Parafimosis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019
Share now

Definisi

Apa itu Parafimosis?

Parafimosis adalah keadaan apabila kulup tidak boleh ditarik semula ke kepala zakar (penis). Ia boleh membuat kulup bengkak dan tersangkut, yang boleh menghalang darah mengalir ke dalam zakar. Keadaan ini amat bahaya jika tidak dirawat dengan segera.

Apakah kebarangkalian Parafimosis?

Parafimosis selalunya berlaku kepada lelaki yang tidak sunat, terutamanya kanak-kanak dan orang lebih tua. Ini boleh uruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila bincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Parafimosis?

Simptom utama parafimosis adalah masalah menarik balik kulup. Simptom- simptom lain;

  • Bengkak di bahagian zakar atau kulup;
  • Sakit pada zakar;
  • Kepala zakar menjadi sakit atau hitam-dan-biru.

Mungkin terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai diatas. Jika anda ada sebarang kebimbangan mengenai suatu simptom, sila rujuk doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom tersenarai diatas atau sebarang pertanyaan, sila rujuk doktor anda. Setiap tubuh badan adalah berbeza. Langkah yang baik adalah untuk berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi keadaan anda.

Punca

Apakah punca Parafimosis?

Parafimosis boleh disebabkan;

  • Luka di kawasan zakar;
  • Tidak menarik balik kulup selepas kencing atau pembersihan;
  • Jangkitan ini boleh disebabkan tidak mencuci zakar dengan baik.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Parafimosis?

Terdapat banyak faktor risiko parafimosis, seperti:

  • Tidak sunat;
  • Sunat secara salah atau tidak habis sepenuhnya;
  • Kanak kanak atau orang dewasa.

Tidak mempunyai risiko tidak bermaksud anda tidak boleh mendapat stenosis spina. Faktor-faktor risiko tersenarai di atas adalah untuk rujukan sahaja. Langkah yang lebih baik adalah untuk berbincang dengan pakar anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Parafimosis didiagnosis?

Doktor anda boleh mendiagnosis dengan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mencari tanda-tanda bengkak di paksi berdekatan kepala zakar.

Bagaimana pesakit Parafimosis dirawat?

Kepala zakar anda boleh diperah. Jika teknik ini tidak berkesan, kulup akan dibuang untuk kejangan. Dalam kebanyakkan kes, doktor akan menarik kulup dengan melincirkan zakar dan kulup. Teknik ini boleh menyebabkan sakit jadi pesakit harus diletakkan bawah anestetik. Doktor anda akan cuba mengurangkan bengkak mengunakan ais; Jika bengkak teruk, suntikan hialuronidase (sejenis enzim yang membantu mengurangkan bengkak) diperlukan. Jika situasi menjadi lebih teruk, kulup perlu dibuang sepenuhnya.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Parafimosis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi parafimosis:

  • Bersihkan bahagian kelamin setiap hari;
  • Sentiasa tarik kulup selepas membersihkan;
  • Melakukan pemeriksaan dengan kerap, rawatan perubatan, dan rawatan berkala.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Rujukan

    Porter, R. S., Kaplan, J. L., Homeier, B. P., & Albert, R. K. (2009). The Merck manual home health handbook. Whitehouse Station,

    NJ, Merck Research Laboratories. Print edition, page 1469

    Paraphimosis. http://www.healthline.com/health/paraphimosis#Diagnosis&Treatment4. Accessed July 30, 2015

    Paraphimosis. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/001281.htm. Accessed July 30, 2015

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    TERJAWAB, Rupa-rupanya Inilah 7 Sebab Mengapa Zakar Terasa Sakit Semasa Keluar Air Mani!

    Ada lelaki yang akan rasa sakit ketika ejakulasi pada zakar dan sekitar alat kemaluan. Apa puncanya? Jom kita bongkar ia dengan klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Lelaki Jangan Rasa Selamat, Anda Juga Boleh Dapat Jangkitan Kulat Kalau Tak Cuci Zakar!

    Untuk kaum lelaki, jika anda berasa gatal pada kemaluan atau berlakunya iritasi pada bahagian zakar, ia mungkin petanda berlakunya jangkitan yis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    ‘Main Belakang’ Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Mesti Tahu

    Bagaimana dengan seks anal atau seks melalui dubur, adakah wanita hamil jika melakukannya? Adakah terdapat sebarang kesan lain yang boleh berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Masalah Zakar Berbau? Ikut Petua Ini Untuk Hilangkannya! Pasti Si Isteri Tersenyum Kembali

    Bukan sahaja wanita, kaum lelaki juga turut mempunyai masalah kemaluan berbau. Jika anda turut mempunyai masalah ini, ikuti petua hilangkan bau kemaluan ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz