Tip Penjagaan Tali Pusat Bayi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Tali pusat mengangkut nutrien daripada anda kepada bayi anda sepanjang tempoh kehamilan. Selepas kelahiran, ia dipotong dan meninggalkan tunggul tali pusat yang berwarna biru-keunguan yang berukuran kira-kira satu inci. Kebiasaannya ia mengambil masa kira-kira 1 hingga 2 minggu sebelum ia kering dan tertanggal. Oleh itu adalah penting untuk memberi perhatian kepada penjagaan tali pusat ini bagi mencegah sebarang keregsaan atau jangkitan.

Pastikan kawasan itu bersih

Bersihkan dengan lembut tunggul tali pusat bayi dan kulit di sekelilingnya.

  1. Rendam bola kapas dalam air hangat dan sabun lembut. Keluarkan air yang berlebihan. Perlahan-lahan lap di bahagian tepi tunggul dan kulit di sekelilingnya.
  2. Lap dari mana-mana kawasan yang basah, melekit atau kotor.
  3. Lap lembut untuk keringkan kawasan itu dengan kain lembut.

Tunggul biasanya tanggal/jatuh dalam 1 atau 2 minggu, tetapi kadang-kadang diperlukan masa lebih lama. Bersihkan sekitar pusat sehingga kawasan itu telah sembuh sepenuhnya.

Pastikan kawasan itu kering

Biarkan pusat terdedah kepada udara sesering mungkin. Ini membolehkannya kering dan akan mengurangkan jumlah masa yang diperlukan untuk penyembuhan. Gunakan lampin bayi yang memotong khas atau melipat lampin bayi anda akan membantu menjaga tali pusatnya daripada kerengsaan.

Hanya mandian span

Mandikan bayi anda menggunakan span supaya tali pusat kekal kering. Mandikan bayi anda dalam kedudukan condong. Kedudukan ini membantu bayi anda untuk mandi span dan membantu memastikan tali pusat tidak terkena air. Jika tali pusat terkena air keringkannya.

Biarkan ia sembuh secara semula jadi

Ia mungkin mendorong ibu untuk “membantu” mengeringkan dan menanggalkan tali pusat jika ia kelihatan seperti tergantung pada benang, tetapi ia adalah lebih terbaik membenarkannya berlaku secara semula jadi. Berhenti daripada menarik tali pusat itu.

Keadaan jika tali pusat dijangkiti

Tanda-tanda jangkitan mungkin termasuk:

  •  Kemerahan atau bengkak
  • Berdarah yang berterusan
  • Keluar nanah putih atau kekuningan
  • Berbau busuk
  • Kelihatan menyakitkan kepada bayi 

Tanda-tanda jangkitan tunggul tali pusat boleh menyebabkan omphalitis (jangkitan yang mengancam nyawa pada tali pusat). Ini dianggap sebagai keadaan yang serius dan perlu dirawat dengan segera. Jadi, segera berjumpa doktor bayi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda