Endometriosis
Endometriosis adalah gangguan menyakitkan yang mana tisu yang biasanya melekat di dalam rahim tumbuh di luar rahim anda, iaitu di ovari, tiub fallopio, belakang rahim dan pundi kencing. Seperti lapisan rahim, tisu endometriosis rosak dan berdarah semasa haid dan ini menyebabkan kesakitan, terutama semasa haid anda.
Tisu parut (adhesions) boleh membentuk di dalam pelvis di mana pendarahan berlaku, dan boleh menyebabkan organ-organ melekat menyebabkan kesakitan. Masalah kesuburan juga mungkin timbul akibat daripadanya.
Sista ovari (Ovarian cysts)
Sista (cysts) adalah kantung berisi cecair yang boleh membentuk dalam ovari sebagai sebahagian daripada folikel yang berkembang secara bulanan dengan telur. Apabila telur tidak dilepaskan (iaitu ovulasi tidak berlaku) atau kantung telur tidak dibubarkan selepas telur dikeluarkan, ia boleh membentuk sista. Terdapat juga benign (tumor yang tidak berbahaya, bukan kanser) dan, jarang, sista kanser yang boleh terbentuk di ovari.
Kebanyakan wanita akan mengalami sista di ovari mereka sekurang-kurangnya sekali. Kebanyakan sista tidak disedari kerana ia tidak menyakitkan dan tidak menunjukkan simptom dan ditemui semasa ujian pelvik rutin.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen