Risiko Kematian Lebih Tinggi Jika Mengalami Serangan Jantung Di Waktu Pagi, Ketahui Sebabnya Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/07/2020 . 2 minit bacaan

Serangan jantung sering terjadi secara tiba-tiba dan mungkin berlaku bila-bila masa sahaja, termasuklah pada waktu pagi. Malah kajian menunjukkan bahawa kebanyakan peristiwa serangan jantung berlaku pada pagi hari. Serangan jantung  yang berlaku pada waktu pagi juga dikatakan lebih berbahaya. Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal kardiologi, serangan jantung yang berlaku pada waktu pagi dikaitkan dengan sekitar 20% lebih banyak kematian tisu jantung berbanding pada waktu lain.

Apa yang membuatkan serangan jantung lebih kerap terjadi pada waktu pagi? Ketahui jawapannya di sini.

Pembentukan darah beku

Pada awal pagi, tahap PAI-1 meningkat. Protein ini menghalang tubuh anda daripada memecahkan bekuan darah, penyumbang utama serangan jantung dan strok.

Semasa waktu pagi, platelet darah juga lebih pekat dan peningkatan adrenalin yang dikeluarkan dari kelenjar adrenal boleh menyebabkan plak pada arteri koronari pecah. Badan anda juga mengalami peningkatan semula jadi kortisol, menambahkan beban pada jantung.

Denyutan jantung tak teratur

Dalam kajian yang melibatkan tikus, kadar denyutan jantung  didapati perlahan dan kurang teratur pada waktu pagi. Denyutan jantung yang kurang teratur menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah secara efisien.

Beban kerja jantung

Sewaktu anda bangun pada awal pagi, badan dan jantung anda memerlukan lebih banyak bekalan oksigen untuk menggerakkan sistem kardiovaskular yang kurang bekerja sewaktu anda tidur. Selain itu, lebih banyak tenaga diperlukan untuk melakukan aktiviti lain.

Hormon tekanan

Walaupun ia sering dianggap bahawa waktu pagi berkait dengan tekanan kerja, kajian mendapati ia lebih terkait dengan aturan biologi hormon yang lebih tinggi di waktu pagi. Pelepasan hormon stres seperti Catecholamines adalah penting dalam tindak balas kepada tekanan. Tahap yang tinggi menyebabkan tekanan darah tinggi yang boleh mengakibatkan sakit kepala, berpeluh, jantung berdegup laju, sakit dada, dan kebimbangan.

Tekanan sewaktu membuang air

Serangan jantung yang berlaku semasa membuang air adalah kesan menggunakan postur duduk sewaktu membuang air besar. Daya yang diperlukan untuk mengosongkan perut dalam kedudukan duduk menyebabkan ketegangan berlebihan yang boleh menjejaskan sistem kardiovaskular. Disebabkan itu, banyak kes serangan jantung berlaku di bilik mandi.

Oleh itu, serangan jantung pada waktu pagi lebih terkait dengan sebab biologi berbanding tabiat harian anda. Ketahui simptom serangan jantung dan pertolongan cemas yang perlu anda berikan kepada mereka yang menghadapinya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca Juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

    Ada yang mengatakan marjerin lebih baik daripada mentega. Ada pula yang mengatakan kedua-dua mentega dan marjerin berkhasiat. Mana satu patut anda pilih?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Resipi Sihat 20/03/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Jantung! Apa Langkah Awal Yang Perlu Anda Buat?

    Serangan jantung boleh membawa maut namun jika rawatan awal diberikan dengan serta-merta fungsi jantung optimum masih boleh dikekalkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/02/2020 . 4 minit bacaan

    BELASUNGKAWA, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Semasa Tidur

    Perkhabaran kematian pelakon tanah air, Ashraf Sinclair mengejutkan dan dikatakan berpunca akibat serangan jantung, benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Berita Tempatan 18/02/2020 . 3 minit bacaan

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Sukan tinju adalah aktiviti lasak yang sangat bagus untuk sistem kardiovaskular. Selain dapat melatih otot, terdapat banyak lagi manfaat sukan tinju!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 09/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda serangan jantung

    Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
    risiko-masalah-kesihatan-lelaki

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    jenis penyakit jantung

    Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    kesan penyakit psoriasis

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/04/2020 . 3 minit bacaan