Sindrom Karsinoid

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 4 minit bacaan

Definisi

Apa itu Sindrom Karsinoid?

Sindrom Karsinoid ialah keadaan di mana ketumbuhan kecil dalam sistem neuroendokrin (ketumbuhan karsinoid) merembeskan bahan kimia ke dalam darah. Sindrom ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan karsinoid tahap akhir dan boleh menyebabkan pelbagai simptom. Ketumbuhan yang tumbuh secara perlahan-lahan ini kebiasaannya dijumpai dalam organ gastrousus atau paru-paru (bronchi). Ketumbuhan ini paling kerap berlaku dalam apendiks.

Apakah kebarangkalian Sindrom Karsinoid?

Sindrom ini sangat jarang berlaku, dianggarkan dalam 3 daripada 100 000 orang dan kebiasaannya berlaku dalam pesakit ketumbuhan karsinoid tahap akhir.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Karsinoid?

Tanda dan simptom sindrom karsinoid bergantung kepada jenis bahan kiamia yang dirembeskan ketumbuhan karsinoid ke dalam darah. Tanda dan simptom yang paling kerap dijumpai termasuklah;

  • Pembilasan Kulit (Skin flushing). Kulit pada muka dan bahagian atas dada terasa panas dan berubah warna- daripada merah jambu ke ungu. Episod pembilasan ini mungkin berlangsung selama beberapa minit hingga beberapa jam atau lebih lama lagi.

Pembilasan boleh berlaku tanpa sebab yang jelas, tetapi adakalanya disebabkan tekanan, senaman atau meminum alkohol.

  • Kesan kulit wajah. Bahagian berwarna ungu daripada vena yang berbentuk labah-labah mungkin kelihatan pada hidung dan bahagian atas bibir.
  • Cirit-birit. Membuang air besar dengan kerap dan cair kadangkala dengan kekejangan abdomen.
  • Sukar bernafas. Tanda dan simptom asma, seperti pernafasan berbunyi dan mengah, boleh berlaku pada waktu yang sama dengan pembilasan kulit.
  • Degupan jantung yang laju. Kejadian degupan jantung yang laju boleh menunjukkan sindrom karsinoid.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Sindrom Karsinoid?

Sindrom karsinoid berlaku disebabkan ketumbuhan karsinoid yang merembeskan serotonin atau bahan kimia lain ke dalam saluran darah. Dalam kebanyakan kes, hati meneutralkan bahan kimia tersebut sebelum ia dapat masuk ke dalam badan dan menyebabkan simptom. Bagaimanpun, apabila ketumbuhan telah jauh merebak (metastasis) ke dalam hati, ketumbuhan tersebut boleh merembeskan bahan kimia yang tidak dineutralkan ke saluran darah. Kebanyakan pesakit yang mengalami sindrom karsinoid mempunyai kanser tahap akhir yang telah merebak ke hati.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Karsinoid?

Beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mengalami sindrom karsinoid:

  • Mempunyai ahli keluarga yang mengalami multiple endocrine neoplasia type 1: Ini ialah penyakit yang jarang dijumpai, berlaku disebabkan kecacatan pada gen MEN1 yang diwarisi. Pesakit dengan sindrom ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat ketumbuhan pada 3 glan: pituitari, paratiroid, dan pankreas. Mereka juga mempunyai risiko yang tinggi untuk ketumbuhan karsinoid. Berapa kajian menganggarkan bahawa kecacatan yang diwarisi oleh gen MEN1 bertanggungjawab untuk 10% ketumbuhan karsinoid.
  • Bangsa dan jantina: Kanser karsinoid lebih kerap dijumpai dalam kalangan African Americans berbanding bangsa kulit putih. Prognosisnya juga tidak baik bagi African Americans. Pengkaji masih belum mengetahui lagi puncanya. Kanser karsinoid juga lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.
  • Usia: untuk ketumbuhan karsinoid dalam organ gastrousus, penyakit tersebut selalunya berlaku pada usia 55-65 tahun. Bagi ketumbuhan karsinoid dalam apendiks, purata usia kebiasaannya 40 tahun. Bagi ketumbuhan karsinoid dalam paru-paru kebiasaannya 45-55 tahun. Ketumbuhan karsinoid jarang berlaku dalam kanak-kanak.
  • Penyakit perut yang lain: Pesakit dengan penyakit perut lain yang menyebabkan kerosakan pada perut dan pengurangan penghasilan asid perut mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap ketumbuhan karsinoid pada perut, tetapi risiko mereka mendapat ketumbuhan karsinoid pada organ lain tidak ada bezanya.

Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda tidak akan mendapat sindrom karsinoid. Faktor risiko ini sebagai rujukan semata. Anda patut menghubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom Karsinoid didiagnosis?

Kebanyakan ketumbuhan ini ditemui melalui ujian atau prosedur yang dilakukan untuk penyakit lain seperti pembedahan abdomen. Disebabkan keadaan ini jarang berlaku, dan simptomya yang turut berlaku dalam penyakit lain, doktor hanya akan mengesyaki sindrom karsinoid jika tidak menjumpai punca lain bagi simptom-simptom tersebut. Sebagai kepastian, doktor juga akan melakukan sebahagian daripada ujian berikut:

  • Ujian air kencing
  • Ujian darah. Darah anda mungkin memiliki kandungan bahan tertentu yang tinggi seperti protein chromogranin A;
  • CT dan MRI untuk abdomen dan dada
  • Ekokardiogram.

Bagaimana pesakit Sindrom Karsinoid dirawat?

Untuk merawat sindrom karsinoid, doktor akan membuang ketumbuhan atau menghadkan kadar ketumbuhan tersebut merebak. Jika pembedahan tidak dapat membuang ketumbuhan yang telah merebak, ubat-ubatan dapat mengecilkan ketumbuhan dan mengawal simptom. Ubat-ubat ini termasuklah octreotide dan interferon alfa. Embolisasi arteri hati dan memanaskan atau membekukan sel ketumbuhan juga merupakan pilihan rawatan dalam pesakit apabila ketumbuhan telah merebak ke dalam hati.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Karsinoid?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani sindrom karsinoid :

  • Pemeriksaan berkala untuk memeriksa perkembangan penyakit dan keadaaan pesakit.
  • Ikut arahan doktor.
  • Elakkan alkohol. Ia boleh menyebabkan pembilasan.
  • Makan diet yang seimbang. Elakkan hidangan yang besar, yang boleh mengakibatkan pembilasan
  • Perhatikan dan rekod pencetus pembilasan dan elakkannya
  • Belajar dengan lebih lanjut tentang penyakit ini
  • Sertai kumpulan sokongan jika ia dapat membantu

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Polip Serviks

    Apa itu polip serviks? Serviks adalah laluan yang menghubungkan rahim dengan faraj. Polip serviks sering muncul dalam pembukaan berhampiran faraj. Warnanya antara merah ceri ke merah ungu, kadang-kadang ia juga ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 05/12/2018 . 2 minit bacaan

    Labdanum

    KegunaanApakah kegunaan Labdanum? Labdanum digunakan untuk merawat penyakit bronkitis, cirit-birit, pengekalan air (edema), hernia, ketumbuhan, kusta, dan pengerasan limpa. Ia juga digunakan untuk melegakan kesesakan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhd Ilham
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 25/05/2018 . 2 minit bacaan

    Minyak Nilam

    KegunaanApakah kegunaan Minyak Nilam? Minyak nilam diambil daripada daun kering, daun muda dan pucuk tumbuhan Pogostemon cablin. Ia digunakan untuk membuat ubat. Orang mengambil minyak nilam untuk: Selsema. Ketumbuhan. Sakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 2 minit bacaan

    10 Gejala Tumor Otak Utama, Yang Terakhir Itu Paling Perlu Kita Perhatikan!

    Ketumbuhan pada organ otak adalah sesuatu yang sangat membimbangkan. Berikut merupakan beberapa gejala tumor otak yang kita semua kena tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    susah menelan

    Ambil Perhatian! Susah Nak Telan Makanan Mungkin Petanda Kanser Esofagus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    testis

    Wahai Lelaki, Kanser Testis Tak Sama Dengan Prostat, Kalau Nak Elak Kena Kerap Periksa Kemaluan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    tumor

    Minuman Bergula Berpotensi Merangsang Pertumbuhan Tumor

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/03/2019 . 2 minit bacaan

    Tumor dan Kanser: Apakah Perbezaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 21/12/2018 . 1 minit bacaan