backup og meta

Walaupun Cara Ini Selamat, Namun Ada Kesan Sampingan Suntikan Epidural Ini, Anda Wajib Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 18/12/2022

    Walaupun Cara Ini Selamat, Namun Ada Kesan Sampingan Suntikan Epidural Ini, Anda Wajib Tahu!

    Apakah kesan epidural jangka masa panjang selepas pembedahan, ya?

    Anestesia epidural, yang sering dikenali sebagai suntikan epidural, adalah salah satu daripada dua jenis anestesia neuroksial.

    Ia menggunakan ubat-ubatan untuk membius bahagian badan bagi membantu pesakit menjalani prosedur perubatan tanpa rasa sakit atau rasa yang tidak menyenangkan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini. 

    Apakah itu suntikan epidural?

    Di bawah anestesia epidural, pakar bius akan menggunakan jarum untuk memasukkan ubat anestetik ke bahagian belakang anda yang dipanggil ruang epidural.

    Kaedah ini akan menjadikan beberapa bahagian tubuh anda kebas dan membantu anda berhenti merasa sakit dan sebarang sensasi.

    Sesetengah kawasan yang terkesan dengan anestesia epidural termasuklah:

    Baca juga:

    Kesan epidural kepada tubuh

    Kadangkala, anestesia epidural tidak berfungsi dengan betul. Dalam situasi ini, pakar bius anda mungkin mengesyorkan anda menggunakan pelega kesakitan yang lain atau melakukannya sekali lagi:

    • Mereka tidak dapat mencari ruang epidural anda.
    • Ubat-ubatan tidak tersebar ke dalam ruang epidural.
    • Kateter boleh terkeluar.

    Walaupun ubat-ubatan berfungsi, risiko kadangkala tetap berlaku. Kajian telah menunjukkan bahawa anestesia epidural adalah selamat dalam kebanyakan kes.

    kesan epidural

    Tetapi seperti prosedur perubatan lain, ia mempunyai kesan sampingan.

    Berikut adalah beberapa kesan sampingan suntikan ini pada tubuh:

    Tekanan darah anda mungkin menurun semasa prosedur

    Ia adalah kerana ubat-ubatan tersebut menjejaskan saraf yang pergi ke saluran darah.

    Dalam keadaan ini, anda mungkin perlu berbaring untuk membiarkan darah sampai ke seluruh tubuh anda atau pakar kesihatan anda mungkin memberikan anda beberapa ubat untuk meningkatkan tekanan darah anda dan mengekalkannya. Jadi jangan risau.

    Anda mungkin kehilangan kawalan pundi kencing anda

    Anda mungkin tidak tahu bila pundi kencing anda penuh kerana, di bawah anestesia epidural, deria rasa anda hilang. Jururawat akan meletakkan keteter ke dalam pundi kencing anda untuk membolehkan air kencing keluar.

    Fungsi pundi kencing anda akan kembali normal sebaik sahaja ubat-ubatan anestetik hilang kesan.

    Kesan epidural #Kulit anda mungkin gatal

    Ini mungkin disebabkan kandungan ubat-ubatan yang digunakan untuk anestesia ini. Tetapi keadaan ini akan hilang selepas beberapa hari atau mungkin dirawat dengan mudah.

    kesan epidural

    Anda mungkin berasa letih atau sakit atau mengantuk selepas prosedur ini

    Sekiranya tekanan darah anda tidak meningkat, ikut arahan doktor dan ambil ubat yang diarahkan.

    Anda mungkin mengalami sakit belakang kesan epidural

    Banyak kajian telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara anestesia epidural dan sakit belakang jangka masa panjang selepas bersalin.

    Sekiranya anda mengalami sakit belakang yang teruk, anda harus memaklumkan pakar kesihatan anda untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

    kesan epidural

    Anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk

    Ini jarang berlaku tetapi boleh terjadi kerana ubat bius yang disuntik ke dalam badan anda.

    Biasanya ia akan hilang setelah beberapa lama tetapi jika keadaan sakit kepala tidak hilang, maklumkan doktor anda.

    Kesan epidural selepas pembedahan #Anda mungkin mengalami jangkitan

    Anda mungkin mempunyai risiko untuk dijangkiti apabila jarum disuntik ke dalam badan anda.

    Ini jarang berlaku tetapi jika ia menjadi teruk, ia boleh merosakkan saraf anda dan membuat anda hilang keupayaan pergerakan separuh badan anda.

    Anestesia epidural biasanya selamat untuk kebanyakan orang, tetapi masih ada risiko.

    Sebelum anda mendapat suntikan ini, anda harus berbincang dengan pakar kesihatan dengan berhati-hati mengenai prosedur, bagaimana untuk mengambil langkah pencegahan dan bersiap sedia untuk mengurangkan risiko mendapat kesan sampingan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 18/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan