Polio

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Definisi

Apa itu Polio?

Polio ialah penyakit virus berjangkit. Keadaan ini disebabkan oleh virus polio yang merebak dari manusia ke manusia lain melalui laluan najis-oral atau dengan menjangkiti air atau makanan yang anda ambil. Selepas memasuki badan, ia akan mula membiak di usus, di mana ia boleh menyerang sistem saraf dan mengakibatkan lumpuh. Polio boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan kadagkala kematian.

Apakah kebarangkalian Polio?

Polio ialah penyakit yang jarang berlaku. Ia biasanya terjadi pada kanak-kanak. Hari ini, oleh kerana vaksinasi yang meluas, serangan polio telah hilang hampir sepenuhnya, dan kebanyakan doktor belum pernah menemui serangan polio yang baru. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Polio?

Simptom biasa bagi polio adalah:

  • Demam panas 38°C atau ke atas;
  • Sakit tekak;
  • Sakit kepala;
  • Kesakitan pada perut;
  • Otot berasa sakit-sakit;
  • Merasa sakit atau sakit.

Simptom yang lebih serius termasuklah poliomyelitis major. Simptom yang biasanya berlaku pada 7 ke 14 hari selepas jangkitan, termasuklah demam panas, sakit kepala yang teruk, tengkuk dan belakang menjadi kejang, dan kesakitan otot yang dalam. Kadangkala bahagian kulit akan mula terjadi sensasi yang aneh, seperti pin dan jarum atau sensitiviti yang di luar kebiasaan pada rasa sakit.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya mengalami mana-mana satu dari yang di bawah:

  • Anak anda belum menghabiskan siri vaksinasi polio.
  • Anak anda mengalami reaksi alergi selepas menerima vaksin polio.
  • Anak anda ada masalah selain dari kemerahan sederhana dan kesakitan pada tempat injeksi vaksin.
  • Anda ada persoalan mengenai pemvaksinan dewasa atau persoalan lain tentang imunisasi polio.
  • Anda mengalami polio bertahun lalu dan sekarang mengalami kelemahan dan penat yang tidak dapat dijelaskan.

Punca

Apakah Punca Polio?

Polio disebabkan oleh virus polio, sejenis enterovirus, yang disebar dengan menelan makanan atau air mengandungi virus tersebut. Virus ini masuk ke badan dan membiak di dalam usus, kemudiannya bergerak ke otak dan saraf tunjang yang mengawal otot.

Polio sangat mudah berjangkit. Sesiapa yang tinggal bersama mereka yang baru-baru berjangkit berkemungkinan akan berjangkit juga. Mereka yang membawa virus polioboleh menyebarkan virus tersebut melalui najis.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Polio?

Ada banyak faktor risiko bagi polio, contohnya:

  • Melancong ke kawasan di mana polio selalu terjadi atau yang baru mengalami serangan polio;
  • Tinggal bersama atau menjaga mereka yang mungkin terkesan dengan poliovirus;
  • Sistem imun yang lemah, seperti yang berlaku pada jangkitan HIV;
  • Mereka yang telah dibuang tonsil (tonsilektomi);
  • Aktiviti fizikal yang kuat atau stres melampau pada badan selepas terdedah dengan virus polio, keduanya yang boleh melemahkan sistem imun.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Polio didiagnosis?

Doktor biasanya mendiagnos polio berdasarkan simptom, seperti sakit dan mengeras bahagian tengkuk dan bahagian belakang, refleks abnormal, kesukaran menelan dan bernafas. Untuk memastikan diagnosis, sampel dari cairan tekak, najis atau cecair serebrospinal (cairan tak berwarna yang mengelilingi otak dan saraf tunjang) akan siuji bagi kehadiran virus polio.

Bagaimana pesakit Polio dirawat?

Polio tidak dapat disembuhkan, dan ubatan antivirus terkini tidak mempengaruhi kejadian penyakit. Anda boleh diberi ventilator bagi menjadikan pernafasan lebih mudah, tapi ini hanyalah buat sementara waktu.

Rawatan sokongan termasuklah:

  • Rehat di katil;
  • Penahan kesakitan;
  • Ventilator mudah-alih bagi membantu pernafasan;
  • Senaman secara sederhana (terapi fizikal) bagi mengelak kecacatan atau hilang fungsi otot;
  • Diet bernutrisi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Polio?

Walaupun kebersihan awam sebakin baik dan penjagaan kesihatan peribadi boleh menurunkan risiko penyebaran polio, langkah terbaik untuk mengelak virus polion ialah vaksinasi polio. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut