Pseudogout

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 05/12/2019

Definisi

Apa itu Pseudogout?

Pseudogout ialah sejenis artritis yang disifatkan sebagai bengkak dalam satu sendi atau lebih yang berlaku secara tiba-tiba dan menyakitkan. Artritis ini berlaku selama beberapa hari atau minggu. Sendi yang biasa terjejas ialah lutut. Sendi lain yang turut terjejas ialah buku lali, pergelangan tangan, siku dan bahu. Disebabkan ia hampir sama dengan gout tetapi berlainan punca, ia dipanggil pseudogout, bermakna gout palsu.

Apakah kebarangkalian Pseudogout?

Pseudogout boleh berlaku tanpa mengira usia tetapi kebiasaannya dialami mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun. Berdasarkan kajian, separuh daripada pesakit pseudogout berusia lebih 85 tahun. Selain itu, mereka yang mengalami trauma yang teruk pada sendi juga turut mengalami pseudogout..

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pseudogout?

Simptom pseudogout ialah sakit sendi, bengkak, panas dan kemerahan yang bermula dengan cepat. Rasa sakit kebiasaannya berterusan dan bertambah buruk jika sendi digerakkan. Aktiviti seperti berjalan, berpakaian dan mengangkat menjadi sukar. Kadangkala lebih daripada satu sendi terjejas. Simptom mungkin muncul pada bila-bila masa tetapi perkara tertentu boleh menjadi pencetus seperti pembedahan atau jatuh sakit. Simptom kebiasaannya reda selepas beberapa hari rawatan. Jika tidak dirawat ia mungkin kekal sehingga beberapa minggu atau lebih.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa doktor jika anda mengalami rasa sakit dan bengkak sendi yang tiba-tiba dan teruk. Penyakit tersebut juga akan bertambah teruk  dan menyebabkan rasa sakit yang berpanjangan jika anda berterusan menangguhkan rawatan. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Pseudogout?

Pseudogout dikaitkan dengan kehadiran kristal calcium pyrophosphate dihydrate dalam sendi yang terjejas. Kristal ini bertambah dengan pertambahan usia, dan dijumpai dalam separuh daripada populasi yang berusia 85 tahun ke atas. Tetapi kebanyakan orang yang mempunyai deposit kristal ini tidak pernah mengalami pseudogout. Tidak dapat dipastikan mengapa sesetengah orang mempunyai simptom, dan sesetengahnya tidak. Ia juga bukan disebabkan oleh jangkitan dan tidak boleh menjangkit.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pseudogout?

Faktor yang meningkatkan risiko anda mengalami pseudogout termasuklah:

  • Usia tua. Risiko mengalami pseudogout meningkat dengan usia.
  • Trauma pada sendi. Trauma pada sendi seperti kecederaan serius atau pembedahan, meningkatkan risiko pseudogout pada sendi tersebut.
  • Penyakit genetik. Dalam sesetengah keluarga, kecenderungan mendapat pseudogout adalah diwarisi. Mereka kebiasaannya mendapat pseudogout di usia muda.
  • Kandungan mineral yang tidak seimbang. Risiko pseudogout meningkat pada mereka yang memiliki kalsium atau zat besi yang berlebihan atau kandungan magnesium yang terlalu rendah.
  • Masalah kesihatan yang lain. Pseudogout dikaitkan dengan glan tiroid yang kurang aktif atau glan paratiroid yang terlebih aktif.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pseudogout didiagnosis?

Tanda dan simptom Pseudogout boleh menyerupai gout dan penyakit artritis yang lain, jadi doktor perlu melakukan ujian berikut untuk mengesahkan diagnosis:

Ujian makmal: Ujian darah dapat memeriksa masalah pada kelenjar tiroid dan paratiroid, serta mengesan pelbagai ketidakseimbangan mineral yang dikaitkan dengan pseudogout. Cecair dalam sendi juga boleh diambil untuk pemeriksaan kristal pseudogout di bawah mikroskop.

Ujian pengimejan: X-ray pada sendi terjejas boleh menunjukkan kerosakan sendi dan deposit kristal dalam rawan (cartilage) sendi.

Bagaimana pesakit Pseudogout dirawat?

Hingga kini tiada cara untuk menyingkirkan kristal tersebut, tetapi ubat-ubatan dapat membantu mengatasi simptom pseudogout. Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen, naproxen, atau indomethacin, digunakan untuk rawatan. Kadangkala, ubat-ubatan anti keradangan yang lebih kuat, seperti prednisone atau colchicine diperlukan. Pembuangan cecair sendi diikuti dengan suntikan kortison adalah satu lagi rawatan yang biasa dilakukan. Suntikan kortison biasanya memberikan kelegaan yang paling cepat daripada kesakitan dan bengkak.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pseudogout?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani pseudogout :

  • Rehatkan sendi yang terjejas hingga anda merasa lebih baik
  • Ambil ubat seperti yang diarahkan
  • Hubungi doktor jika siptom tidak reda setelah rawatan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Usus Sihat daripada Pilihan Pemakanan yang Baik

    Setiap spesies mikrobiota usus memainkan peranan yang berbeza dalam kesihatan anda dan memerlukan nutrien yang berbeza untuk pertumbuhannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Bagaimana Menjaga Kesihatan Sendi?

    Apabila anda mempunyai masalah sendi, anda mungkin terhad daripada melakukan aktiviti yang anda suka. Anda mungkin perlu mengatasi kekakuan pada sendi dan kesakitan yang teruk. Terdapat banyak perkara yang boleh ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Anda Selalu Sakit Sendi? ELAKKAN 10 Makanan Ini Dalam Diet Di Rumah Anda

    Anda sering sakit sendi terutamanya sakit sendi lutut yang menyakitkan ketika bergerak? Anda boleh cuba kurangkan makan benda ini untuk kurangkan sakit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Atasi Sakit Sendi Anda Dengan Herba dan Rempah Berikut

    Sakit sendi sering dikaitkan dengan arthritis, iaitu keadaan keradangan pada sendi dan ianya akan menyerang secara berterusan memandangkan pergerakan bahagian tubuh badan akan sentiasa berlaku walaupun ketika anda ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    cara cegah malaria

    Mungkinkah Nyamuk Gajah Bakal Bawa Wabak Baru?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Februari 4, 2020
    sakit bahu

    Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada Disember 13, 2019
    artritis psoriatik Sofia Lovi

    Mengharungi Kehidupan Sebagai Pesakit Artritis Psoriatik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada Oktober 9, 2019
    artritis psoriatik

    Sokongan Untuk Penghidap Artritis Psoriatik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada Oktober 9, 2019