Hernia perlu dirawat kerana ia mempunyai risiko komplikasi yang serius termasuk:
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Hernia perlu dirawat kerana ia mempunyai risiko komplikasi yang serius termasuk:
Walaupun secara amnya angin pasang bukan satu keadaan kesihatan yang serius, komplikasi yang boleh berlaku membuatkan rawatan satu keperluan.
Dalam hampir semua kes, pembedahan ialah pilihan terbaik kecuali jika pesakit tidak boleh menjalani pembedahan disebabkan masalah kesihatan lain.
Sebelum pembedahan dilakukan, faktor-faktor yang menyebabkan hernia tersebut perlu dihilangkan. Ini termasuk punca sembelit, batuk kronik (perokok perlu berhenti merokok), kerap mengangkat barang berat, dan berat badan berlebihan. Jika tidak, hernia boleh berlaku semula selepas pembedahan.
Pembedahan mungkin agak mendebarkan bagi sebahagian orang. Jangan bimbang kerana ia bukanlah satu pembedahan major. Dengan teknik baru menggunakan kamera, risiko dan tempoh pemulihan selepas pembedahan dapat dikurangkan.
Pembedahan terbuka (open surgery)
Prosedur dijalankan di bawah pengaruh ubat bius lokal (pesakit dalam keadaan sedar) atau bius am (pesakit dalam keadaan tidur). Potongan dibuat di bahagian terbabit mengikut lokasi hernia. Organ yang membonjol keluar akan ditolak semula ke dalam. Doktor seterusnya akan menjahit lapisan abdomen yang lemah atau menguatkannya menggunakan bahan sintetik khas (synthetic mesh).
Pembedahan laparoskopik (laparoscopic surgery)
Teknik ini perlu dijalankan di bawah pengaruh ubat bius am dan pesakit dalam keadaan tidak sedar. Pembedahan dilakukan dengan bantuan kamera dan alat khas. Berbeza dengan teknik terbuka, potongan yang dibuat pada kulit adalah lebih kecil. Oleh itu, kesakitan dapat dikurangkan dan tempoh pemulihan juga lebih singkat. Idea pembedahan ini sama seperti teknik terbuka iaitu menolak organ terbabit ke dalam dan menggunakan bahan sintetik khas untuk menguatkan lapisan abdomen.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen