Pengguguran Janin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date September 13, 2019

Definisi

Apa itu Pengguguran Janin?

Pengguguran adalah kehilangan pada awal kehamilan. Ia menggunakan ubat atau pembedahan untuk membuang janin dan uri daripada rahim. Prosedur ini hanya boleh dilakukan oleh pakar penjagaan kesihatan berlesen.

Apakah kebarangkalian Pengguguran Janin?

Ia merupakan masalah peribadi, bergantung kepada pilihan anda. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor berisiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pengguguran Janin?

Gejala-gejala pengguguran yang biasa adalah pendarahan, sakit seperti bila datang haid atau ketidakselesaan. Anda mungkin mengalami pendarahan dan sakit seperti bila datang haid sehingga 14 hari selepas apa-apa jenis pengguguran.

Mungkin ada beberapa gejala yang tidak disenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa gejala, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang gejala jangkitan selepas pengguguran:

  • Suhu tinggi;
  • Pelepasan faraj atau jangkitan faraj;
  • Sakit perut yang tidak hilang meskipun selepas mengambil ubat tahan sakit.

Adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor apakah saranan yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Pengguguran Janin?

Keputusan wanita mengandung untuk kehamilan yang tidak dirancang atau pencegahan kecacatan kelahiran.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pengguguran Janin?

Ada banyak faktor risiko untuk pengguguran, seperti:

  • Kegagalan kawalan kelahiran;
  • Pencegahan kecacatan kelahiran;
  • Kehamilan akibat daripada perkosaan atau sumbang muhrim;
  • Keadaan fizikal atau mental yang membahayakan kesihatan wanita jika kehamilan ini diteruskan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Pengguguran Janin didiagnosis?

Doktor anda akan bertanya mengenai sejarah perubatan anda dan akan melakukan pemeriksaan fizikal. Anda akan melakukan ujian makmal untuk memastikan yang anda mengandung. Anda mungkin juga akan melakukan ultrasound untuk menentukan usia kandungan anda.

Bagaimana pesakit Pengguguran Janin dirawat?

Ia bergantung kepada berapa minggu usia kandungan anda.

  • Pengguguran perubatan, seperti misoprostol, mifepristone, methotrexate.
  • Pengguguran pembedahan, seperti aspirasi vakum atau pengembangan dan pemindahan (D&E)

Selepas 9 minggu, pengguguran menerusi pembedahan adalah satu-satunya pilihan yang ada.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pengguguran Janin?

Berikutnya adalah gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang boleh membantu anda mengelakkan kehamilan:

  • Guna kondom ketika melakukan seks;
  • Mempunyai perancangan kehamilan tertentu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kehamilan Mengejut Yang Tidak Dirancang

    Apa yang harus anda lakukan apabila anda mengetahui kewujudan bayi yang tidak dirancang? Artikel ini memberikan tip menghadapi kehamilan mengejut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Maggie Quek

    Artikel lain untuk anda

    Hubungan Seks Ketika Haid Boleh Hamil? Jangan Terkejut Semak 3 Risiko BAHAYA Ini!

    Hubungan Seks Ketika Haid Boleh Hamil? Jangan Terkejut Semak 3 Risiko BAHAYA Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada April 13, 2020
    Rasa Anda Mungkin Mengandung? Ini Tanda Yang Boleh Dikenalpasti

    Rasa Anda Mungkin Mengandung? Ini Tanda Yang Boleh Dikenalpasti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 29, 2019
    Bilakah Kecacatan pada Bayi dalam Kandungan Boleh Dikesan?

    Bilakah Kecacatan pada Bayi dalam Kandungan Boleh Dikesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada Ogos 9, 2018
    Bolehkah Makan Durian Semasa Hamil?

    Bolehkah Makan Durian Semasa Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada Julai 10, 2018