Jangkitan Respiratory Syncytial Virus

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Definisi

Apakah itu jangkitan respiratory syncytial virus?

Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

Jangkitan ini sering kali berlaku kepada kanak-kanak dibawah usia dua tahun. Walau bagaimanapun, jangkitan RSV ini juga berisiko untuk dijangkiti oleh individu dewasa.

Bagi individu dewasa dan lebih berusia serta kanak-kanak sihat, simptom jangkitan virus ini adalah ringan dan biasanya hampir sama dengan selesema biasa.

Langkah-langkah penjagaan dan kebersihan diri biasanya merupakan langkah yang diperlukan bagi melegakan ketidakselesaan.

Jangkitan RSV ini boleh menjadi teruk bagi sesetengah kes, terutama pada bayi pramatang dan bayi dengan masalah kesihatan yang mendasari.

Jangkitan ini juga boleh menjadi serius pada individu dewasa yang lebih berusia, individu dewasa dengan penyakit jantung dan paru-paru, atau mana-mana yang mempunyai sistem imunisasi yang sangat lemah (imunocompromised).

Apakah kebarangkalian jangkitan respiratory syncytial virus?

RSV adalah penyebab bronchiolitis (keradangan saluran udara kecil di paru-paru) dan radang paru-paru (jangkitan pada paru-paru) bagi kanak-kanak yang berusia kurang daripada satu tahun di Amerika Syarikat.

Ia juga merupakan penyebab utama penyakit pernafasan pada individu dewasa yang lebih berusia. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom jangkitan respiratory syncytial virus?

Apabila jangkitan RSV menjejaskan hidung dan tekak, biasanya simptom ringan akan dialami dan ia  menyerupai keadaan seperti selesema biasa. Ia adalah termasuk:

  • Batuk
  • Hidung tersumbat atau berair
  • Sakit tekak
  • Sakit telinga
  • Demam, biasanya pada permulaan penyakit. Mengalami demam panas tidak bermakna jangkitan ini lebih teruk.

Bayi mungkin mempunyai tanda dan simptom tambahan, termasuk:

  • Hilang minta pada persekitaran
  • Ketidakseimbangan dan mengantuk
  • Kerengsaan dan tidak tidur dengan baik
  • Kurang selera makan
  • Apnea, di mana pernafasan berhenti kira-kira 15 hingga 20 saat. Ini biasanya berlaku hanya pada bayi pramatang dan juga mempunyai sejarah mengalami apnea

Sukar untuk membezakan antara jangkitan selesema biasa dan jangkitan RSV. Jangkitan ini ada masanya berisiko membawa kepada masalah bronchiolitis atau pneumonia atau kedua-duanya.

Tanda dan simptom komplikasi ini termasuk:

  • Kesukaran bernafas, yang mungkin termasuk pernafasan lebih cepat daripada biasa
  • Berdehit¬†
  • Batuk yang semakin teruk. Kanak-kanak mungkin tercekik atau muntah akibat batuk yang teruk
  • Lethargy, peningkatan keletihan, penurunan minat dalam persekitaran, atau kehilangan selera makan

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Kebanyakan kes jangkitan respiratory syncytial virus tidak mengancam nyawa.

Dapatkan rawatan perubatan segera jika anak anda – atau sesiapa yang berisiko mengalami jangkitan yang teruk – mengalami kesukaran bernafas, demam panas atau kulit bertukar menjadi kebiruan, terutamanya pada bahagian bibir dan kuku.

Sekiranya terdapat sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza. Cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan jangkitan respiratory syncytial virus?

Virus ini boleh memasuki badan anda melalui mata, hidung atau mulut. Ia mudah tersebar melalui rembesan pernafasan berjangkit – seperti yang batuk atau bersin – disedut atau disalurkan kepada individu lain melalui hubungan langsung, seperti berjabat tangan.

Virus ini juga boleh hidup berjam-jam pada sebarang permukaan dan mainan. Menyentuh mulut, hidung atau mata anda selepas menyentuh objek yang tercemar, dan meningkatkan risiko anda untuk dijangkiti virus itu.

Individu dijangkiti adalah merupakan individu yang berisiko menyebarkan jangkitan dalam beberapa hari pertama selepas dijangkiti. Walau bagaimanapun, virus jangkitan RSV mungkin tersebar selama beberapa minggu selepas permulaan jangkitan.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko jangkitan respiratory syncytial virus?

Terdapat banyak faktor risiko jangkitan RSV, seperti:

  • Bayi yang berusia kurang daripada enam bulan
  • Kanak-kanak yang lebih muda, terutamanya di bawah usia satu tahun, pramatang atau yang mempunyai keadaan masalah kesihatan yang mendasari seperti penyakit kongenital atau penyakit paru-paru
  • Kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang lemah, seperti mereka yang menjalani kemoterapi atau pemindahan
  • Bayi yang dijaga dalam pusat jagaan atau nurseri sesak
  • Individu dewasa yang lebih berusia
  • Individu dewasa dengan asma, kegagalan jantung kongestif atau penyakit pulmonari obstruktif kronik
  • Individu dengan masalah gangguan pada sistem imun, termasuk mereka yang mempunyai organ transplan tertentu, leukemia atau HIV / AIDS

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana jangkitan respiratory syncytial virus didiagnosis?

Doktor mungkin mengesyaki jangkitan RSV berdasarkan ujian fizikal serta tempoh masa jangkitan berlaku. Semasa peperiksaan, doktor boleh mendengar bunyi paru-paru dengan stetoskop untuk memeriksa bunyi berdehit atau bunyi yang tidak normal.

Doktor anda juga boleh menggunakan:

  • Pemantauan kulit tanpa rasa sakit (pulse oximetry) untuk memeriksa sama ada tahap oksigen yang terdapat di dalam aliran darah adalah lebih rendah daripada biasa
  • Ujian darah untuk memeriksa bilangan sel putih atau untuk mencari kehadiran virus, bakteria atau organisma lain
  • X-ray pada bahagian dada untuk memeriksa radang paru-paru
  • Ujian makmal bagi cecair rembesan pernafasan dari hidung anda untuk mengenal pasti virus

Bagaimana jangkitan respiratory syncytial virus dirawat?

Rawatan untuk jangkitan ini secara amnya melibatkan langkah penjagaan diri untuk menjadikan anak anda lebih selesa (penjagaan sokongan). Tetapi dalam kes yang teruk, penjagaan hospital mungkin diperlukan.

Penjagaan sokongan

Doktor anda boleh mencadangkan ubat yang boleh dibeli di farmasi seperti acetaminophen (Tylenol dan yang lain) untuk mengurangkan demam. Doktor juga boleh menetapkan antibiotik jika terdapat komplikasi bakteria, seperti radang paru-paru bakteria.

Selain itu, pastikan anak anda selesa. Berikan banyak cecair dan perhatikan tanda-tanda dehidrasi, seperti mulut kering, kurang pengeluaran urin, mata ke dalam (sunken eyes) atau mengantuk.

Penjagaan hospital

Penjagaan hospital untuk jangkitan RSV dalam kes-kes yang teruk mungkin diperlukan untuk memberikan cecair intravena (IV) dan oksigen yang lembap (humidified oxygen).

Bayi dan kanak-kanak yang dirawat di hospital juga boleh disambungkan kepada pengudaraan mekanikal – mesin pernafasan – untuk memudahkan pernafasan.

Dalam beberapa kes yang teruk, bronkodilator nebulized seperti albuterol (ProAir HFA, Proventil-HFA, Ventolin HFA) boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ubat ini membuka laluan udara di dalam paru-paru.

Adakalanya, nebulized dalam bentuk ribavirin (Virazole), yang merupakan agen antivirus, boleh digunakan. Doktor anda juga boleh mengesyorkan suntikan epinefrin atau bentuk epinefrin yang boleh disedut melalui nebulizer (racemic epinephrine) untuk melegakan gejala jangkitan RSV.

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani jangkitan respiratory syncytial virus ?

Cara hidup dan ubat rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi jangkitan RSV:

Jangkitan RSV paling ringan hingga sederhana bagi individu yang kurang sihat adalah seperti selesema biasa dan boleh dirawat di rumah.

Jika anak anda berumur lebih dari 12 bulan dan tidak berisiko untuk komplikasi daripada jangkitan RSV, sebaiknya berikan rawatan di rumah. Tetapi jangkitan RSV pada individu dengan risiko komplikasi memerlukan pemantauan rapi.

Individu yang mengalami gangguan sistem imun perlu berjumpa doktor untuk simptom selesema kerana peningkatan risiko komplikasi. Malahan bayi, kanak-kanak dan individu dewasa yang lebih berusia – yang mempunyai masalah kesihatan dan faktor risiko lain juga perlu mendapatkan pemeriksaan doktor apabila wujud simptom pertama jangkitan RSV.

Bagaimana untuk membantu anak anda mengalami jangkitan RSV

  • Perhatikan tanda-tanda dehidrasi. Pastikan untuk menggantikan cecair yang hilang melalui kesukaran bernafas, demam, cirit-birit, atau muntah-muntah. Menggalakkan lebih banyak penyusuan secara langsung atau menggunakan botol susu. Elakkan memberi minuman isotonik, minuman berkarbonat, jus buah atau air kosong. Minuman ini mungkin mengandungi terlalu banyak gula, mengandungi terlalu banyak kalori, atau kekurangan keseimbangan mineral yang penting (elektrolit)
  • Berikan anak anda keselesaan dengan membantu melegakan simptomnya. Ada masanya kanak-kanak mungkin memerlukan bantuan daripada ubat-ubatan, seperti acetaminophen atau ibuprofen, atau diletakkan dalam posisi kedudukan duduk secara menegak untuk menjadikan pernafasan lebih mudah. Berikan ubat kepada anak mengikut arahan doktor. Baca dan ikuti semua arahan pada label. Jangan sekali-kali memberikan aspirin kepada individu yang berusia kurang daripada 20 tahun, kerana ia boleh menyebabkan sindrom Reye, satu masalah yang serius tetapi jarang berlaku
  • Antibiotik biasanya tidak diberikan untuk jangkitan virus. Tetapi jika anak anda mengalami komplikasi RSV, seperti jangkitan telinga, doktor anda mungkin menetapkan antibiotik. Jangan berhenti memberikan ubat antibiotik apabila anak anda mula berasa lebih baik. Seluruh preskripsi mesti diambil untuk membunuh bakteria sepenuhnya. Jika anda tidak memberi anak anda semua ubat antibiotik, jangkitan bakteria mungkin boleh kembali
  • Penjagaan diri sendiri. Menjaga kanak-kanak yang sakit boleh menjadi sangat meletihkan dari segi fizikal dan emosi. Anda boleh membantu anak anda dengan sebaik-baiknya apabila anda mendapat rehat yang mencukupi dan berasa selesa

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Disember 11, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut