Tuberkulosis: Apa yang Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 12/10/2018 . 2 minit bacaan

Tuberkulosis (tibi) ialah penyakit berjangkit yang berpotensi menyebabkan keadaan yang serius. Ia menjejaskan banyak bahagian pada tubuh manusia tetapi paling kerap terkesan adalah paru-paru. Penyakit kronik ini telah menjejaskan ramai orang di seluruh dunia terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah.

Bakteria adalah punca tuberkulosis

Punca penyakit ini adalah jangkitan oleh sejenis bakteria bernama Mycobacterium tuberculosis (M. tuberculosis). Bakteria ini masuk ke dalam tubuh manusia melalui saluran pernafasan, pemakanan, atau kulit. Jalan masuk paling kerap adalah melalui saluran pernafasan daripada udara yang mengandungi bakteria tersebut.

M. tuberculosis adalah sejenis bakteria yang berkembang biak dalam tempoh yang lambat. Ia mengambil masa yang lama sebelum berlaku simptom ke atas pesakit.

Batuk, hilang berat badan, dan berpeluh di waktu malam adalah antara simptom tuberkulosis

Penyakit ini tidak mempunyai simptom atau tanda yang khusus. Ia mungkin memberikan simptom hampir sama dengan penyakit paru-paru lain seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan kanser paru-paru atau kanser selain paru-paru.

Antara simptom yang mungkin berlaku adalah:

  • Batuk berterusan selama 3 minggu atau lebih.
  • Batuk berdarah.
  • Sakit dada atau sakit semasa bernafas atau batuk.
  • Hilang berat badan di luar kawalan.
  • Badan terasa letih.
  • Hilang selera makan.
  • Demam.
  • Berpeluh di waktu malam.
  • Menggigil.

Selain paru-paru, tuberkulosis juga boleh menjejaskan bahagian lain seperti tulang belakang dan buah pinggang. Jika organ atau bahagian ini terlibat, simptom yang berkaitan akan berlaku. Contohnya, sakit belakang atau kencing berdarah.

Adakah tuberkulosis boleh berjangkit?

Doktor mengklasifikasikan pesakit tibi kepada dua iaitu:

  • Tibi aktif – bakteria di dalam badan pesakit menyebabkan simptom dan bakteria tersebut boleh tersebar serta menjangkiti orang lain melalui cecair mulut dan hidung.
  • Tibi pendam (latent TB) – bakteria di dalam badan pesakit berada dalam keadaan tidak aktif. Pesakit tidak mengalami sebarang simptom dan tidak boleh menjangkiti orang lain.

Jangkitan hanya boleh merebak dalam kalangan pesakit tibi aktif. Bagi pesakit tibi pendam, bakteria masih berpotensi menjadi aktif jika berlaku keadaan yang melemahkan sistem imun seperti HIV, kanser, atau mengambil ubat yang melemahkan sistem imun.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Asbestos Dalam Bedak Bayi?

    Pihak berkuasa telah menjumpai sejumlah kecil asbestos di dalam kandungan bedak bayi. Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Antarabangsa 03/11/2019 . 3 minit bacaan

    Perasan Parut di Lengan Kiri Anda? Ini Sebab Kenapa Dulu Kita Kena Suntik BCG

    Sebelum ini, ada yang mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mempunyai parut di bahagian lengan kiri, akan disuntik dengan suntikan vaksin BCG. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/10/2019 . 2 minit bacaan

    Bukan Susah Nak Bersihkan Paru-Paru, Cuba Anda Buat 5 Benda Ini – Bagus Untuk PEROKOK!

    Pendedahan terhadap pencemaran udara sama ada di luar atau di dalam rumah, telah menyebabkan partikel-partikel bendasing memasuki paru-paru kita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 10/10/2019 . 2 minit bacaan

    Jangan Ingat Vape Bagus Sangat, Remaja Ini Miliki Paru-Paru Seperti “Usia 70 Tahun” Kerana Vape!

    Seorang remaja telah membuat pengakuan bahawa vaping telah menjadikan paru-parunya kelihatan seperti “telah berusia 70 tahun”

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/09/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat sukan tinju

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/02/2020 . 3 minit bacaan
    pneumothorax

    Pneumothorax

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 3 minit bacaan
    rambut mudah gugur

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/11/2019 . 3 minit bacaan
    cystic fibrosis

    Kombinasi Tiga Ubat Efektif Dalam Merawat Cystic Fibrosis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 06/11/2019 . 2 minit bacaan