HIV/AIDS: Sepintas Lalu Mengenainya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/11/2018 . 2 minit bacaan

HIV ialah singkatan kepada Human Immunodeficiency Virus. Ia merupakan sejenis virus yang boleh melemahkan sistem imun manusia dan berpotensi menyebabkan keadaan yang disebut sebagai AIDS iaitu Acquired Immunodeficiency Syndrome. Jangkitan HIV tersebar melalui hubungan seksual dan darah.

Sepintas lalu mengenai HIV/AIDS

  • HIV/AIDS masih menjadi isu utama di peringkat global dan telah meragut sebanyak 35 juta nyawa setakat ini. Pada tahun 2017, 940,000 orang mati disebabkan punca yang berkait dengan HIV.
  • Terdapat kira-kira 36.9 juta orang yang hidup dengan HIV pada hujung tahun 2017 dan 1.8 juta daripadanya ialah jangkitan baru pada tahun 2017.
  • 59% orang dewasa dan 52% kanak-kanak yang dijangkiti HIV menerima rawatan anti-retroviral therapy (ART) pada tahun 2017. Liputan ART bagi perempuan mengandung dan menyusu badan dalam kalangan mereka yang dijangkiti HIV adalah tinggi iaitu 80%.
  • Rantau Afrika WHO ialah kawasan yang paling banyak terjejas melibatkan 25.7 juta kes jangkitan HIV. Rantau berkenaan juga merangkumi lebih dua pertiga daripada keseluruhan jangkitan baru di peringkat global.
  • Jangkitan HIV kebiasaannya didiagnosis melalui rapid diagnostic tests (RDTs) yang dapat mengesan kehadiran antibodi HIV. Selalunya, keputusan dapat diperoleh pada hari yang sama dan rawatan juga boleh dimulakan pada hari tersebut.
  • Kumpulan utama yang perlu diberikan tumpuan ialah mereka yang berisiko tinggi tanpa mengira situasi kes HIV semasa di negara berkenaan. Mereka termasuk lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis, penagih dadah, orang di dalam penjara atau mana-mana tempat tertutup, pekerja seks serta pelanggannya, dan golongan transgender.
  • Kumpulan utama ini kerap menghadapi isu undang-undang dan sosial berkait dengan perbuatan mereka yang membuatkan mereka lebih mudah terdedah kepada HIV serta mengurangkan akses kepada pemeriksaan dan rawatan.
  • Pada tahun 2017, dianggarkan sebanyak 47% jangkitan baru berlaku dalam kalangan kumpulan utama dan pasangan mereka.
  • Tiada rawatan yang boleh menyembuhkan jangkitan HIV tetapi rawatan ART yang efektif mampu mengawal virus tersebut dan mengelakkan ia tersebar agar mereka yang dijangkiti serta golongan berisiko boleh menjalani kehidupan yang sihat, panjang, dan produktif.
  • Dianggarkan hanya 75% sahaja yang tahu mereka dijangkiti HIV.
  • Antara tahun 2000 dan 2017, jangkitan baru menurun sebanyak 36% dan kematian yang berkait dengan HIV turun 38% dengan 11.4 juta nyawa dapat diselamatkan melalui rawatan ART.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Fakta Mengenai Tuberkulosis

    Tuberkulosis (tibi) ialah penyakit berjangkit paling berbahaya di dunia. Mari ikuti fakta penting mengenai penyakit ini. 1. Setiap satu jam, 3 individu mati disebabkan tuberkulosis Penyakit tibi telah dikenal pasti ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 12/12/2018 . 2 minit bacaan

    Melihat Kembali Perkembangan HIV: Sejauh Mana Telah Kita Capai?

    Sempena Hari AIDS Dunia 2018 yang jatuh pada 1 Disember, mari kita melihat kembali perkembangan jangkitan HIV/AIDS sejak ia mula menyerang dunia dan sejauh mana pencapaian dunia dalam memerangi penyakit ini. Sehingga ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 30/11/2018 . 2 minit bacaan

    Hari AIDS Dunia: Ketahui Status Anda

    Jika anda tahu rakan anda menghidap jangkitan HIV, adakah anda masih ingin berkawan dengan beliau seperti biasa? Atau anda akan berasa sangsi dan jijik? Kalau anda jijik, anda masih gagal dalam membantu membanteras ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 30/11/2018 . 2 minit bacaan

    Hentikan Stigma Terhadap Pesakit HIV

    HIV dan AIDS masih lagi menjadi satu stigma dalam kalangan masyarakat. Mereka yang dijangkiti virus HIV seolah-olah seperti najis dan sampah yang tidak layak mendapat tempat dalam masyarakat. Ini adalah kerana ia ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 15/11/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    HIV/AIDS

    6 Salah Faham Mengenai HIV / AIDS

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 06/05/2019 . 2 minit bacaan
    rogol

    Perkosaan: Kesan Terhadap Fizikal dan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 30/04/2019 . 2 minit bacaan
    Tentang HIV: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Tentang HIV: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/04/2019 . 3 minit bacaan
    seks

    Seks Secara Selamat dan HIV

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/01/2019 . 3 minit bacaan