Penjagaan Paliatif: Bantu Pesakit Berasa Lebih Baik

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penjagaan paliatif adalah pendekatan yang meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka dalam berdepan dengan masalah berkaitan penyakit yang mengancam nyawa, melalui pencegahan dan melegakan penderitaan yang bermakna pengenalan awal, penilaian lengkap, rawatan kesakitan dan masalah lain termasuk fizikal, psikososial dan rohani.

Penjagaan paliatif boleh diberikan pada masa yang sama seperti rawatan yang bertujuan untuk menyembuhkan atau merawat penyakit. Penjagaan paliatif juga boleh diberikan apabila penyakit itu didiagnosis, sepanjang rawatan, semasa susulan, dan pada akhir hayat. Kadang-kadang ia juga dipanggail sebagai penjagaan sokongan.

Penjagaan paliatif boleh ditawarkan untuk mereka yang mempunyai penyakit seperti:

  • Kanser
  • Penyakit jantung
  • Penyakit paru-paru
  • Kegagalan buah pinggang
  • Demensia
  • HIV/AIDS
  • ALS (amyotrophic lateral sclerosis)

Semasa menerima penjagaan paliatif, seseorang boleh kekal di bawah penjagaan tetap mereka dan masih menerima rawatan untuk penyakit mereka.

Peranan penjagaan paliatif

Penyakit yang serius bukan saja menjejaskan tubuh tetapi ia melibatkan keseluruhan kehidupan seseorang serta keluarganya. Berikut peranan penjagaan paliatif:

  • Fizikal

Melibatkan simptom dan kesan sampingan seperti kesakitan, kesukaran untuk tidur, sesak nafas dan hilang selera makan. Rawatannya melibatkan ubat-ubatan, panduan nutrisi, terapi fizikal, terapi kerja dan terapi integratif

  • Emosi dan sosial

Pesakit dan keluarga mungkin menghadapi tekanan semasa berdepan dengan penyakit yang boleh menyebabkan ketakutan, kegelisahan, putus asa, atau kemurungan. Ahli keluarga boleh memberi penjagaan, walaupun mereka juga mempunyai pekerjaan dan tugasan lain.

Rawatan bagi keadaaan ini termasuk kaunseling, kumpulan sokongan, perjumpaan keluarga dan rujukan kepada penjagaan kesihatan mental.

  • Praktikal

Beberapa masalah yang dibawa oleh penyakit adalah praktikal, seperti masalah berkaitan kewangan atau pekerjaan, persoalan mengenai insurans dan isu undang-undang. Pasukan penjagaan paliatif boleh:

  • Menerangkan bentuk perubatan yang kompleks atau membantu keluarga memahami pilihan rawatan
  • Sediakan atau rujuk keluarga untuk kaunseling kewangan
  • Membantu menghubungkan anda kepada sumber untuk pengangkutan atau perumahan
  • Isu kerohanian

Apabila seseorang berdepan cabaran penyakit, mereka mungkin mencari makna atau mempersoalkan iman mereka. Pasukan penjagaan paliatif boleh membantu pesakit dan keluarga meneroka kepercayaan dan nilai supaya mereka boleh bergerak ke arah penerimaan dan kedamaian.

Apakah perbezaan penjagaan paliatif dan hospis?

Kedua-dua penjagaan paliatif dan penjagaan hospis memberikan keselesaan. Tetapi penjagaan paliatif boleh bermula pada diagnosis, dan pada masa yang sama sebagai rawatan.

Manakala, penjagaan hospis bermula selepas rawatan penyakit itu dihentikan dan apabila ia jelas bahawa orang itu tidak akan bertahan dengan penyakit itu. Penjagaan hospis paling kerap ditawarkan hanya apabila seseorang itu dijangka hidup 6 bulan atau kurang.

Bagaimana pula dengan penjagaan akhir hayat?

Penjagaan akhir hayat melibatkan rawatan, penjagaan dan sokongan bagi mereka yang melalui sat-saat akhir kehidupannya. Ia adalah bahagian penting dalam penjagaan paliatif.

Pesakit menganggap mereka berada dalam tahun terakhir kehidupan, tetapi tempoh masa ini sukar untuk diramalkan. Sesetengah orang mungkin hanya menerima penjagaan akhir hayat dalam minggu atau hari terakhir mereka.

Penjagaan akhir hayat bertujuan untuk membantu seseorang untuk hidup dengan selesa sepanjang masa terakhir. Ia melibatkan pengurusan simptom fizikal dan mendapat sokongan emosi untuk pesakit dan keluarga dan rakan pesakit. Pesakit mungkin memerlukan lebih banyak jenis penjagaan ini menjelang akhir hayat.

Penjagaan akhir hayat juga melibatkan bercakap dengan pasakit dan keluarga serta rakan mengenai apa yang diharapkan menjelang akhir hayat. Mereka yang menjaga pesakit akan bercakap dengan tentang keperluan dan keinginan anda, dan memastikan pertimbangan permintaan pesakit dalam penjagaan dipenuhi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda