Membantu dalam Bersedia untuk Masa Depan Anak-anak Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 mins read

Bagi kanak-kanak dan remaja, diagnosis kanser servik terhadap ibu mereka boleh mencetuskan ketakutan dan emosi lain apabila anda mahukan kasih sayang dan sokongan daripada mereka. Anda mungkin rasa sukar untuk memberitahu anak-anak anda mengenai keputusan diagnosis dan bagaimana mahu bersedia untuk masa depan mereka apabila anda menghidapi kanser servik.

Bagaimanakah untuk memberitahu anak-anak anda mengenai kanser servik anda?

Sememangnya sukar untuk memberitahu anak-anak anda mengenai berita ini, tetapi berikut merupakan beberapa tip yang dapat membantu anda mengatasi situasi-situasi ini:

  • Ambil kira umur dan pemahaman anak anda. Bergantung kepada umur anak anda, anda akan mendapati cara yang sesuai untuk memberitahu tentang kanser servik yang sedang anda alami. Jika anda anda masih muda dan kurang pemahaman mengenai kanser, anda boleh menggunakan gambar, buku atau perkataan ringkas untuk menjelaskan kepada mereka. Bagi remaja pula, anda perlu memberi perhatian terhadap perasaan mereka
  • Jangan sembunyikan kebenaran. Penting untuk anda berterus-terang kepada anak-anak anda semasa anda bercakap dengan mereka. Jangan cuba untuk menyembunyikan apa-apa, kerana ini akan membuatkan anak-anak anda menjadi bertambah keliru dan risau
  • Biar mereka tahu apa yang akan berlaku. Anak anda perlu tahu bahawa kanser ini tidak berjangkit dan ahli keluarga yang lain tidak dalam bahaya

Apakah reaksi yang boleh dijangka daripada anak anda?

Umur dan perwatakan yang berbeza membawa kepada reaksi yang berbeza. Sesetengah kanak-kanak mungkin akan berasa marah, manakala yang lain akan berasa seperti tiada apa-apa yang berlaku. Biasanya, anak anda tidak akan menunjukkan perasaan mereka yang sebenar. Oleh itu, sangat penting untuk memerhati tingkah laku anak anda dengan teliti dan menggalakkan mereka supaya berkongsi perasaan mereka tidak kira sama ada positif atau negatif.

Mengambil berat mengenai anak-anak anda

Jika anak anda mahu membantu anda dengan kerja-kerja rumah, anda boleh membenarkan anak anda melakukan tugasan ringkas atau membantu mereka untuk menguruskan tugasan mereka. Tambahan pula, anak-anak anda mungkin memerlukan waktu bersama dan hubungan akrab dengan keluarga, jadi menunjukkan rasa kasih sayang di antara ahli keluarga adalah sangat penting.

Anak anda mungkin mahu melibatkan diri dalam memberi rawatan dan sokongan semasa proses rawatan anda. Perkara ini bagus tetapi anda perlu memastikan mereka tidak terpinggir daripada mempelajari aktiviti sosial yang lain. Sentiasa ingat bahawa mereka masih lagi kanak-kanak dan mereka perlu bergembira bersama rakan-rakan dan hobi mereka sendiri serta fokus terhadap pelajaran.

Paling penting sekali, anda perlu memberi galakan, sokongan dan motivasi kepada mereka agar mereka tidak berasa sedih. Kanak-kanak memerlukan diet yang sihat dan seimbang, tidur yang mencukupi serta selalu bersenam bagi mengelakkan diri mereka daripada jatuh sakit.

Apa yang anak anda paling perlukan, tidak kira berapa umur mereka, adalah sikap yang positif. Galakan mereka agar meluahkan rasa dan fikiran negatif mereka. Biar mereka menjaga anda supaya anak-anak anda mempunyai peluang untuk meluahkan rasa sayang terhadap ibu mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Terbaru! Lagi Wabak Hawar Bubonik Muncul Dari China, Punca Akibat Makan Daging Haiwan Marmot!

Terbaru, penyakit hawar bubonik ataupun black plague telah kembali di China akibat daripada individu yang bertindak makan marmot.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Berita, Berita Antarabangsa 08/07/2020 . 3 mins read

Hidrosefalus: Kepala Besar Akibat Lebihan Cecair dalam Otak

Hidrosefalus adalah pembentukan cecair dalam rongga (ventrikel) otak. Cecair yang berlebihan meningkatkan saiz ventrikel dan meletakkan tekanan pada otak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Farah Aziz
Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 08/07/2020 . 2 mins read

Trombofilia: Pembekuan Darah yang Lebih Mudah daripada Biasa

Tubuh mempunyai proses pembekuan semula jadi dalam darah (trombofilia) yang membantu menghentikan pendarahan jika anda mengalami kecederaan seperti luka.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Farah Aziz
Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 08/07/2020 . 2 mins read

Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

Anda mempunyai zakar bengkok dan berhasrat meluruskan ia semula? Jangan buat dulu, jom klik artikel ini untuk tahu ia boleh atau mustahil!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/07/2020 . 3 mins read

Artikel lain untuk anda

apa itu jimak

Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
aksi seks

Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
anak mandi kolam

Si Kecil Gemar Terjun Dalam Kolam Renang Mini? Awasinya, Ada 5 Bahaya Yang Menanti!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
kencing kotor

Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read