Bilirubin (Ujian)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Mac 16, 2020

Definisi

Apa itu Ujian Bilirubin?

Ujian Bilirubin memeriksa tahap bilirubin dalam darah. Bilirubin (bil-ih-ROO-bin), pigmen oren-kekuningan, merupakan produk sisa hasil penguraian normal sel-sel darah merah. Bilirubin akan melalui hati dan keluar dari tubuh – kebanyakan melalui pembuangan air besar, sedikit melalui air kencing,

Sebelum tiba di hati, bilirubin digelar tidak konjugat, bermaksud tidak bergabung. Di dalam hati, bilirubin akan bergabung dengan gula tertentu untuk menghasilkan bentuk larut air digelar Bilirubin konjugat. Bilirubin konjugat melepasi hati dan di dalam usus besar, ia akan ditukar kembali kepada bentuk tidak konjugat sebelum disisihkan dari tubuh.

Kebanyakan makmal menggunakan ujian yang mengesan bilirubin konjugat, yang digelar terus. Dengan mengeluarkan bilirubin secara terus daripada keseluruhan billirubin, anggaran bilirubin tidak konjugat, digelar tidak terus, dapat diperolehii.

Tahap bilirubin terus atau tidak terus yang lebih tinggi daripada tahap normal mungkin menunjukkan pelbagai jenis masalah hati. Kadang kala, kadar bilirubin yang tinggi juga boleh menunjukkan peningkatan kadar kehapusan sel darah merah (hemolisis).

Mengapa ujian Billirubin dilaksanakan?

Doktor biasanya mengarahkan ujian bilirubin dilakukan bersama-sama ujian ujian makmal yang lain (alkaline phosphatase, aspartate aminotransferase, alanine aminotransferase). Apabila seseorang individu menunjukkan tanda-tanda fungsi hati yang luar biasa. Tahap bilirubin mungkin diperiksa sekiranya seorang individu:

  • Menunjukkan tanda penyakit kuning
  • Mempunyai sejarah pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Disyaki keracunan dadah
  • Terdedah kepada virus hepatitis

Simptom-simptom yang mungkin dialami:

  • Air kencing yang gelap atau berwarna ambar
  • Loya/ muntah
  • Sakit dan/atau bengkak abdomen
  • Keletihan bersama sakit hati yang kronik

Menentukan tahap bilirubin pada bayi baru lahir yang menghidap penyakit kuning dikira sebagai prosedur biasa bagi penjagaan kesihatan.

Ujian mungkin jugadiarahkan bagi seseorang yang disyaki menghidap (atau diketahui menghidap) anemia hemolitik yang membawa kepada anemia. Dalam kes ini, ia akan diarahkan bersama ujian-ujian lain bagi menguji hemolisis, seperti jumlah darah lengkap, kiraan retikulosit, haptoglobin dan LDH.

Simptom-simptom

Apakah perkara yang perlu diketahui sebelum menerima ujian Bilirubin?

Kadangkala bilirubin diukur sebagai sebahagian daripada ujian-ujian “panel”. Kebiasaannya, hati dinilai bersama sekumpulan ujian-ujian termasuk bilirubin, alanine transaminase (ALT), aspirate transaminase (AST), alkaline phosphatase (ALP), albumin, jumlah protein dan lain-lain.

Bilirubin boleh diukur dalam cecair amniotic sekiranya doktor merasakan bayi dalam kandungan mempunyai keadaan yang membunuh sel darah merah (erythroblastosis fetalis). Untuk mengetahui lebih anjut, sila rujuk opik Amniocentesis.

Dalam sesetengah kes, bilirubin mungkin diukur melalui air kencing. Kebiasaannya, air kencing tidak mengandungi bilirubin. Sekiranya bilirubin dikesan dalam air kencing, ujian tambahan mungkin dijalakan bagi mengesan puncanya. Kandungan bilirubin yang tinggi dalam air kencing mungkin menunjukkan bilirubin tidak disingkirkan dari tubuh melalui hati.

Bagaimana persediaan untuk ujian Bilirubin?

Anda tidak boleh makan dan minum sekurang-kurangnya 4 jam sebelum menjalani ujian. Doktor mungkin menasihati anda untuk tidak mengambil sebarang ubat yang mungkin mempengarushi keputusan ujian. Tiada persediaan khusus bagi kanak-kanak sebelum ujian ini.

Banyak jenis ubat yangmungkin mengubah tahap bilirubin dalam darah anda. Pastikan doktor mengetahui jenis ubat-ubatan yang anda ambil.

Sila beritahu doktor jika anda::

  • Sedang mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Mempunyai alergi terhadap sebarang jenis ubat.
  • Mempunyai masalah melibatkan pendarahan atau mengambil pencair darah, seperti aspirin, clopidogrel (Plavix), atau warfarin (Coumadin).
  • Anda sedang mengandung atau mengesyaki diri mengandung..

Punca

Apa yang berlaku ketika Ujian Bilirubin?

Sejumlah kecil darah anda diperlukan untuk melakukan ujian ini. Sampel darah akan diambil melalui venipuncture, dimana jarum dimasukkan kedalam urat melalui kulit di bahagian lengan atau tangan, dan sejumlah kecil darah akan keluar melalui jarum memasuki tiub dandisimpan di dalam tiub ujian.

Faktor-faktor Risiko

Apa yang berlaku selepas Ujian Bilirubin?

Pembalut akan diletakkan dan ia perludibiarkan kebiasaannya sekitar 10 ke 20 minit, dan anda harus mengelakkan menggunakan lengan tersebut bagi melakukan pekerjaan berat sepanjang hari.

Sekiranya terdapt sebarang persoalan mengenai ujian Bilirubin, sila berbincang dengan doktor anda untuk memahami arahan bagi anda..

Diagnosis dan Rawatan

Bagaimana mentafsir keputusan ujian?

Nilai normal

Pada kanak-kanak yang sedikit besar atau orang dewasa, nilai normal Bilirubin terus (konjugat) adalah antara 0 ke 0.3 miligram per deciliter (mg/dL). Nilai normal bagi jumlah total Bilirubin (terus dan tidak terus) adalah di antara 0.3 ke 1.9 mg/dL.

Pada bayi baru lahir, nilai Bilirubin yang tinggi adalah normal disebabkan stress ketika kelahiran. Nilai normal Bilirubing bagi bayi bar lahir ialah dibawah 5 mg/dL, tetapi sehingga 60% bayi baru lahir mempunyai Jaundice dan tahap Bilirubin melebihi 5 mg/dL.

Nilai-nilai ini berkemugkinan sedikit berbeza bergantung kepada makmal yang berbeza dan biasa untuk lelaki dewasa. Nilai normal bagi wanita dan kanak-kanak juga mungkin sedikit berbeza, bergantung kepada jenis makanan yang diambil, ubat-batan atau senaman berat. Pastikan anda memberitahu doktor tentang sebarang makanan atau ubat-ubatan yang anda ambil atau tahap aktiviti anda bagi doktor menganalisa keputusan ujian dengan lebih tepat.    

Nilai tinggi

Nilai tinggi Bilirubin dalam darah mungkin berpunca daripada:

  • Sedikit jangkitan, seperti pundi hempedu yang dijangkiti atau cholecystitis.
  • Penyait keturunan seperti sindrom Gilbert, keadaan yang menyebabkan gangguan pada hati sewaktu memproses bilirubin. Walaupun Jaundice mungkin berlaku bagi sesetengah individu dengan sindrom gilbert, keadaan ini adalah tidak berbahaya.
  • Penyakit yang menyebabkan kerosakan hati, seperti hepatitis, cirrhosis atau mononucleosis.
  • Penyakit yang menyebabkan salur hempedu tersumbat, seperti batu karang atau kanser pancreas.
  • Kemusnahan sel darah merah yang pantas, seperti dari penyakit sel sabit atau tindak balas alergi daripada darah yang diterima ketika pemindahan darah (digelar reaksi transfusi)
  • Ubat-ubatan yang mungkin meningkatkan tahap bilirubin. Ini termasuklah pelbagai jenis antibiotik, beberapa jenis pil perancang, diazepam (Valium), flurazepam, indomethacin (indocin), dan phenytoin (Dilantin).

Makmal berbeza mungkin menggunakan ukuran berbeza atau sampel ujian yang berbeza.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal ujian Bilirubin mungkin berbeza. Sila berbincang dengan doktor jika terdapat sebarang soalan mengenai keputusan ujian anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bilitec, Inovasi Pemeriksaan Jaundis Tanpa Sampel Darah

    Terkesan dengan suntikan pengambilan sampel darah bayi untuk tujuan pemeriksaan penyakit kuning (jaundis), seorang penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) tampil dengan inovasi baru iaitu bilitec (Bilirubin ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Berita, Berita Tempatan Disember 18, 2018

    Kesan Hepatitis C Terhadap Tubuh

    Hepatitis C adalah jangkitan yang menyebabkan keradangan di hati. Hati bertanggungjawab untuk pelbagai tugas penting dalam badan iaitu memproses darah, menapis toksin dan memastikan tidak mendatangkan kemudaratan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Mengenai Hepatitis A Yang Patut Anda Tahu

    Apa itu hepatitis A? Hepatitis A adalah jangkitan hati yang sangat berjangkit disebabkan oleh virus hepatitis A. Ia boleh terdiri daripada penyakit ringan yang berlangsung selama beberapa minggu kepada penyakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Pudina Jepun

    KegunaanApakah kegunaan Pudina Jepun? Pudina Jepun adalah sejenis tumbuhan. Minyaknya dikeluarkan dari bahagian-bahagian yang tumbuh di atas tanah dan digunakan untuk membuat ubat. Minyak Pudina Jepun digunakan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin

    Artikel lain untuk anda

    Rupanya Ini Punca Sebenar Demam Kuning! Betul Ke Susu Ibu Sebabkan Jaundis?

    Rupanya Ini Punca Sebenar Demam Kuning! Betul Ke Susu Ibu Sebabkan Jaundis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Jun 12, 2019
    Kulit Gatal Tanda Penyakit Hati?

    Kulit Gatal Tanda Penyakit Hati?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada Januari 24, 2019
    Sindrom Gilbert, Tidak Mendatangkan Bahaya

    Sindrom Gilbert, Tidak Mendatangkan Bahaya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Januari 3, 2019
    Sila Tengok Kuku Anda – Ini 9 Tanda Masalah Kesihatan Perlu Dikenal Pasti

    Sila Tengok Kuku Anda – Ini 9 Tanda Masalah Kesihatan Perlu Dikenal Pasti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Disember 27, 2018