Scleroderma

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Scleroderma?

Scleroderma ialah satu istilah yang luas menggambarkan sekumpulan penyakit-penyakit jarang yang menyebabkan kulit dan tisu penyambung menjadi keras dan ketat. Simptom-simptom scleroderma paling jelas pada kulit tetapi ramai orag yang juga mengalami kerosakan pada struktur lain seperti saluran darah, organ dalaman dan saluran pemakanan. Tanda dan simptom adalah berbeza-beza bergantung kepada struktur yang terlibat.

Terdapat 2 jenis utama scleroderma: scleroderma setempat (localized) dan scleroderma sistemik (systemic)

  • Jenis setempat melibatkan sebahagian badan, paling kerap hanya tisu kulit. Ia tidak merosakkan organ major. Dalam kebanyakan kes, ia sembuh dengan sendiri tapi dalam kes yang teruk boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.
  • Jenis sistemik melibatkan seluruh badan termasuk kulit, tisu dibawahnya, saluran darah dan organ-organ major.

Apakah kebarangkalian Scleroderma?

Scleroderma melibatkan wanita lebih kerap berbanding lelaki dan paling kerap berlaku antara umur 30 dan 50 tahun. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Scleroderma?

Tanda-tanda dan simptom-simptomnya bergantung kepada jenis:

  • Kulit berkilat dan dilihat licin disebabkan oleh tisu yang mengeras dan menebal paling kerap di tangan dan muka.
  • Jari tangan atau kaki berubah ke warna merah, putih dan biru apabila sejuk. Ini dinamakan fenomena Raynaud.
  • Ulser atau luka pada hujung jari.
  • Tompok merah kecil pada muka dan dada. ini adalah saluran darah yang terbuka dinamakan telangiectasia.
  • Jari tangan atau kaki bengkak atau sakit.
  • Sendiri sakit atau bengkak.
  • Lemah otot.
  • Mata dan mulut kering (dinamakan sindrom Sjogren)
  • Bengkak (edema) kebanyakannya di tangan dan jari tangan.
  • Sesak nafas.
  • Pedih ulu hati.
  • Cirit-birit.
  • Hilang berat badan.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Scleroderma?

Sebabnya masih tidak diketahui. Sebahagian saintis mengatakan ia mungkin berkait dengan kerosakan pada fungui sistem autoimun dimana sistem imun menyerang tisu anda, bukannya virus berbahaya dan bakteria.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Scleroderma didiagnosis?

Scleroderma susah untuk didiagnosis kerana ia mempunyai banyak jenis dan boleh melibatkan banyak bahagian badan yang berbeza bagi setiap orang.

Doktor akan memeriksa simptom fizikal anda untuk mencari tanda-tanda scleroderma di kulit. Untuk menguji kadar antibodi dalam darah yang dihasilkan oleh sistem imun, satu ujian darah diperlukan. Untuk melihat kerosakan di bahagian badan yang lain, doktor mungkin mencadangkan ujian pernafasan (ujian fungsi pulmonari), imbasan CT paru-paru dan ekokardiogram jantung. Doktor mungkin juga mengambil sampel kecil tisu (biopsi) dari kulit yang terlibat untuk diperiksa di makmal.

Bagaimana pesakit Scleroderma dirawat?

Tiada rawatan untuk scleroderma tetapi anda boleh menguruskan simptomnya. Ubat-ubatan yang kebiasaannya menjadi pilihan pertama rawatan scleroderma ialah:

  • Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID seperti ibuprofen atau aspirin). Ia boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit.
  • Steroid dan ubat lain untuk mengawal respon imun. Ini boleh membantu masalah otot, sendi atau organ dalaman.
  • Ubat-ubatan yang merangsang alirn darah ke jari tangan.
  • Ubat tekanan darah.
  • Ubat yang membuka saluran darah di dalam paru-paru untuk mengelakkan parut pada tisu.
  • Ubat untuk pedih ulu hati.

Selain daripada ubat, doktor mungkin mengesyorkan rawatan lain untuk mengurangkan simptom:

  • Rawatan kulit termasuk terapi cahaya dan laser.
  • Terapi fizikal.
  • Terapi pekerjaan.
  • Pemindahan organ dalam kes kerosakan organ yang teruk.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Scleroderma?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi scleroderma:

  • Kekal aktif. Senaman adalah penting untuk membuatkan badan anda kekal sihat dan kuat melawan banyak jenis penyakit. Senaman meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan kekakuan serta membuatkan sendi anda kekal fleksibel.
  • Jangan merokok. Nikotin boleh menggalakkan saluran darah dan tisu paru-paru menjadi keras. Jika anda menghadapi kesusahan, sila bertanya doktor untuk mendapatkan pertolongan.
  • Uruskan pedih ulu hati. Refluks asid membuatkan anda rasa pedih ulu hati atau gas. Anda perlu mengelakkan makan terlalu banyak atau makan di lewat malam. Laraskan posisi tidur anda supaya kepala anda lebih tinggi dari dada untuk mengelakkan refluks. Jika petua ini tidak membantu, anti-asid mungkin membantu menghilangkan simptom.
  • Lindungi diri anda dari sejuk.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan