Rawatan alternatif tekanan darah tinggi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 3 minit bacaan

Hypertension atau tekanan darah tinggi adalah penyakit berbahaya, yang mampu membawa kepada strok,  serangan jantung, kegagalan jantung dan masalah buah pinggang. Matlamat rawatan adalah untuk menurunkan kadar tekanan darah dan memelihara organ penting daripada terjejas. Selain ubat-ubatan, gaya hidup memainkan peranan penting untuk merawat masalah “hipertensi”.

Bergantung kepada diagnosis, pembekal perkhidmatan kesihatan akan membantu anda untuk membuat perancangan bagi anda untuk mengawal tekanan darah anda. Sekiranya anda berada dalam kalangan penghidap tekanan darah tinggi primer, anda hanya perlu mengubah gaya hidup anda. Kombinasi antara ubatan dan gaya hidup sihat akan memberikan kesan yang terbaik. Antara amalan yang perlu anda ikuti untul mengawal tekanan darah tinggi termasuklah;

Mengamalkan diet sihat

Diet yang harus diamalkan oleh penghidap “hipertensi” mestilah diet yang rendah kandungan garam. Seorang dewasa yang sihat tidak boleh mengambil kandungan garam melebihi 2300 miligram sehari, iaitu kira-kira satu sudu teh. Sekiranya anda penghidap “hipertensi”, kandungan garam yang anda ambil sehari mestilah kurang daripada 1500 miligram. Adalah digalakkan untuk anda memeriksa label untuk memilih makanan yang rendah kandungan garam. Selain itu, mereka yang menghidapi tekanan darah tinggi haruslah mengikuti plan diet DASH. Berkenaan diet ini, anda digalakkan mengambil lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu jenis rendah lemak; mengurangkan makanan berlemak tepu dan lemak penuh.

Mengamalkan aktiviti fizikal

Mengamalkan aktiviti fizikal sangat membantu dalam menggurangkan tekanan darah tinggi dan banyak lagi masalah berkenaan kesihatan. Penghidap “hipertensi” harus berbincang dengan doktor untuk mengetahui tahap & jenis senaman yang bersesuaian. Secara umumnya, doktor akan mengesyorkan pesakit untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari atau beberapa hari dalam seminggu. Bagaimanapun, tahap & jenis senaman yang berbeza akan memerlukan jumlah masa yang berbeza. Aktiviti yang terbaik yang harus diamalkan ialah senaman aerobic seperti berjalan pantas.

Mengekalkan berat badan sihat

Berat badan yang sihat membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit lain juga. Kurangkan berat badan sekiranya anda berada pada tahap obesiti atau terlebih berat. Pengurangan berat badan berkait dengan kolestrol, berat badan yang berurang akan memperbaiki tekan darah, mengurangkan kolestrol LDL dan menigkatkan kolestrol HDL. Index berat badan atau BMI, yang mengukur kaitan antara berat badan dan ketinggian juga merupakan index yang berguna untuk mengawal berat badan anda. Berbincanglah dengan pakar perubatan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kawal pengambilan alkohol

Lebih banyak alkohol yang anda ambil, tahap tekanan darah dan tahap trigliserida juga akan meningkat. Trigliserida ialah sejenis lemak yang terkandung di dalam darah. Selain itu,alkohol juga membekalkan kalori kepada tubuh yang menyebabkan berat badan bertambah. Jumlah alkohol yang disarankan untuk lelaki ialah tidak melebih dua gelas manakala satu gelas untuk wanita. Satu gelas ialah 12 auns bir, 5 auns wain atau 1.5 auns arak.

Kawal stress

Stress mampu membawa impak negative terhadap mental dan fizikal anda, yang juga menyumbang kepada peningkatan tekanan darah. Anda boleh mengamalkan beberapa cara untuk menenangkan diri dan mencari kekuatan untuk berhadapan dengan masalah. Mendengar muzik, melakukan aktiviti fizikal, dan meditasi adalah pilihan yang baik. Selain itu, Yoga atau Tai chi boleh membantu mengawal pernafasan, kemarahan, kepenatan dan gangguan dalam fikiran anda.

Saintis sedang mengkaji perubahan faktor tekanan darah tinggi , menghasilkan cara dan ubat-ubatan untuk mengawalnya. Mungkin pada masa akan datang , vaksin yang baru akan ditemui untuk mengelakkan “hipertensi”. Satu-satunya perkara yang anda mampu lakukan pada masa ini adalah belajar untuk hidup dengannya. Rawatan alternatif yang dinyatakan di atas adalah cara yang mudah bagi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makan Morning After Pill Jika ‘Terbabas’ Bersama Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

    Ramai yang fikir kita boleh ambil pil morning after tanpa had. Persoalannya, berapa kali boleh ambil pil perancang kecemasan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus? Kalau Hitam, Kena Jumpa Doktor Cepat!

    Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana hingus terhasil bukan? Selain itu, artikel ini juga akan menerangkan tentang rahsia 7 warna hingus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Encik Suami Minta Senggama Tapi Isteri Period! Apa Je Boleh Buat? (Ini Cara Halal)

    Alamak, anda period tapi mahu buat seks? Tenang, ini petua untuk isteri cuba cara melayan suami ketika haid. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rabun warna

    Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit fobia

    Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    oral seks

    Orang Muda Jangan Anggap Oral Seks Tak Bahaya, Boleh Terkena HIV Jika Alami Keadaan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan