Merawat Jerawat Teruk, Elak Ubat Bukan Preskripsi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Jerawat sering kali menganggu kebanyakan orang, namun keadaan jerawat yang teruk boleh menyebabkan tekanan pada seseorang. Jerawat yang teruk kadang-kadang dipanggil jerawat sistik (cystic acne) yang meradang, sering menyakitkan dan boleh berlaku pada tubuh dan muka.

4 jenis jerawat yang teruk

Terdapat jenis lain jerawat yang teruk, tetapi ini adalah yang paling biasa:

  • Nodulocystic acne: Ciri yang membezakan jrawat jenis ini adalah sista yang meradang, yang mana terdapat benjolan dengan nanah, cecair atau bahan lain. Sista yang menyakitkan ini boleh membesar dan sering ditemui pada bahagian bahu, belakang, dada leher dan wajah.
  • Acne conglobata: Ia adalah bentuk jerawat yang jarang dan luar biasa. Ia berlaku apabila bentuk sista yang besar dan menyakitkan menyambung di bawah kulit, menjadikannya kelihatan dan meninggalkan parut. Ia paling sering menyerang lelaki muda. Tanda pertama jerawat ini mungkin jerawat yang menjadi lebih teruk berbanding menjadi lebih baik, akhirnya meradang dan dijangkiti. Nodul ini dipenuhi dengan nanah dan mungkin mempunyai bau busuk.

  • Acne fulminans:  Jenis jerawat ini dicirikan oleh keradangan yang tiba-tiba dan teruk yang menjejaskan seluruh badan. Ia berkaitan dengan kenaikan hormon lelaki, dan paling biasa dalam kalangan lelaki semasa remaja.
  • Gram negative folliculitis: Ia adalah jenis jangkitan yang kelihatan seperti jerawat yang buruk. Ia berlaku apabila folikel di dalam kulit meradang akibat jangkitan bakteria. Ia kadang-kadang berlaku pada mereka yang cuba merawat jenis jerawat yang teruk lain dengan antibiotik topikal atau oral dalam tempoh masa yang lama.

Elakkan produk jerawat bukan preskripsi

Rawatan jerawat amat penting bagi mengelakannya meninggalkan kesan parut. Jika anda mempunyai masalah jerawat yang teruk, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah hindari produk jerawat buka preskripsi kerana ia mungkin tidak akan berfungsi untuk keadaan jerawat yang teruk. 

Jerawat yang teruk mesti dirawat oleh profesional perubatan. Ini kerana anda memerlukan ubat jerawat preskripsi untuk benar-benar mengawal jerawat anda yang teruk. Ini bermakna perlu berjumpa pakar dermatologi. Ia mungkin kelihatan seperti banyak masa dan perbelanjaan tambahan, tetapi sebaik sahaja anda mula melihat penambahbaikan sebenar, sudah pasti akan mengembirakan anda.

Bagaimana pakar dermatologi membantu masalah anda?

Apabila seseorang mempunyai jerawat yang teruk, pakar dermatologi sering mencadangkan rawatan yang berikut.

1. Antibiotik dan ubat untuk jerawat

Ini sering menjadi rawatan pertama yang dicadangkan untuk jerawat yang teruk. Pengambilan antibiotik boleh mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat. Dan, ubat yang anda gunakan pada kulit berfungsi untuk mengurangkan bakteria dan liang yang tersumbat. Sekiranya rawatan ini gagal membersihkan kulit anda, pakar kulit anda boleh menukar antibiotik anda atau berbincang dengan anda mengenai isotretinoin.

2. Isotretinoin

Ini adalah ubat kuat yang menyerang semua empat punca jerawat iaitu bakteria, liang tersumbat, minyak yang berlebihan, dan keradangan (kemerahan dan pembengkakan). Kira-kira 85% pesakit melihat pembersihan kekal selepas satu tempoh isotretinoin.

Oleh kerana ia mungkin menyebabkan kesan sampingan, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan sama ada anda ingin mengambil ubat ini atau sebaliknya. Jika anda memutuskan untuk mengambil isotretinoin, anda mesti mendaftar dalam program pemantauan.

3. Pil kawalan kelahiran (wanita sahaja)

Pil kawalan kelahiran boleh menjadi sebahagian daripada pelan rawatan jerawat yang berkesan. Apabila merawat jerawat yang teruk, pil kawalan kelahiran boleh digunakan bersama dengan antibiotik atau ubat yang dipanggil spironolactone untuk mengawal jerawat. 

Sekiranya memilih pengambilan pil ini, adalah penting untuk memberitahu pakar kulit anda mengenai semua keadaan perubatan anda, termasuk penyakit jantung. Pakar dermatologi anda mesti mempertimbangkan risiko penggunaan pil kawalan kelahiran untuk merawat jerawat berbanding manfaatnya.

4. Sporonolactone (wanita sahaja)

Ubat ini juga berkesan bagi merawat jerawat yang teruk pada wanita. Ia mengurangkan minyak yang berlebihan. Jika ia menjadi pilihan anda, pastikan anda memberitahu pakar kulit anda mengenai semua keadaan perubatan anda.

5. Pembuangan jerawat

Pakar dermatologi anda boleh menggunakan beberapa teknik yang berbeza untuk mengeluarkan sista besar atau nodul. Salah satu cara pakar dermatologi anda membuang sista atau nodul yang menyakitkan adalah menyuntiknya dengan kortikosteroid. Ini membantu mengurangkan saiz dan kesakitan dengan cepat.

6. Prednisone berdos rendah

Ini adalah kortikosteroid kuat. Pakar dermatologi menetapkannya untuk merawat jenis jerawat yang sangat serius yang dipanggil jerawat fulminans. Ia juga digunakan untuk merawat pityrosporum folliculitis, ruam seperti gatal-gatal.

Oleh itu, tanpa rawatan khusus, jerawat yang teruk boleh menyebabkan parut yang besar dan berlaku kerosakan pada kulit serta masalah emosi dan kurang keyakinan diri. Semua jenis jerawat yang teruk perlu didiagnosis dan dirawat oleh pakar dermatologi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut