Kanser Serviks: Bolehkah Penghidapnya Hamil?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kanser serviks adalah maglinan kedua yang paling bisa dalam kalangan wanita di seluruh dunia. Oleh keranan kanser serviks ini sering berlaku pada wanita muda, adalah tidak menghairankan jika penyakit ini salah satu kanser yang paling bisa didiagnosis semasa kehamilan.

Pakar menganggarkan bahawa kira-kira 3 peratus daripada kes kanser serviks didiagnosis semasa hamil. Walaupun kemungkinan ini berlaku kepada anda adalah kecil, tetapi penting untuk mengetahui kemungkinannya.

Kehamilan dan Peringkat Awal Kanser Serviks

Jika doktor anda mendapati anda mempunyai kanser serviks pada peringkat awal, kemungkinan anda dapat meneruskan kehamilan dengan selamat. Rawatan akan ditangguhkan sehingga beberapa minggu selepas bayi dilahirkan. Kemudian anda akan dirawat dengan histerektimi (pembuangan rahim atau serviks) atau biopsi kon (pembuangan bahagian serviks), bergantung kepada berapa banyak kanser telah berkambang.

Namun, terdapat juga sesetengah wanita hamil yang tidak mempunyai kanser serviks tetapi didiagnosis dengan “dysplasia” iaitu keabnormalan serviks yang ringan atau sel-sel prakanser boleh berkembang kepada kanser serviks.

Pada peringkat ini juga, terdapat pilihan rawatan lain iaitu loop electrosurgical excision procedure (LEEP), yang boleh mengeluarkan sel yang tidak normal dari serviks sebelum kanser bekembang.

Walau bagaimanapun, satu kajian dalam jurnal perubatan The Lancet mendapati bahawa wanita hamil yang menjalani LEEP berada pada risiko yang lebih tinggi untuk kelahiran bayi pramasa (preterm) atau mempunyai kelahiran bayi yang tidak cukup berat.

Kehamilan dan kanser serviks lanjut (advanced)

Bagi wanita mempunyai kanser serviks lanjut, keputusan rawatan menjadi lebih kompleks. Doktor anda akan membincangkan pilihan dengan anda, yang mungkin termasuk pengguguran kehamilan jika didiagnosis kanser serviks yang agresif atau kanser didiagnosis pada awal kehamilan.

Anda sentiasa mempunyai pilihan untuk menunggu selepas melahirkan bayi untuk dirawat, tetapi anda perlu tahu bahawa pada minggu ke-10 kehamilan ia boleh menjadi peringkat III. Ini boleh menjejaskan rawatan yang dipilih serta kadar survival.

Namun, bagi  wanita yang telah mencapai trimester kedua atau ketiga, mungkin boleh untuk menagguhkan rawatan kanser serviks sehingga selepas melahirkan bayi. Tetapi jika terlalu lama, kelahiran bayi diawalkan bagi membolehkan rawatan kanser diteruskan.

Sekiranya anda didiagnosis dengan kanser serviks semasa hamil, anda dan doktor perlu berbincang untuk merancang rawatan. Doktor anda akan menerangkan semua pilihan, serta manfaat dan risiko setiap rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut