Sakit Perut Sebelah Kanan, Apakah Maknanya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Sakit perut mungkin perkara biasa yang berlaku pada seseorang dan akan hilang dengan sendirinya pada tempoh tertentu dan selalunya tidak berbahaya. Bagaimanapun, jika keadaannya tidak terkawal ia boleh menyebabkan gangguan yang teruk dan memerlukan rawatan segera.

Kesakitan pada sebelah kanan yang berlarutan atau tiba-tiba berasa tajam/mencucuk, anda perlu menilai simptomnya. Berikut adalah kemungkinan keadaannya.

1. Sembelit

Kadang-kadang punca sakit perut sebelah kanan anda disebabkan sembelit. Ia berlaku apabila anda mengalami kesukaran menggerakkan usus besar akibat najis yang keras di dalamnya.

Apabila keadaan ini berlaku, anda mungkin berasa terbakar di bahagian atas abdomen dan juga boleh berlaku di sebelah kanan abdomen anda. Kebiasaanya ia akan hilang dengan sendiri, tetapi jika ia berlaku semula dalam tempoh dua minggu, segera berjumpa doktor.

2. Ulser perut

Ulser perut adalah kesakitan yang berlaku apabila lapisan perut, esofagus atau usus kecil berkembang akibat kerosakan pada lapisan disebabkan oleh asid di dalam perut.

Beberapa simptomnya termasuk sakit perut dan dada, mual, pedih ulu hati, muntah, keletihan, gas dan gangguan pencernaan.

3. Apendisitis

Ini adalah keadaan paling biasa dikaitkan dengan sakit perut sebelah kanan. Jika apendiks anda meradang, ia menyebabkan apendisitis. Adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda apendisitis, kerana ia boleh menjadi sangat serius jika tidak dirawat.

Apendisitis boleh pecah dan membawa maut. Rawatan boleh termasuk antibiotik atau appendectomy, iaitu pembedahan untuk membuang apendiks anda.

4. Batu karang/batu hempedu

Batu karang berlaku apabila pundi hempedu membentuk deposit cecair pencernaan yang kecil dan keras. Deposit ini menyebabkan batu karang dan menyebabkan ketidakselesaan untuk anda.

Jika anda mempunyai batu batu karang dengan simptom, anda mungkin terpaksa mengeluarkannya. Jumpa doktor untuk tindakan susulan bagi rawatan batu karang anda.

5. Sista ovari (ovarian cyst)

Wanita mempunyai ovari pada setiap sisi rahim. Kadang-kadang kantung berisi cecair boleh terbentuk pada ovari. Kebanyakannya sista ini sembuh dengan sendiri dan wanita tidak menyedarinya. Walau bagaimanapun, sista boleh menjadi cukup besar untuk menyebabkan kesakitan, dan jika sista berada di ovarium kanan anda, anda akan merasakan sakit di kawasan itu. Jumpa doktor jika sakit itu tiba-tiba atau teruk atau jika anda mengalami demam atau muntah.

6. Kekejangan otot

Ini mungkin berlaku akibat sesi kardio yang kuat yang mana melakukannya lebih cepat daripada biasa yang melibatkan diafragma berfungsi lebih daripada biasa. Anda mungkin berasa kelegaan daripada kesakitan apabila meregang tangan anda di atas kepala. Untuk mengelakkannya berlaku pada masa akan datang, panaskan tubuh dengan pergerakan dinamik untuk membantu meregangkan sistem pernafasan anda.

Ini hanya beberapa sebab penyebab sakit di sebelah kanan perut anda. Oleh kerana terdapat banyak risiko yang mungkin berlaku, bantuan perubatan profesional adalah satu-satunya cara terbaik untuk mengenal pasti keadaan anda. Jumpa doktor anda untuk mendapat pelan diagnosis dan rawatan untuk membantu anda berasa lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut