Perkara tentang OCD Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan

Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau Kecelaruan Obsesif Kompulsif adalah keadaan kesihatan yang memberi kesan kepada individu yang menghidapinya sama ada secara fizikal atau mental. Walau bagaimanapun, stigma masyarakat sekeliling mengenai masalah kesihatan ini terlalu besar sehingga menimbulkan masalah untuk individu lain memahami keadaan jika mempunyai masalah OCD. Berikut adalah beberapa perkara tentang OCD yang perlu anda ketahui.

Perkara tentang OCD

OCD bukan sifat keperibadian

Perkara tentang OCD pertama yang perlu anda ketahui adalah masalah OCD bukan berkaitan dengan menjadi individu yang teratur atau bersih. OCD juga bukan satu perlakuan comel. Ia adalah satu masalah yang menyakitkan dan suram. Seorang individu wanita OCD mungkin obses tentang kunci.

Setiap hari, individu terbabit harus pulang ke rumahnya untuk memeriksa sama ada dia telah mengunci semua pintu, yang mengakibatkannya lambat tiba ke tempat kerja. Sekiranya dia tidak kembali untuk membuat pemeriksaan, sepanjang hari, dia akan diselubungi rasa bimbang dan takut, sehingga dia tidak mampu melaksanakan tugasan kerjanya.

Individu OCD bukan gila

OCD adalah gangguan kebimbangan, bukan psikosis. Individu dengan OCD tidak hilang dari dunia realiti. Tetapi keinginan mereka dengan pemikiran yang sukar difahami dan niat untuk mencederakan diri membuatkan individu lain di sekeliling mereka merasakan mereka gila. Individu OCD sedar tentang keinginan mereka itu adalah tidak normal, namun, mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghentikannya.

OCD bukan sekadar tentang bakteria

OCD ditafsirkan dalam banyak perkara dan bentuk. Sesetengah individu mempunyai OCD berkaitan kuman, bakteria dan cecair badan. Ada individu OCD lain terjebak dengan pemikiran dan keinginan yang membahayakan diri. Terdapat juga yang perlu memastikan segalanya dalam kehidupan mereka teratur dan sempurna. Tidak kurang juga, ada individu OCD yang terjebak dengan kepercayaan tahyul.

OCD boleh berlaku kepada sesiapa

Individu kanak-kanak atau dewasa turut boleh menghidapi OCD. Ia mungkin berlaku ketika di peringkat usia remaja atau ketika usia dewasa. Sesetengah individu wanita mengalami OCD semasa mengandung, ada juga yang mengalaminya selepas melahirkan anak. Walaupun kanak-kanak mungkin mengalami OCD, kerana mereka terikat dengan rutin harian, ia tidak menampakkan sebarang masalah.

OCD bukan satu sifat

Jangan pernah menyebut, “Oh, saya sudah OCD” jika anda tidak didiagnosis dengan gangguan kesihatan ini. Ia bukan satu perkara yang boleh dibuat gurauan. Ia adalah satu perkara sensitif. Gurauan berkisarkan OCD adalah satu perkara yang menyedihkan buat individu yang menghidapinya.

Jika anda tidak perlu menghabis masa berjam-jam untuk mengemas barangan anda sehingga sempurna bentuk dan dalam keadaan ketakutan kerana bimbang dibunuh oleh barangan yang tidak sempurna, anda tidak mengalami OCD.

Jangan menyuruh individu OCD untuk berubah

OCD adalah gangguan berkaitan kesihatan. Walaupun dengan rawatan rapi, ia adalah sukar untuk dikawal. Jangan pernah menyuruh individu OCD untuk berhenti atau berubah walau untuk seketika. Ia bukan satu mod yang boleh dikawal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Artikel lain untuk anda

    Bagaimana Mengendalikan OCD

    Bagaimana Mengendalikan OCD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/03/2019 . 2 minit bacaan