Petua Berguna untuk Penghidap Kanser Ovari

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 3 minit bacaan

Anda tidak boleh mengubah hakikat bahawa anda telah mendapat kanser. Akan tetapi, apa yang anda boleh lakukan adalah memilih cara terbaik untuk menjalani kehidupan anda sepanjang hayat. Terdapat banyak pilihan untuk membantu anda menjaga kesihatan fizikal dan emosi sebaik mungkin. Berikut kami kongsikan beberapa petua untuk anda yang menghidap kanser ovari. 

Petua Berguna untuk Penghidap Kanser Ovari

Pilihan makanan semasa rawatan kanser

Rawatan kanser ovari boleh menyebabkan kesukaran untuk menyerap nutrien. Anda juga boleh kehilangan berat badan kerana kekurangan nutrien penting. Oleh itu, pemakanan yang baik adalah penting untuk menguatkan kesihatan anda dan membantu anda melawan kanser anda. Bekalkan badan anda dengan nutrien yang mencukupi dapat membuat anda berasa lebih baik sebelum, semasa dan selepas rawatan.

Untuk mengelakkan kehilangan berat badan, anda harus makan makanan yang kaya dengan protein dan kalori tambahan. Anda harus minum cecair yang disyorkan oleh doktor anda kerana ia boleh membantu merangsang selera makan anda. Air adalah baik, tetapi jangan minum air sahaja. Air adalah sumber bukan alternatif untuk badan, tetapi ia tidak mempunyai kalori dan elektrolit. Cuba beberapa minuman tenaga seperti Gatorade atau Powerade. Menurut pakar nutrien, daripada mengambil tiga hidangan besar, anda harus membahagikan hidangan anda supaya menjadi lebih kecil. Dengan melakukan ini, selera makan anda dapat diperbaiki, menjadikan makanan anda lebih menyelerakan.

Menjaga diri sendiri

Rawatan kanser ovari memerlukan rawatan untuk seluruh tubuh, bukan hanya untuk kawasan tertentu sahaja. Rawatan itu termasuklah nyeri kanser (cancer pain) yang menyebabkan anda stres dan keletihan. Anda perlu meluangkan lebih banyak masa menjaga diri dengan merehatkan minda anda. Langkah pertama untuk melakukan ini adalah untuk mengosongkan minda anda daripada fikiran-fikiran yang membimbangkan tentang penyakit ini. Selain itu, anda boleh mencari kebahagiaan dan kegembiraan daripada puisi, muzik, buku, dan seni. Di samping itu, anda boleh mencuba aktiviti baru dan mencabar yang dapat membantu anda mengurangkan kebimbangan, tekanan stres, dan simptom. Cuba aktiviti yang boleh mengangkat jiwa dan minda anda.

Dengan perkembangan perubatan yang ada, kini terdapat banyak pilihan makanan tambahan, herba, dan ubat yang dapat anda gunakan semasa rawatan kanser. Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil perhatian bahawa ubat yang berbeza mempunyai kegunaan yang berbeza. Ingatlah bahawa penggunaan terlalu banyak kategori ubat boleh menyebabkan gangguan berdasarkan komponen yang berbeza dari ubat-ubatan. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda harus berunding dengan doktor anda sebelum mencuba ubat baru.

Buat pilihan yang lebih sihat

Didiagnosis dengan kanser sudah cukup buruk, tetapi lebih buruk jika anda tidak melakukan apa-apa. Perkara penting yang perlu anda lakukan sekarang adalah untuk memberi tumpuan kepada kesihatan anda. Anda harus tahu apa yang baik untuk anda dan apa yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki keadaan. Malah, terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan anda lebih sihat. Sebagai contoh, cuba mengambil makanan yang sihat atau melakukan lebih banyak senaman. Jika anda mengetahui tabiat yang boleh membahayakan kesihatan anda, tinggalkan tabiat tersebut. Potong minuman alkohol, atau berhenti menghisap tembakau. Sudah sampai masanya untuk anda mencuba melakukan beberapa perubahan.

Lakukan senaman

Normal untuk pesakit kanser ovari berasa cepat letih dan mendapati kesukaran untuk melakukan senaman semasa rawatan. Melakukan senaman akan membakar tenaga, tetapi penyelidik menunjukkan bahawa senaman dapat membantu anda mengurangkan keletihan dan tekanan. Dibuktikan bahawa jika pesakit kanser ovari melakukan senaman yang sesuai, mereka boleh mendapatkan kesihatan mental, menguruskan emosi dan mood dengan lebih berkesan. Untuk mendapat kekuatan, anda harus memilih senaman bergantung kepada status kesihatan semasa, dan merancang untuk meningkatkan latihan sedikit demi sedikit.

Cara anda memilih untuk hidup dengan kanser ovari anda menentukan kualiti hidup anda pada masa akan datang. Petua-petua di atas adalah sangat baik untuk anda berdepan dengan kanser ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selalu Buang Angin & Sakit Perut? Haaa… Itu Tanda Banyak Bakteria Dalam Usus

    SIBO adalah pertumbuhan bakteria usus kecil yang boleh menyebabkan masalah kesihatan jika berlaku ketidakseimbangan. Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 13/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ladies, Ini Perkara Yang Perlu Anda Elak Jika Mengalami Kencing Kotor- Nombor 3 Paling Penting!

    Jangkitan saluran kencing (UTI) atau turut dikenali sebagai masalah kencing kotor ialah perkara serius yang harus dirawat dengan segera.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

    Kajian terbaru menunjukkan terdapat kaitan antara kaedah pembedahan czer dengan kebarangkalian untuk anak mendapat penyakit asma.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

    Mungkin ramai yang sudah faham maksud flos gigi namun tidak melakukannya. Kalian perlu tahu bahawa ia penting untuk anda dan juga si kecil. Jom klik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    wang simpanan

    Penangan COVID-19, Rakyat Malaysia Makin Cakna, Simpan Duit Untuk Situasi Kecemasan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    kolesterol hdl

    Jangan Takut Dengan Kolesterol, Bukan Semuanya Jahat! Ambil 10 Makanan Ini, Ada Kolesterol Baik HDL

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    cuaca panas

    Negara Dilanda Cuaca Panas Melampau, Ikut 10 Tip Ini Untuk Elak Jatuh Sakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    braces gigi

    Trend Pemakaian Braces Terhad Untuk Orang Muda Saja Ke? Tak Sesuai Untuk Golongan Berusia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan