Pembedahan Pintasan Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan

Pembedahan pintasan jantung adalah sejenis prosedur yang dilakukan apabila arteri koronari (pembuluh darah jantung) tersumbat atau menjadi sempit. Pembedahan ini dijalankan bertujuan memintas saluran yang tersumbat dengan memberikan laluan alternatif kepada darah untuk membekalkan darah serta oksigen kepada sel-sel dan otot jantung.

Semasa pembedahan, pembuluh darah yang sihat diambil daripada kaki, lengan atau dada untuk disambungkan kepada arteri koronari. Secara amnya, simptom-simptom seperti sakit dada dan sesak nafas bertambah baik selepas daripada pembedahan.

Bila pembedahan pintasan jantung dilakukan?

Pembedahan ini juga disebut sebagai coronary artery bypass grafting (CABG). Selain daripada CABG, terdapat juga beberapa prosedur lain yang mempunyai tujuan yang sama iaitu angioplasty dan stenting. Kedua-dua prosedur ini dilakukan dengan membesarkan semula pembuluh darah yang sempit.

Pembedahan pintasan jantung mungkin menjadi pilihan jika:

  • Anda mengalami sakit dada yang sangat teruk walaupun hanya melakukan aktiviti fizikal ringan atau semasa sedang berehat. Kadangkala, prosedur lain boleh membantu tetapi bagi kes-kes tertentu, CABG adalah pilihan yang terbaik.
  • Terdapat banyak pembuluh darah yang terjejas dan bahagian kiri jantung tidak berfungsi dengan baik.
  • Pembuluh darah koronari utama (kiri) tersumbat atau sangat sempit.
  • Prosedur lain tidak sesuai atau pernah dilakukan tetapi gagal atau pembuluh darah tersumbat semula.

Dalam sesetengah kes, pembedahan ini mungkin dilakukan pada waktu kecemasan jika tiada tindak balas terhadap rawatan lain.

Bagaimana ia dijalankan?

Bius umum akan digunakan dan pesakit dalam keadaan tidur.

Memandangkan prosedur ini melibatkan jantung, dada akan dibuka dengan memotong tulang rusuk. Degupan jantung dihentikan bagi memudahkan proses pembedahan sementara fungsi jantung digantikan oleh sebuah mesin khas yang mengepam darah ke seluruh badan.

Terdapat juga teknik di mana pembedahan dilakukan ke atas jantung yang bergerak menggunakan alatan khas untuk menstabilkan jantung tersebut agar pembedahan boleh dijalankan. Namun, ia agak rumit dan memerlukan kepakaran.

Selepas dada dibuka, pembuluh darah sihat yang telah diambil terlebih dahulu disambungkan untuk memintas bahagian arteri koronari yang tersumbat. Pembuluh darah sihat ini disebut sebagai graf pintasan. Masa yang diambil adalah antara 3 hingga 6 jam. Selepas selesai, pesakit mungkin perlu ditahan di dalam wad selama beberapa hari.

Perkara penting yang perlu difahami adalah bahawa pembedahan ini tidak merawat punca daripada arteri yang tersumbat itu. Ia hanyalah sebuah prosedur untuk menyelamatkan sel-sel jantung daripada mati akibat kekurangan oksigen. Pesakit masih perlu menjalani gaya hidup yang sihat untuk mengawal faktor risiko serta mengambil ubat-ubatan yang sepatutnya.

Jika tidak, risiko graf pintasan untuk tersumbat akan meningkat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Serangan Jantung: Apa yang Perlu Dilakukan Selepasnya?

    Apabila berlaku serangan jantung, ia memberikan isyarat bahawa pembuluh darah di dalam badan anda berada dalam keadaan yang kritikal dan tidak sihat. Ia menjadi sempit sehingga peredaran darah terhenti dan sel-sel ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 27/08/2018 . 2 minit bacaan

    Dari Perut Naik ke Jantung: Diet Sihat untuk Jantung Anda

    Bagi pesakit jantung, mereka kebiasaannya mempunyai pantang larang tertentu dalam diet dan pemakanan. Jika dipadukan dengan gaya hidup sihat yang lain, diet membantu melambatkan, malah mengembalikan semula kesihatan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 04/07/2018 . 2 minit bacaan

    Kunyit

    KegunaanApakah kegunaan Kunyit? Kunyit adalah rempah yang berasal dari tumbuhan kunyit. Akar kunyit digunakan secara meluas untuk membuat ubat. Kunyit digunakan untuk sendi tulang, pedih ulu hati (dispepsia), sakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 5 minit bacaan

    #KeepItPumping: Jangan abaikan jantung anda, atau ia akan mengabaikan anda!

    Kita semua tahu bagaimana bunyi jantung kita berdegup, ia berdegup perlahan ketika kita bersantai dan berdegup kencang apabila kita melakukan aktiviti berlari. Namun jika kita mempunyai masalah jantung, keupayaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 22/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit jantung

    Hati-hati bagi Wanita Menopaus, Anda Mungkin Terdedah Kepada Penyakit Jantung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/09/2019 . 3 minit bacaan

    Fakta Mengenai Penyakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 27/11/2018 . 2 minit bacaan

    Penyakit Jantung: Adakah Wanita Lebih Cenderung Menghadapinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 06/09/2018 . 3 minit bacaan

    Senaman Selamat Bagi Pesakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 27/08/2018 . 2 minit bacaan