Migrain dan Penyakit Jantung

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Menurut kardiologi Hospital Universiti Aarhus, Denmark, Dr Kasper Adelborg, migrain terutamanya dianggap sebagai gangguan sakit kepala yang bertentangan dengan masalah jantung dengan simptom seperti sakit berdenyut, mual, dan kepekaan terhadap cahaya dan bunyi. Walau bagaimanapun, ini bukan kajian pertama yang menghubungkan sakit kepala migrain dan masalah jantung.

Sakit kepala ini boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa masalah jantung, termasuk serangan jantung, strok, fibrilasi atrial (sejenis degupan jantung yang tidak teratur) dan pembekuan darah yang bermula di urat.

Hubungan Kepala dan Jantung

Menurut penyelidik, terdapat beberapa punca migrain boleh berkait kepada masalah kardiovaskular. Satu mekanisme yang berpotensi mungkin melibatkan pembetulan darah secara tiba-tiba di otak yang dianggap menyebabkan migrain.

Ini juga boleh menyebabkan seseorang lebih terdedah kepada strok, yang mana apabila saluran darah tiba-tiba menyempit, lebih sukar untuk mengalir darah yang boleh mengakibatkan kekurangan darah di bahagian otak.

Kemungkinan lain adalah orang yang mengalami migrain kurang aktif dan memerlukan rehat apabila ia menyerang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.

Menurut Dr Kasper Adelborg, walaupun mekanisme yang tepat mengenai perkaitannya kurang jelas, ada yang menganggap migrain menjadi faktor risiko yang kuat bagi kebanyakan penyakit kardiovaskular dalam kalangan lelaki dan wanita.

Migrain dan Jantung Bukan Genetik

Pada masa yang sama seseorang yang menolak migrainĀ  adalah “hanya sakit kepala” yang mana boleh mengingatkan mereka bahawa orang mengalami migrain berada pada risiko yang lebih tinggi untuk penyakit strok dan jantung. Malangnya, saintis masih tidak pasti apa yang ada di sebalik hubungan antara migrain dan penyakit jantung, tetapi mereka yakin ianya bukan genetik.

Satu penemuan yang mengejutkan apabila genetik tidak boleh dipersalahkan antara migrain dan penyakit jantung. Malah, ia suatu yang sangat tidak terjangka kerana migrain terutamanya adalah penyakit genetik.

Dr. Aarno Palotie mengetuai satu kajian pada tahun 2015 yang menganalisis dua kajian terdahulu yang mengenal pasti pelbagai variasi genetik yang meningkatkan risiko migrain dan penyakit jantung. Kedua-dua kajian itu memeriksa 159,000 orang, termasuk 20,000 orang dengan migrain dan 21,000 orang dengan penyakit jantung.

Suatu yang menghairankan apabila varian gen yang dikongsi mungkin menjelaskan hubungan antara migrain dan penyakit jantung, malangnya tidak menemui hubungan antara keduanya itu.

Tiada penemuan variasi gen bersama antara migrain dengan aura dan penyakit jantung walaupun bukti yang lebih kuat mengatakan bahawa orang yang mempunyai migrain dengan aura mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih tinggi daripada orang dengan migrain tanpa aura.

Malahan, gen yang dikongsi itu sebenarnya melindungi daripada meningkatkan risiko penyakit jantung. Dengan kata lain, orang mengalami migrain tanpa aura kelihatannya mempunyai beban genetik lebih rendah yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut