Keratosis Pilaris

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Keratosis Pilaris?

Keratosis pilaris merujuk kepada masalah kulit yang tidak berbahaya, disifatkan dengan tompok kering, kasar dan keras dan benjolan kecil dan keras, kebiasaannya ditemui pada lengan, peha, pipi atau punggung yang boleh membuatkan kulit anda berasa seperti kertas pasir. Benjolan ini kadangkala menyebabkan kegatalan, tetapi secara umumnya tidak menyebabkan rasa sakit atau bertambah buruk. Benjolan tersebut kebiasaannya berwarna cerah, kadangkala dengan kemerahan atau bengkak. Keadaan ini jarang sekali berlaku pada muka.

Apakah kebarangkalian Keratosis Pilaris?

Keratosis pilaris berlaku kepada 50-80% remaja dan hampir 40% orang dewasa. Perempuan lebih cenderung mengalami keratosis pilaris. Ia boleh berlaku tanpa mengira usia tetapi lebih kerap berlaku pada usia muda. Keratosis pilaris boleh bertambah teruk semasa kehamilan dan selepas bersalin, atau semasa akil baligh. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Keratosis Pilaris?

Tanda dan simptom utama keratosis pilaris ialah:

  • Benjolan kecil yang tidak menyakitkan, kebiasaannya pada bahagian atas lengan, peha, pipi atau di punggung;
  • Kulit kering dan kasar pada kawasan benjolan yang sering bertambah buruk dengan ┬áperubahan musim apabila kurang kelembapan yang turut menyebabkan kulit kering;
  • Benjolan-benjolan halus menyebabkan kulit seperti kertas pasir.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika terdapat beberapa perubahan ketara muncul pada kulit anda tanpa sebab yang diketahui. Diagnosis boleh dibuat dengan pemeriksaan kulit dan benjolan tersebut.

Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Keratosis Pilaris?

Pertambahan keratin, protein keras yang bertanggungjawab untuk melindungi kulit daripada  bahan berbahaya dan jangkitan merupakan punca keratosis pilaris. Apabila pertambahan keratin berlaku pada kulit, pulpa akan terbentuk dan menghalang pembukaan folikel rambut seterusnya menyebabkan keratosis pilaris. Walau bagaimanapun, punca pertambahan keratin tersebut masih belum diketahui. Ia boleh berlaku bersama dengan penyakit genetik atau dengan keadaan kulit yang lain, seperti dermatitis atopik dan ekzema.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Keratosis Pilaris?

Terdapat banyak faktor risiko keratosis pilaris, seperti:

  • Jantina;
  • Sejarah keluarga mengalami keratosis pilaris;
  • Cuaca, terutama pada musim hujan;
  • Jenis kulit (kulit kering).

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Keratosis Pilaris didiagnosis?

Keratosis pilaris bukan penyakit berbahaya yang memerlukan diagnosis doktor kerana ia tidak menyebabkan apa-apa kemudaratan. Tetapi jika anda membuat keputusan untuk bertemu doktor, diagnosis dapat dilakukan dengan hanya melihat kawasan kulit yang terjejas tanpa perlu melakukan sebarang ujian.

Bagaimana pesakit Keratosis Pilaris dirawat?

Keratosis pilaris merupakan keadaan yang boleh dikawal tetapi tidak boleh diubati. Tiada rawatan yang terbukti benar-benar berkesan untuk keratosis pilaris. Dalam beberapa kes, ia akan hilang dengan sendiri. Untuk mengawal keratosis pilaris, anda boleh mendapatkan produk yang membantu membaiki penampilan kulit yang terjejas. Krim berubat untuk keratosis pilaris juga boleh didapati tanpa preskripsi untuk melembapkan kulit anda. Namun, jika anda berhenti menggunakan krim tersebut, keadaan ini boleh kembali berulang dan mungkin berterusan selama bertahun-tahun.

Dua jenis krim yang sering digunakan adalah krim untuk membuang sel-sel kulit mati dan krim untuk mengelakkan folikel tersumbat.

  • Krim untuk membuang sel-sel kulit mati biasanya mengandungi asid alfa hydroxy, asid laktik, asid salisilik atau urea untuk membantu melonggarkan dan membuang sel-sel kulit mati, melembapkan dan melembutkan kulit kering. Kanak-kanak tidak boleh menggunakan krim jenis ini kerana kesan sampingan seperti kemerahan atau rasa terbakar.
  • Krim untuk mencegah folikel tersumbat diperbuat daripada vitamin A untuk membantu menggalakkan tukar ganti sel dan mencegah folikel rambut tersumbat. Walau bagaimanapun, anda boleh mengalami kerengsaan dan kekeringan kulit apabila menggunakan krim ini dan ia tidak digalakkan untuk mereka yang mengandung atau menyusu.

Satu lagi rawatan pilaris keratosis ialah adalah rawatan laser. Tujuan rawatan ini adalah untuk merawat kemerahan teruk apabila krim dan losyen tidak dapat membantu.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Keratosis Pilaris?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani keratosis pilaris:

  • Anda hendaklah menggunakan air yang hangat dan kurangkan masa mandi untuk mengelakkan minyak keluar daripada kulit.
  • Elakkan sabun yang menegeringkan kulit dan tekan muka dengan tuala supaya kelembapan dikekalkan di dalamnya.
  • Anda perlu melembapkan kulit. Pelembap udara boleh membantu meningkatkan kelembapan ruang dan melembapkan kulit.
  • Anda juga harus mengelak daripada memakai pakaian ketat yang boleh mencengkam kulit anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut