backup og meta

Rahsia Kulit Tegang & Berseri Dengan Madu, Jerawat Pun Susah Nak Naik!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 24/11/2022

    Rahsia Kulit Tegang & Berseri Dengan Madu, Jerawat Pun Susah Nak Naik!

    Tak sangka banyak rupanya manfaat madu untuk kecantikan. Malah, madu telah lama dikenali kerana keupayaannya membunuh bakteria dan menyembuhkan luka.

    Selain itu, manfaat madu untuk kecantikan adalah sering digunakan untuk menyembuhkan pelbagai keadaan kulit, termasuk jerawat.

    Memandangkan madu merawat dan menghalang jerawat melalui sifat anti-bakterinya, ia tidak akan membantu jika jerawat anda berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon atau sebab lain selain daripada masalah bakteria.

    Bagaimanapun, ia boleh membantu meredakan kerengsaan dan keradangan kulit.

    Jadi, jika anda memerlukan hasil segera untuk melicinkan kulit, madu nampaknya menjadi pilihan yang terbaik.

    Manfaat madu untuk kecantikan

    manfaat madu untuk kecantikan

    Menggunakan madu untuk merawat jerawat agak mudah. Apa yang anda perlukan adalah beberapa sudu madu untuk sapuan di muka sama seperti masker wajah. 

    Selepas anda mencuci muka dengan pencuci yang lembut, sebaiknya letakkan masker madu dengan segera kerana tekstur tebal madu tidak akan berfungsi dengan baik pada kulit kering. Namun, tidak ada peraturan tentang berapa lama anda harus membiarkan masker ini.

    Bergantung kepada bagaimana rasa pada kulit, anda boleh membiarkannya selama 30 minit atau sepanjang malam. Tidak seperti masker muka lain, madu tidak mengering. Oleh itu, anda tidak boleh menggunakan terlalu banyak madu atau ia akan terkena di mana-mana.

    Anda boleh menggabungkan masker dengan urutan muka yang lembut untuk merangsang peredaran darah dengan menepuk sedikit seluruh muka anda.

    manfaat madu untuk kecantikan

    Manfaat madu untuk kecantikan yang lain adalah anda boleh mencampurkannya dengan ramuan lain untuk kesan maksimum. Madu dan kayu manis adalah formula keemasan untuk membersihkan jerawat.

    Hanya campurkan madu dan serbuk kayu manis bersama-sama, kemudian letakkan pada kawasan jerawat. Anda harus membiarkan pes sekitar 15 minit sebelum dibasuh dengan air suam.

    Jerawat mengambil masa untuk sembuh. Walaupun madu terbaik tidak dapat membuat jerawat yang mengganggu anda hilang serta-merta, ia sangat membantu dalam proses penyembuhan.

    Melainkan jika anda alah kepada lebah dan debunga, anda harus mencuba masker madu untuk menangani jerawat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 24/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan