Membantu Rakan atau Saudara Mara yang Menghidapi Kanser Servik

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Memahami kanser servik serta rawatannya dapat membantu anda merancang cara untuk menyokong ahli keluarga, saudara mara atau rakan anda yang menderita akibat kanser servik.

Apakah yang harus saya tahu mengenai kanser servik?

Langkah pertama sudah semestinya dengan belajar, dan memahami apa yang rakan anda sedang lalui. Hal ini akan banyak membantu.

Kanser servik, juga dipanggil kanser servikal uterus, berlaku apabila terdapat tumor – boleh menjadi benigna atau maligna – terjadi di dalam servik yang terletak di dalam bahagian bawah uterus. Mutasi DNA (atau kecacatan gen) dan HPV selalunya merupakan punca paling biasa bagi kanser servik, yang mana lebih cenderung membawa sedikit perubahan dan pembentukan sel yang berlebihan di dalam gen tambahan, mengakibatkan kanser.

Terdapat banyak jenis rawatan bagi kanser servik, termasuk pembedahan, terapi radiasi, kimoterapi atau terapi berfokus. Bergantung kepada tahap tumor dan paras keterukan penyakit ini, doktor akan menasihatkan anda rawatan yang terbaik untuk keadaan anda. Walaupun rawatan-rawatan ini akan bertindak dengan baik pada kanser anda, ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, seperti letih, masalah usus, masalah pundi kencing, masalah seksual atau isu emosi.

Apakah perasaan rakan saya sekarang?

Sama ada rakan anda baru sahaja menerima keputusan diagnosis kanser serviknya atau sedang menerima rawatan kanser servik, rakan anda mesti sedang atau telah melalui satu gelombang emosi.

Sangat biasa bagi orang yang menghidapi kanser servik untuk mudah mengalami kemurungan sewaktu dalam tempoh rawatan, yang mana dipanggil depresi klinikal. Mereka mungkin sedang menderita dengan beberapa simptom depresi termasuk:

  • Kesedihan dan hilang harapan dalam masa yang lama
  • Hilang minat hampir kepada semua aktiviti yang dahulunya mereka suka lakukan
  • Hilang berat badan atau naik berat badan dengan teruk
  • Sangat letih atau hilang tenaga
  • Selalu mempunyai rasa bersalah, diri tidak berharga atau tidak berguna
  • Mempunyai masalah untuk menumpukan perhatian, ingatan dan dalam membuat keputusan
  • Mempunyai masalah tidur (insomnia)

Jika anda menyedari bahawa rakan anda sedang menderita daripada simptom-simptom ini, anda harus memberi semangat kepada mereka semasa menjalani rawatan supaya mereka dapat melawan rasa kemurungan ini.

Pada masa yang sama, mereka boleh jadi sentiasa berasa dalam keadaan bimbang dan takut semasa mendapat kanser. Mereka akan rasa risau yang tidak terkawal dan lekas marah. Oleh itu, sokongan daripada orang lain sangat membantu.

Apakah yang harus saya lakukan apabila rakan saya menghidapi kanser servik?

Terdapat banyak cara yang anda boleh cuba untuk membantu rakan anda dan sesiapa sahaja yang menghidapi kanser. Anda boleh mula dengan menjadi seorang pendengar yang baik di mana memahami pemikiran dan perasaan seseorang itu sebanyak yang mungkin. Tidak salah untuk membiarkan rakan anda berasa sedih atau marah tetapi anda perlu menggalakkan mereka agar berkongsi dengan anda perasaan mereka semasa anda cuba untuk menggembirakan mereka.

Anda juga boleh menyokong mereka dengan membantu mereka dengan tugasan harian, seperti memandu kereta, melakukan kerja-kerja rumah atau menyediakan makanan.

Anda harus ingat bahawa setiap pengalaman pesakit kanser berbeza. Memahami rakan anda dan menunjukkan kesungguhan anda untuk membantu boleh jadi merupakan sokongan yang paling bermakna dan penting kepada mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut