana Persedian untuk pembedahan Pembedahan Anjakan Wajah?

Anda mesti berbincang dengan doktor anda mengenai ubat yang sedang anda ambil, alahan atau sebarang keadaan kesihatan anda dan sebelum menjalani pembedahan, anda akan berjumpa dengan ahli anestetik dan merancang kaedah anestetik anda bersama. Penting untuk anda mengikut semua arahan mengenai bila perlu berhenti makan dan minum sebelum pembedahan.

Anda harus diberi arahan yang jelas untuk diikuti sebelum menjalani pembedahan, termasuk sama ada anda boleh makan apa-apa sahaja beberapa jam sebelum pembedahan. Bagi kebanyakan kes, anda perlu mula berpuasa lebih kurang enam jam sebelum prosedur anda. Anda mungkin boleh minum cecair, seperti kopi, sehingga beberapa jam sebelum pembedahan anda.

Apa yang terjadi semasa Pembedahan Anjakan Wajah dilakukan?

Pembedahan ini dilakukan di bawah anestesia umum dan biasanya mengambil masa dua hingga tiga jam.

Anjakan wajah SMAS – Doktor bedah anda akan melakukan bukaan di kedua-dua belah wajah anda pada garisan rambut di sekeliling telinga anda. Doktor bedah akan membuat bukaan pada bahagian bawah lapisan dalam tisu kuat (lapisan SMAS), mengangkat dan menegangkannya. Pakar bedah anda kemudian akan menegangkan kulit anda ke atas dan ke arah telinga anda dan membuang sebarang lebihan kulit.

Anjakan wajah MACS – Doktor bedah anda akan menegangkan lapisan SMAS dengan jahitan gantungan untuk elak daripada memotong bahagian bawahnya. Kaedah ini melibatkan kurang teknik pembedahan tetapi hasilnya tidak bertahan lama.

Jenis anjakan wajah yang lain – Semua ini termasuk anjakan wajah bahagian tengah dan anjakan wajah komposit dan melibatkan anjakan bahagian lapisan dalam wajah.

Jika anda ada sebarang soalan atau kebimbangan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas pembedahan Pembedahan Anjakan Wajah?

Anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama.

Anda boleh kembali ke tempat kerja selepas satu atau dua minggu, bergantung kepada jenis pekerjaan anda.

Anda tidak boleh melakukan hubungan kelamin atau tunduk ke bawah selama dua minggu.

Bersenam secara berkala dapat membantu anda untuk kembali melakukan aktiviti normal secepat yang boleh. Sebelum mula bersenam, dapatkan nasihat daripada kumpulan penjagaan kesihatan atau GP anda terlebih dahulu.

Hasil daripada anjakan wajah kekal untuk jangka masa yang panjang. Wajah anda akan masih terus berusia namun anda tetap akan kelihatan lebih muda berbanding jika anda tidak menjalani pembedahan ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Rujukan