backup og meta

Vegetarian Mempunyai Risiko Lebih Tinggi untuk Anemia

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    Vegetarian Mempunyai Risiko Lebih Tinggi untuk Anemia

    Diet tanpa daging dan produk haiwan boleh meningkatkan risiko anemia. Walau bagaimanapun, anda boleh membekalkan kepada diri anda nutrien yang diperlukan oleh badan dengan mengambil makanan tambahan dan diet yang seimbang.

    Terdapat pelbagai sebab kenapa orang menolak untuk memakan daging dan produk haiwan seperti telur, susu, keju. Walau bagaimanapun, hal ini membuatkan anda berhadapan risiko tinggi untuk mengalami anemia kurang zat besi, keadaan yang mungkin berbahaya di mana badan tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen.

    Anemia boleh disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam kalangan vegetarian yang tidak mengambil daging. Manakala, anemia boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 dalam kalangan vegetarian yang betul-betul tidak mengambil sebarang produk haiwan seperti telur, susu, tenusu, dan bahkan madu.

    Penyerapan Zat Besi

    Badan mengguna semula zat besi berkali-kali; hanya sedikit sahaja jumlah zat besi yang dikeluarkan melalui urin, najis dan peluh. Jadi, berapa banyak badan anda memerlukan zat besi setiap hari ?

  • Lelaki (14-18 tahun): 11 mg
  • Lelaki (19 dan lebih): 8 mg
  • Wanita (14-18 tahun): 15 mg
  • Wanita (19-50 tahun): 18 mg
  • Wanita (51 dan lebih): 8 mg
  • Bagi wanita, serapan zat besi penting terutamanya untuk haid.

    Terdapat dua jenis zat besi: zat besi heam, boleh didapati daripada sumber haiwan, dan zat besi tanpa heam, boleh didapati daripada sumber sayur-sayuran. Zat besi heam lebih mudah untuk diserap berbanding zat besi tanpa heam.

    Zat besi tanpa heam mempunyai bioketersediaan yang rendah dari aspek kandungan fosfat (phosphate), fitat (phytate), oksalat (oxalate), karbonat, serat diet, yang mana boleh melambatkan penyerapan zat besi. Saintis, berdasarkan keputusan ini, percaya bahawa vegetarian perlu berjaga-jaga terhadap kekurangan zat besi. Walau bagaimanapun, baru-baru ini terdapat kombinasi zat besi tanpa heam dan vitamin C boleh meneutralkan perencatan ini.

    Anemia Kurang Zat Besi

    Anemia paling biasa berlaku disebabkan oleh kekurangan zat besi, yang mana bermaksud diet anda tidak mengandungi zat besi yang mencukupi. Zat besi memainkan peranan yang sangat penting dalam membawa oksigen di dalam hemoglobin sel darah merah. Terima kasih kepada sel-sel ini, oksigen boleh dihantar ke seluruh badan anda, menyediakan tenaga untuk badan anda. Salah satu simptom biasa bagi anemia ialah letih. Walau bagaimanapun, anemia yang sedikit tidak menunjukkan simptom ini.

    Berikut merupakan senarai makanan yang vegetarian boleh makan untuk menambah jumlah zat besi di dalam diet mereka:

    • Bijirin penuh
    • Jus prun
    • Bijirin sarapan yang diperkuat
    • Sayur-sayuran berdaun hijau
    • Beras atau pasta yang diperkaya
    • Molases tebu
    • Biji labu
    • Kekacang kering

    Anda disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat besi dengan vitamin C kerana ia boleh membantu badan anda menggunakan zat besi.

    Anemia Kekurangan Vitamin B12

    Anemia disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 juga dikenali sebagai anemia pernisius. Vitamin B mempunyai banyak sumbangan terhadap generasi sel darah merah. Vegetarian berisiko untuk mengalami kekurangan vitamin B12 kerana vitamin ini, secara semula jadi, hanya boleh dijumpai di dalam daging dan produk haiwan. Namun begitu, vegetarian boleh mendapat B12 yang mencukupi melalui tenusu dan telur.

    Anda boleh mengambil vitamin B12 melalui makanan yang telah diproses berikut:

    • Yis makanan
    • Pengganti daging yang termasuk vitamin B12
    • Bijirin yang diperkuat
    • Nasi atau susu soya yang diperkuat
    • Makanan tambahan diet yang mengandungi vitamin B12

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan