Perubahan Payudara Fibrosistik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan

Apakah itu perubahan payudara fibrosistik?

Perubahan payudara fibrosistik sangat biasa terjadi dalam kalangan wanita. Keadaan ini membuatkan payudara berasa berbonjol-bonjol dan lembut untuk disentuh, kadang-kadang ia membengkak. Istilah ini sebenarnya merujuk kepada dua keadaan – tisu berserabut dan sista bukan kanser.

  • Tisu fibrosa adalah tisu payudara seperti parut yang menjadikan payudara anda padat.
  • Sista benigna adalah ketulan dipenuhi dengan cecair, yang boleh meregangkan di sekeliling tisu payudara dan menyebabkan kesakitan.

Bagaimanakah saya tahu jika saya ada perubahan payudara fibrosistik?

Perubahan payudara fibrosistik boleh menyebabkan payudara anda berubah bentuk. Tetapi perubahan ini biasanya sama di kedua-dua payudara. Anda juga boleh melihat rembesan coklat gelap atau hijau yang keluar dari puting anda. Semasa anda haid, benjolan boleh berubah-ubah saiznya. Malah, sebelum anda haid, anda mungkin mengalami kesakitan dan ketidakselesaan yang bertambah.

Mengapakah saya mengalami perubahan payudara fibrosistik?

Kebanyakan wanita dalam usia yang boleh mengandung, mengalami perubahan payudara fibrosistik. Keadaan ini jarang berlaku pada wanita yang menopaus. Namun, ia mungkin berlaku kepada mereka yang menjalani rawatan terapi hormon. Oleh itu, saintis percaya hormon mungkin menjadi faktor penyumbang. Walau bagaimanapun, mereka tidak pasti bagaimana hormon berfungsi untuk mengubah tisu payudara dengan cara ini dan apa yang boleh mencetuskan keadaan tersebut. Pada masa lalu, perubahan payudara fibrosistik dirujuk sebagai penyakit payudara fibrosistik. Tetapi, pada hakikatnya, keadaan itu bukanlah suatu penyakit dalam pengertian perubatan. Oleh itu, nama tersebut berubah.

Adakah ia bermaksud saya menghidap kanser?

Perubahan payudara fibrosistik adalah bukan kanser dan tidak berbahaya kepada kesihatan anda dengan cara apa pun. Walau bagaimanapun, mereka boleh membuatkan pemeriksaan payudara selanjutnya untuk kepastian. Sekiranya anda melihat apa-apa perubahan pada payudara anda, maklumkan kepada doktor anda dengan segera, untuk langkah keselamatan.

Doktor anda secara manual akan memeriksa payudara anda untuk mengesan ketidaknormalan. Ultrasound dan mamogram diminta. Anda mungkin memerlukan biopsi payudara bagi menentukan sama ada perubahan dalam payudara anda adalah kanser.

Berurusan dengan perubahan payudara fibrosistik

Perubahan payudara fibrosistik selalunya tidak memerlukan rawatan. Sekiranya anda mempunyai sista, anda mungkin terpaksa mengalirkannya bagi melegakan kesakitan dan tekanan. Tetapi cecair tersebut boleh kembali. Sista payudara kadang-kadang hilang sendiri.

Walaupun tiada bukti saintifik untuk menyokong hal ini, sesetengah wanita melaporkan melihat peningkatan keadaan mereka apabila mereka mengurangkan pengambilan kafein. Jadi, anda mungkin boleh mencuba cara ini. Di samping itu, beberapa perubahan gaya hidup boleh membantu anda berasa lebih baik:

  • Mengurangkan pengambilan garam bagi meminimakan bengkak.
  • Mengambil diuretik untuk mengalirkan cecair.
  • Berunding dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang jenis makanan tambahan untuk mengelakkan tindak balas dan kesan sampingan ubat.
  • Berfikir dengan teliti sebelum memilih rawatan hormon memandangkan ia mempunyai kesan sampingan yang serius.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makan Morning After Pill Jika ‘Terbabas’ Bersama Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

    Ramai yang fikir kita boleh ambil pil morning after tanpa had. Persoalannya, berapa kali boleh ambil pil perancang kecemasan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus? Kalau Hitam, Kena Jumpa Doktor Cepat!

    Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana hingus terhasil bukan? Selain itu, artikel ini juga akan menerangkan tentang rahsia 7 warna hingus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Encik Suami Minta Senggama Tapi Isteri Period! Apa Je Boleh Buat? (Ini Cara Halal)

    Alamak, anda period tapi mahu buat seks? Tenang, ini petua untuk isteri cuba cara melayan suami ketika haid. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rabun warna

    Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit fobia

    Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    oral seks

    Orang Muda Jangan Anggap Oral Seks Tak Bahaya, Boleh Terkena HIV Jika Alami Keadaan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan