Patutlah Individu Dengan Resdung Selalu Naik Banyak Jerawat! Ini 3 Kaitannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 2 minit bacaan

Bagi ramai penghidap resdung, jerawat selalu menjadi masalah dan aduan mereka. Sakit kepala dan hidung berair itu pun sudah mengganggu, ditambah pula dengan masalah kulit muka. Tentunya keadaan ini akan menjejaskan kualiti hidup seseorang. Jerawat yang sering timbul di muka kadangkala bukanlah seperti jerawat biasa yang berlaku. Ia adalah masalah kulit lain yang mirip seperti jerawat. Kadangkala, masalah kulit yang ada tidak berkaitan dengan resdung yang dialami. Sebaliknya, ia adalah masalah yang berbeza tetapi berlaku pada waktu yang sama. Jadi, apakah kaitan resdung dan jerawat?

Kaitan resdung dan jerawat

Alahan

Alahan kepada sesuatu mungkin menjadi punca kepada masalah kulit dan jerawat yang berlaku. Antara sebab resdung juga adalah alahan. Jika badan anda terdedah kepada perkara yang badan anda alah, histamin akan dilepaskan di dalam darah, menyebabkan rongga udara di dalam tengkorak (sinus) merembeskan lebih banyak cecair dan tersumbat.

Dalam masa yang sama, histamin juga boleh membuatkan iritasi pada kulit. Kesannya, kulit akan menjadi gatal-gatal dan merah-merah. Bintik-bintik dan benjolan mula keluar.

Rosacea

Ini adalah keadaan kulit mirip seperti jerawat. Mereka yang mempunyai rosacea mungkin mengalami muka bengkak dan merah disebabkan peredaran darah yang meningkat. Selain itu, muka juga akan terasa sakit serta berdenyut. Pustules yang kelihatan seperti jerawat akan timbul.

Disebabkan jarak yang dekat antara kulit dan sinus, keadaan boleh merebak ke dalam sinus. Pesakit mungkin mengalami simptom-simptom resdung seperti sakit kepala dan muka.

Persekitaran

Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan iritasi kulit dan resdung. Habuk dan kotoran merangsang tindak balas histamin, seterusnya membuatkan sinus penuh dengan cecair dan tersumbat. Kulit yang sensitif juga boleh memberikan tindak balas apabila bersentuhan dengan bahan-bahan ini. Kulit kering atau ruam adalah antara simptom kulit yang mungkin berlaku.

Lain orang, lain sebabnya. Jika masalah kulit yang dihadapi memang disebabkan atau terkait dengan resdung, rawatan resdung sepatutnya akan merawat masalah kulit tersebut juga. Namun, jika masalah masih tidak selesai, ia mungkin disebabkan keadaan lain. Sila dapatkan nasihat dan bantuan pakar untuk maklumat lanjut.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pil Perancang Keluarga Bukan Untuk Elak Kehamilan Saja, Tapi Ini 7 Kebaikannya Yang Lain!

    Bagaimana boleh sebegitu? Bukankah pil perancang keluarga atau pil perancang kehamilan hanya digunakan untuk mencegah seseorang wanita daripada hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 12/05/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Abaikan Keadaan Kulit Berikut!

    Tahap keterukan keadaan kulit setiap individu adalah berbeza. Namun, itu tidak bermakna anda boleh mengambil mudah akan keadaan-keadaan kulit yang lazim. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 26/12/2019 . 4 minit bacaan

    Eh…Jerawat Apa Pulak Ni? Jom Kenal Pasti Jenis Jerawat

    Arghh!!!!! Jerawat… Macam mana ni? Sure rasa nak picit-picit aje kaaaaaaan? Jom kita kenali jenis jerawat yang mungkin ‘menghantui’ diri anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 31/10/2019 . 3 minit bacaan

    Peninju MMA Amalkan Terapi Minum Air Kencing Untuk Lebih Kuat? Betul Ke?

    Pada tahun 2009, Juan Manuel Marquez telah mempromosikan terapi air kencing untuk memperolehi kebaikan nutrisi. Persoalannya, bukan ada bakteria ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 17/10/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hilangkan jerawat

    Nak Hilang Jerawat, Makan Pil Perancang: Sahih Ke Tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    Punca Jerawat Timbul

    Duduk Kat Rumah Saja, Tapi Kenapa Tumbuh Jerawat? Ada 4 Punca- No 3 Kerap Terjadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    pimple-patch-atasi-masalah-jerawat

    Boleh Ke Atasi Masalah Jerawat Dengan Pimple Patch? Jom Selidik Keberkesanannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    topeng muka

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan