Benarkah Masalah Mata Kering Ada Kaitan Dengan Penyakit Migrain? Ini Jawapan Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sekiranya anda mengalami masalah migrain dan mata kering, ini bukan hanya kebetulan, mungkin sebenarnya ada kaitan antara kedua-duanya.

Ternyata, penyelidikan menunjukkan serangan migrain boleh berlangsung lebih lama dan teruk pada individu yang mengalami sindrom mata kering berbanding dengan mereka yang tidak menghidapnya.

Bagaimanakah perkara ini berlaku? Jika anda tertanya-tanya, teruskan membaca okay!

Mengapa kekeringan mata berlaku?

Sindrom mata kering (penyakit mata kering) adalah keadaan kompleks yang melibatkan gangguan fungsi air mata, dan juga kelainan di permukaan mata.

Ini selalunya berpunca daripada peningkatan kehilangan cecair pada permukaan mata, termasuk kenaikan kandungan garam atau penurunan pengeluaran air mata.

Walau bagaimanapun, banyak bukti menunjukkan kebanyakan individu mempunyai gejala mata kering yang tidak berkaitan dengan punca di atas, menjadikan ia lebih rumit.

Contohnya, kadangkala sindrom ini boleh terjadi akibat kondisi perubatan, seperti sindrom Sjögren.

Secara kebetulan, individu dengan kondisi autoimun ini juga mengalami migrain dan sakit kepala yang jauh lebih tinggi berbanding mereka yang tidak.

Benarkah kekeringan mata penyebab migrain?

cara mencegah migrain

Gejala mata kering dipercayai lebih biasa terjadi dalam kalangan penghidap migrain.

Migrain adalah sakit kepala dengan intensiti yang berbeza-beza dan biasanya disertai dengan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi.

Terdapat beberapa bukti menunjukkan kekeringan mata boleh menjadi penyebab migrain, tetapi dengan cara yang berbeza.

Sebagai contoh, migrain boleh bertahan lebih lama atau melibatkan gejala seperti mual, muntah, atau sensitif terhadap deria.

Bukan itu sahaja, para penyelidik juga mendapati gejala mata kering sering berlaku kepada individu yang mengalami migrain.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk menilai hubungan antara kedua kondisi ini.

Ini kerana masih belum jelas sama ada masalah kekeringan mata adalah penyebab migrain atau ia hanyalah sekadar simptom sakit kepala.

Tambah lagi, kedua-duanya boleh dicetuskan oleh pelbagai perkara. Sesetengah ubat preskripsi turut boleh menjadi antara punca yang menyumbang kepada kondisi ini.

Satu penjelasan yang agak munasabah adalah kedua kondisi tersebut mungkin berlaku disebabkan keradangan.

Sekiranya anda mengalami sebarang kecederaan atau penyakit, kawasan yang terjejas sering berlaku keradangan sebagai tindak balas.

Di samping itu, jika anda cenderung mengalami migrain, ia mungkin juga disebabkan oleh perbezaan struktur pada mata.

Dalam kajian 2015, para penyelidik mendapati mereka yang mengalami migrain mempunyai struktur okular yang berbeza berbanding individu yang tidak mengalaminya.

Bagi menjawab persoalan sama ada mata yang kering berkaitan dengan masalah migrain, jawapannya mungkin ya…

Tapi, seperti yang telah dijelaskan, penyelidikan lebih mendalam harus dilakukan untuk membuktikan keputusan yang lebih tepat.

Faktor-faktor berpotensi

Disebabkan kaitan antara kedua-dua kondisi ini masih belum dapat dipastikan, beberapa teori ini mungkin dapat memberikan penjelasan yang logik.

Pakar berpendapat kedua kondisi tersebut mungkin berkongsi mekanisme:

  • Keradangan: Proses keradangan ternyata ada kaitan dengan sindrom mata kering dan migrain
  • Central sensitization: Kondisi ini berlaku apabila sistem saraf pusat anda bertindak balas secara berlebihan terhadap rangsangan tertentu, seperti cahaya, bunyi, atau sentuhan, menyebabkan kesakitan yang lebih kuat dan toleransi kesakitan yang rendah
  • Genetik: Terdapat komponen genetik yang dikenal pasti dalam kedua-dua kondisi ini, yang membawa maksud ia mungkin disebabkan oleh faktor keturunan. Sindrom mata kering malah dikaitkan secara genetik dengan IBS, sakit pelvis kronik, dan fibromyalgia
  • Trigeminal nerve pathway: Saraf trigeminal, yang terbesar dari 12 saraf kranial, membekalkan saraf ke mata dan terlibat dalam pengeluaran air mata. Para saintis percaya, apabila sistem saraf trigeminal diaktifkan, ia dapat mencetuskan migrain dan aura. Masalah kekeringan mata juga dianggap sebagai akibat daripada saraf trigeminal yang diaktifkan, terutamanya kerana terdapat ujung saraf trigeminal yang padat di kornea

Merawat mata yang kering

titisan mata

Antara rawatan awal boleh dilakukan bagi masalah mata kering adalah air mata tiruan (penitis mata untuk bantu mengekalkan kelembapan pada permukaan luar mata), dijual over-the-counter (OTC) dalam bentuk cecair, gel, atau krim.

Air mata tiruan yang bebas bahan pengawet ini mungkin sesuai dijadikan sebagai rawatan, walaupun harganya agak mahal.

Untuk pilihan lain, penitis mata preskripsi yang mengandungi bahan-bahan seperti lifitegrast dan cyclosporine turut dapat membantu meningkatkan pengeluaran air mata.

Doktor mungkin memberi anda salah satu daripada ubatan ini jika air mata tiruan didapati tidak berkesan.

Antara strategi lain yang boleh dicuba adalah dengan menjauhkan diri daripada penghawa dingin dan meletakkan pelembap udara di bilik tidur atau tempat kerja.

Selain itu, ingatkan diri untuk berkelip secara berkala ketika sedang menghadap skrin komputer ataupun semasa membaca.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan atau persoalan, lakukan konsultasi bersama doktor atau pakar mata untuk mendapatkan kepastian.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kerap Diserang Migrain? Cuba Kenal Pasti 5 Perkara Ini Dalam Hidup Anda, Ia Boleh Cegah Migrain!

Tidak tahan lagi menderita dek migrain? Cuba lakukan 5 cara mengatasi serangan migrain ini. Kunci utamanya adalah anda perlu cuba dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ayu
Sakit Kepala & Migrain, Sistem Saraf & Otak 09/04/2020 . 3 minit bacaan

5 Punca Migrain Yang SERING Terjadi Dalam Hidup Seharian Anda, Patutlah Pun!

Punca migrain yang anda alami mungkin disebabkan oleh 5 aktiviti harian anda ini. Untuk mencegahnya, sila ambil tahu apa punca sakit kepala dahulu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ayu
Sakit Kepala & Migrain, Sistem Saraf & Otak 09/04/2020 . 3 minit bacaan

Menderita Kerana Migrain? Ini 5 Tip Mudah MENCEGAH Serangan Migrain Dari Berulang!

Adakah anda salah seorang penghidap migrain? Ada 5 cara mencegah migrain dan petua mengelak migrain daripada berulang kembali.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Sakit Kepala & Migrain, Sistem Saraf & Otak 09/04/2020 . 3 minit bacaan

5 Aktiviti Menarik Lagi Efektif Melawan Serangan Migrain, Ada Yang Boleh Cuba Di Rumah Saja!

Anda tercari-cari cara mengatasi migrain? Cuba 5 senaman mudah yang boleh dilakukan di rumah ini? Ia salah satu cara hilangkan migrain yang berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ayu
Sakit Kepala & Migrain, Sistem Saraf & Otak 09/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah ketegangan mata

Tak Nak Mata Rabun Sebab Banyak Lihat Skrin? Ikut Peraturan 20-20-20 Jaga Deria Penglihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
sejarah migrain

Pastikan Ada 5 Checklist Migrain Ini Dulu Sebelum Hadir Temujanji Dengan Doktor

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 28/04/2020 . 3 minit bacaan
peringkat migrain

4 Peringkat Serangan Migrain Anda Mungkin TIDAK Tahu Langsung Wujud

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Diterbitkan pada 09/04/2020 . 3 minit bacaan
kesan migrain dalam kehidupan

Selalu Diserang Migrain? Ini 4 Kesan Migrain Dalam Kehidupan Seharian Yang TIDAK RAMAI Sedar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Diterbitkan pada 09/04/2020 . 3 minit bacaan