Spru Tropikal

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Spru Tropikal?

Spru tropikal, ialah masalah disebabkan keradangan pada usus yang menyukarkan penerapan nutrien daripada makanan dan mengakibatkan malserapan (malabsorption).

Masalah malserapan menyebabkan anda tidak mendapat vitamin dan nutrien yang mencukupi yang mengakibatkan beberapa simptom yang berbeza.

Apakah kebarangkalian Spru Tropikal?

Spru tropikal biasa berlaku. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Spru Tropikal?

Simptom umum spru tropikal ialah:

  • Kekejangan perut;
  • Cirit-birit, yang boleh bertambah buruk dengan diet tinggi lemak;
  • Gas yang berlebihan;
  • Senak perut;
  • Cepat marah;
  • Kekejangan otot;
  • Kebas;
  • Pucat;
  • Turun berat badan.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah punca spru tropikal?

Punca sebenar spru tropikal tidak diketahui. Ia adalah penyakit bukan diwarisi dan mungkin dipengaruhi faktor persekitaran dan pemakanan, atau organisma berjangkit (sama ada virus atau bakteria), toksin pemakanan, serangan parasit, atau kekurangan nutrisi seperti asid folik.

Faktor-faktor Risiko

Apa yang meningkatkan risiko saya mengalami spru tropikal?

Spru tropika jarang berlaku melainkan jika anda tinggal atau melawat kawasan-kawasan tropikal seperti:

  • Caribbean;
  • India;
  • Afrika Selatan;
  • Asia Tenggara.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Spru Tropikal didiagnosis?

Satu siri ujian akan dilakukan untuk menolak kemungkinan lain. Jika tiada penjelasan bagi simptom yang anda alami, dan anda tinggal atau telah melawat kawasan tropikal, doktor mungkin akan menganggap anda mempunyai spru tropikal.

Salah satu cara untuk mendiagnosis spru tropikal adalah untuk mencari tanda kekurangan nutrisi disebabkan malserapan seperti:

  • ujian kepadatan tulang
  • kiraan darah lengkap
  • tahap folat
  • kadar vitamin B12
  • kadar vitamin D

Doktor anda juga mungkin akan melakukan enteroskopi untuk mengesahkan diagnosis. Semasa ujian ini, tiub nipis dimasukkan melalui mulut ke dalam saluran pencernaan untuk membolehkan doktor melihat sebarang perubahan dalam usus kecil.

Biopsi sampel tisu juga boleh dilakukan dengan menggunakan enteroskopi. Jika anda mengalami spru tropikal, akan terdapat tanda-tanda bengkak pada lapisan usus kecil anda.

Bagaimanakah spru tropikal dirawat?

Spru tropikal dirawat dengan antibiotik yang menghalang pembiakan bakteria dengan terlalu cepat hingga menyebabkan keadaan ini. Antibiotik boleh diberi dalam tempoh dua minggu atau satu tahun. Antara antibiotik yang digunakan:

  • Tetracycline;
  • sulfamethoxazole dan trimethoprim (Bactrim);
  • oxytetracycline;
  • ampicillin.

Dos yang akan berbeza akan diberikan bergantung kepada simptom dan tindak balas anda kepada rawatan.

Doktor juga akan menetapkan terapi untuk menggantikan vitamin, nutrien, dan elektrolit badan yang  berkurang. Anda mungkin akan diberikan:

  • Cecair dan elektrolit;
  • Zat besi;
  • Asid folik;
  • Vitamin B12.

Asid folik perlu diberikan sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Simptom mungkin menjadi berkurangan dengan cepat selepas dos pertama asid folik anda. Asid folik sendiri mungkin mencukupi untuk membantu meredakan simptom tetapi Vitamin B12 tetap disyorkan jika tahap vitamin B12 dalam badan adalah rendah atau simptom berlangsung lebih daripada empat bulan. Doktor juga mungkin menetapkan ubat anti cirit-birit untuk mengawal simptom.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup atau rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani spru tropikal?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani spru tropikal:

  • Rehat secukupnya.
  • Senaman. Senaman yang kerap boleh membantu meningkatkan kekuatan, tona otot, keseimbangan dan kordinasi badan. Renang atau latihan air yang lain adalah pilihan yang baik jika anda terganggu dengan haba.
  • Makan makanan yang seimbang. Hasil kajian menunjukkan bahawa diet yang rendah lemak tepu tetapi tinggi dengan asid lemak Omega-3, seperti yang terdapat dalam minyak zaitun dan ikan, boleh memberi manfaat. Tetapi kajian lanjut masih diperlukan.
  • Elakkan stres. Stres boleh mencetuskan atau memburukkan lagi simptom anda. Yoga, tai chi, urutan, meditasi atau pernafasan dalam boleh membantu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut